Yang selalu jengok

Tuesday, August 30, 2011

EID 1432

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI KAMI SEKELUARGA - AHMAD FIRDAUS, AZLINA, ALIFF NABIL, NAJLA AQILAH DAN ANIQ ZAHEEN.

Monday, August 29, 2011

Friday, August 26, 2011

Masih Ramadhan

Semalam bebuka di pejabat beramai2.  Makanan disajikan adalah nasi putih, kerang rebus, ikan masin,  daging masah lemak, ayam masak merah, sayur campur,kueh muih dan buah2an.  Yang istimewa di asingkan makanan Arab yang perlu kita rasa. Dan inilah pilihan aku, Nasi Arab Mandy Kambing.
Nasi ini dihidangkan tanpa kuah hanya dimandikan sekali dengan kambing.  Kalau di Arab Saudi, kambing itu akan dimasak tanpa dipotong kecil2 dan dihidang dalam talam.  Panas kepala makan kambing ni.


Thursday, August 25, 2011

Cerita TIPU ke?

Ramadhan di Malaysia macam2 berlaku.
1. 22/08 Konrtracktor gaduh dengan isteri jadikan anak sendiri mangsa lepas geram - sembelih.
2. 11/08 Penoreh getah tetak bapanya dengan sebelah kaki kanannya putus sehingga buku lali
3. 24/08 Seorang doktor ditetak manakala kepalanya di penggal dalam kejadian di Kampung Serting
4. 23/08 Seorang lelaki cuba bunuh diri selepas menolak anak ke dalam kolam.
5. 24/08 Budak hidap sawan rentung

Cerita2 lain
1.Ikan tongkol untuk lauk nasi Dagang mencukupi - Terengganu
2.Kempen 1 rumah 3 pokok kelapa - Alor Setar
3.Polis lancar Mydistress
4.Kopitiam eratkan hubungan kaum

Cari yang betul?


Tuesday, August 23, 2011

Gadaffi's Last Word

Gadaffi terus bertahan sehingga Tripoli ditawan 85%.  Gadaffi diberitahu bahawa dia telah melarikan diri di satu tempat yang tidak diketahui.  Ada yang mengatakan ke Afrika Selatan tetapi tiada bukti.  Hari2 akhir seorang pemimpin selama 4 dekad, dia memberitahu penduduk Tripoli dalam satu perutusan di TV Utama "Tolong Bantu melawan orang yang memberontak kerana jika mereka menawan Tripoli maka kamu akan hidup dalam kekurangan - tiada air, makanan, tempat tinggal dan segala yang kamu sayang"  Ini adalah retorik pemimpin yang tidak mahu meninggalkan kerusi mereka.  Dan ayat yang sama diputar2 selagi kita berada di kerusi yang tertinggi di dalam negara.  Tidak kira bangsa, kulit dan mana asalnya - ayat yang sama akan dihujahkan.  Dan semalam terbukti sebaliknya - beberapa orang memberitahu apabila tentera pemberontak masuk ke dalam Tripoli, sesiapa yang tidak melawan tidak akan dicederakan.  3 orang anak Gadaffi telah ditahan di beberapa penjara.  Ketidakadilan memang akan kalah akhirnya. 

Monday, August 22, 2011

Pukul 3

"Nak pukul 3 dah".  Sekali lagi Aqilah bisik pada aku.  Sudah masuk puluhan kali dibisik ke telinga aku.  Aku bukan tak sedar semua itu.  Waktu terus berjalan.  Sekejap lagi pasti Aqilah berbisik pada aku. Yang ini pasti datang dari ibunya yang seorang itu.  Sekejap lagi waktu Asar menjelma dan aku masih terbaring keletihan.  Membeli belah di tengah panas boleh menyebabkan otak aku kering.  Dan untuk membasahkan otak ini aku memerlukan rehat.  Datang lagi Aqilah membisik pada aku, "Nak pukul 3 dah ni" tone suara sudah tinggi.  Aku terkebil2 melihat Aqilah yang seorang ini.  Tak pernah memberi peluang untuk aku berehat.  "Kenapa?" Suara aku lebih tinggi dari Aqilah.  Berjalan perlahan Aqilah keluar bilik.  Tak lama kemudian masuk lagi Aqilah "Nak pukul 3 dah" dengan lembut.  Aku tersenyum tahu dia sedih di marah. "Kenapa pukul 3 ni Aqilah?" Aku memujuk.  Dia senyum dan menunjukkan JAM BARU di tangan.  Waktu  sekarang sudah pukul 4.45 pm dan waktu Asar sudah masuk. "Jam baru, nak pukul 3 dah" Aqilah sengih.

