Entah kenapa aku kurang berminat dengan perlumbaan mesin. Motor atau kereta di Sepang tidak pernah melelehkan air liur aku untuk menonton. Kalau ada siaran di TV pasti aku menukar siaran. Aku melihat perlumbaan ini seperti suatu masa di Callesium dulu masa zaman kegemilangan ROME. Perlumbaan kereta kuda yang diletakan dengan roda yang ada senjata dan seperti filem Ben Hur di Hollywood. Semalam Marco Simoncelli terjatuh, dilanggar pelumba lain dan diistihar mati 45 minit kemudian.
Apa hebat perlumbaan mesin ini? Semua mesin yang sama - jika menggunakan kuasa yang lain mesti akan ditolak dari masuk pertandingan atau cari perlumbaan yang sesuai. 125 CC, 250 CC dan 500 CC tidak boleh bertembong. Ia juga sama dengan perlumbaan kereta. Pernah satu ketika, Mercedes cuba membuat satu tayar yang tidak perlu ditukar sepanjang perlumbaan. Apa berlaku? Ia telah diminta berehat dan dibatalkan. Apa yang hendak ditontonkan dalam perlumbaan ini. Yang pasti gadis2 grid yang seksi. Lagi jika ada pelanggaran maka perlumbaan mesin ini tidak lebih dari menonton perlawanan manusia zaman barbarian. Kalau mahu mencari masa terpantas maka paling selamat adalah berlumba secara seorang dan dicatat masa (ini memang dibuat untuk menentukan orang yang paling terkedepan). Dan diberitahu, orang yang menonton di Sepang semalam marah selepas diberitahu bahawa perlumbaan dibatalkan. Duit sudah dibayar, berpanas, berhujan maka apa yang perlu dilakukan adalah baling air minuman di litar. Kami bayar duit untuk tonton orang berlumba, apa kami kisah orang tergolek dan mati - ini adalah keseronokan.
No comments:
Post a Comment