Cerita 1998 di UIAM semacam berulang. Teringat aku pada masa aku ingin mendaftar diri sebagai pelajar di UIAM untuk Sarjana Ekonomi. Ketika itu selepas Anwar Ibrahim telah ditangkap dirumah beliau di Bukit Antarabangsa dengan tiba2 kedengaran pula beberapa orang pensyarah juga di tahan. Dan hari ini pelajar2 di UIAM berkumpul kerana tidak puas hati kerana Professor mereka diberhentikan sementara. Dr Aziz Bari seorang pensyarah kanan Undang2 selama 22 tahun disuruh berehat sebentar. Pendidikan dan pengetahuan terlalu mahal. Aku mendaftar sebagai pelajar 1998 dan seorang pensyarah luar negara mengamuk dan memberitahu "I don't want to teach your student law because you don't have one". Kadang2 manusia itu membuat sesuatu bodoh hanya untuk beritahu semua bahawa mereka itu bodoh. Dan itu sahaja yang mahu diberitahu.
No comments:
Post a Comment