Friday, August 19, 2011

Lapar Dahaga

Melihat puasa secara zahir iaitu lapar dan dahaga tidak cukup.  Ini ditarbiahkan secukupnya semenjak kecil lagi.  Orang tua selalu bercakap tengok orang miskin bagaimana mereka menghadapi kemiskinan - makan tak cukup, minum tak cukup dan macam2 tak cukup. Tetapi orang miskin masih wajib berpuasa.  Melihat bulan Ramadhan sebagai bulan pahala juga tidak cukup.  Maka jika dilihat hanya Ramadhan masjid/surau penuh bila di luar Ramadhan kembali ke asal.  Maka ada satu hadis yang bercerita tentang bagaimana orang menyambut Ramadhan "Jangan kamu menjadi hamba Ramadhan tetapi jadilah hamba Allah SWT"

Rujuk ayat 183 Surah Al Baqarah hujung ayat  ".........mudah2an kamu berTaqwa".   Dalam ayat ini diwajibkan secara mutlak berpuasa di bulan Ramadhan dan tidak ada kecualinya termasuk yang miskin.  Miskin kaya sama berpuasa.  Ditanya pada ulama tentang orang2 yang berpuasa - jawapan yang diberikan adalah 3 jenis orang yang berpuasa - Lapar dan dahaga, ke 2 semua anggota badan berpuasa dan ke 3 hati juga berpuasa.  Yang pasti di dalam Ramadhan ada Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan, yang pastinya juga beribadat dibulan Ramadhan untuk kita menjadi bertaqwa.  Umar Al Khatab R.A bertanya tentang taqwa kepada Ubay bin Kaab, lalu dijawab Ubay, "Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri" Umar menjawab "Ya" lalu disambung Ubay "Bagaimana kamu melalui jalan itu".  Dijawab Umar "Aku akan berhati2 supaya duri tidak kena padaku." Lalu Ubay menyambung "Itulah Taqwa".

Dari riwayat Bukhari dan Muslim "Orang yang berpuasa akan mendapat 2 kegembiraan. Pertama ketika berbuka puasa dan kedua ketika melihat Allah di hari akhirat nanti"  Memang gembira waktu buka dan ini memang Allah janjikan sukahati, gembira dan dirasai anugerah ketika berbuka puasa. 

Thursday, August 18, 2011

Makanan pun Menangis


Aku dijemput untuk berbuka puasa di Royal Chulan di Kuala Lumpur pada 16/08/2011 oleh KFH Bank.  Memang dinantikan kerana mengikut perbualan orang, di hotel itu menyediakan lebih dari 900 makanan.  Aku juga pernah dengar di stesyen Radio tentang Royal Chulan yang mempunyai 60 orang chef digunakan untuk acara berbuka dan makanan kemungkinan lebih 1,000 jenis.

Seawal 6.30 pm aku sudah sampai dan mencari2 tempat duduk yang berdekatan dengan makanan.  Susunan meja dikelilingi oleh makanan tidak menjamin kita dapat melihat kesemua makanan cuma paling penting ia dekat dengan makanan.  Kambing bakar memang ada bersebelah dengan makanan laut yang dibakar.  Rasa2 sayup jauh dari meja aku.  Yang dekat dengan aku hanya kari kepala ikan dan rendang daging.  Mengambil konsep berbudi di meja, kita hendaklah mengambil makanan yang paling dekat dengan kita dahulu.  Aku mula mengumpul pinggan di meja.

Kari Kepala ikan diambil sebagai makanan pemula.  Aku mencari2 kalau2 ada sup cendawan yang boleh dijadikan pemula tapi jauh dari mata.  Dan ketika berjalan2 memilih, kambing bakar sudah memanggil.  Aku beratur untuk mengambil sepinggan kambing bakar.  Sambil berjalan, aku melihat betapa asap yang membakar makanan laut seperti memanggil2.  Aku terpaksa beratur lagi untuk mengumpul pinggan yang ke3.  Jarak antara meja aku dan makanan hanya sekitar 3 kaki.  Dan sebelah kanan, kari kepala ikan, semua yang bergoreng dibuat seperti cempedak dan cekodok.  Aku panjangkan kaki pergi ke sana kerana waktu masih mengizinkan. 

