Menonton cerita Hindustan mengambil masa yang agak panjang. Dengan berbekal lagu sekitar 7/8, 45 minit filem hanya tertakluk pada lagu dari dalam keretapi hingga ke gunung. Dari bayi kecil sehingga besar dan akhirnya berlawan dengan abang sendiri. Dari kekasih berkahwin dan bercerai dan kahwin kembali. Ini adalah cerita keluarga yang ditonton sekian ramai orang di dunia. Kenapa mereka senang diterima dan aku masih ingat ketika tiada alih bahasa untuk faham, aku sudah menonton filem Hindustan sampai faham. Dan aku bergendang sama bila lagu dan tarian ditarikan. Ini adalah magik.
Aku pernah dengar orang berbalah tentang cerita hisdustan yang panjang mengambil masa. Sekitar 2 - 3 jam atau 145 minit hingga 180 minit. Sehinggakan ada yang memberitahu "Aku rasa2 dorang ini sure tak kentut la". Tengok cantik di luar dan cantik di dalam filem. Nampak berjaya dan peminat seluruh dunia. Bukan macam pelakon Hollywood, kadang2 orang lagi kenal pelakon kelas C dari kelas A kerana filem kelas C selalu ditayangkan di sini. Sekitar tahun 1980 an, orang lagi kenal Chuck Norris dari Al Pacino kerana pada masa itu cerita popular adalah "Missing In Action 1/2/3".
Aku gebangkan ini sebab semalam aku layan IIFA di Toronto. Punya suka orang2 Kanada bila IIFA turun ke Toronto. Bagi aku cerita hisdustan menjual perasaan seronok, sedih dan terasa dunia bertukar gembira. Perasaan ini dijual dan bila habis cerita, kita terus berhayal dengan cerita Hisdustan dan mengharap suami kita kacak macam Shah Rukh Khan atau Arjun Rampal dan si suami berhayal dapat menari bersama Preity Zinta atau Kareena Kapoor.
No comments:
Post a Comment