Aku selalu ingat pesan mak, makanan jangan dibiarkan tidak makan nanti dia menangis.  Sepinggan cempedak dan cucur udang menjadi pilihan.  Dari jauh aku nampak meja aku sudah penuh dan aku mengambil keputusan untuk mengambil air sahaja sebagai air pemula. Azan lalu berkumandang menanda waktu berbuka.  Aku secara perlahan memulakan dengan kurma yang disediakan.  Aku makan 2 biji kurma sebagai Sunnah.  Makanan di pinggan satu2 aku selesaikan kerana teringat pesan mak, dah ambil kena makan jangan tinggal2kan nanti dia menangis.  Selesai menyusun pinggan di meja (sebab dah habis), mata aku mencari2 lagi sudut yang tidak dilewati.  Magrib dah nak sampai hujung, aku bergegas solat dahulu menyelesaikan kewajipan.  Turun dari surau, aku mengambil ABC dan mengambil sedikit nasi goreng sebagai pelapik perut.  Sebelum sampai ke meja, aku nampak seorang chef sedang bertungkus lumus menyediakan sesuatu tetapi tiada siapa yang singgah.  Aku rapat ke chef itu dan tersenyum.  Rupa2 dia sedang menyiapkan popiah basah.  Mungkin kerana terlalu lambat maka orang bertukar ke pondok lain.  Tinggallah chef itu dengan aku sambil pandang memandang.  Aku yang cepat kesian pada orang lalu meminta satu pinggan untuk aku.  Dia tersenyum dan popiah sudah tersedia untuk aku.

Dan waktu hanya sekitar 8 malam.  Aku menjengah leher ke meja sebelah dan melihat satu menu yang tidak ada di meja aku.  Seperti makanan Jepun dan udang goreng.  Aku lekas berdiri dan terus mencari dari mana datangnya makanan itu.  Aku terpaksa beratur untuk mendapat goreng udang seperti itu.  Dapat sahaja udang goreng bertepung itu aku terus ke meja sambil berkira2 untuk ke tempat Yong Thou Foo.   Makanan basah yang kena rendam air panas memang aku suka. Aku mengambil beberapa cocok makanan laut untuk direndam dan pinggan yang kosong sudah penuh dengan Yong Thou Foo.  Rasa2 aku sudah memenuhi semua makanan dan mengikut kiraan aku tidak sampai 900 makanan pun yang aku makan.  Aku tak makan nasi, sate, kueh2, kek2, buah-buahan, mee goreng, mee rebus, bihun sup, sup ekor, roti canai, roti bom, murtabak dan serunding.  Aku rasa semua makanan2 tu menangis - sedih aku tak makan dorang.

Super 8

Filem ini bukan sekadar cerita kanak2 yang hebat tetapi jalan cerita yang hebat.  Projek yang dijalankan oleh budak2 untuk membuat sebuah filem seram telah menyaksikan satu peristiwa yang pelik iaitu sebuah kereta melanggar keretapi dan ini dapat disaksikan oleh budak2 tersebut.  Budak2 didalam filem ini memberikan lakonan yang terbaik dan kita terasa seperti menonton watak orang dewasa.  Cerita tentang tentera Amerika ada projek khas dengan Alien diceritakan kembali dalam filem ini. Kalau aku boleh bagi 'rating', filem ini boleh dapat 4 star kerana lakonan kanak2 yang hebat.  Steven Speilberg sebagai penerbit untuk filem ini.

Hanna

Menonton Hanna seperti melihat kembali cerita Bourne Identity kerana olahan yang seakan sama.  Seorang budak perempuan dilatih oleh bapanya Eric Bana seorang perisik (pembunuh upahan) untuk misi membunuh pembunuh ibunya.  Aksi2 yang dipertontonkan sekadar untuk penyemat cerita tanpa lebih.  Seorang kanak2 perempuan yang dilatih dengan aksi dan bahasa yang pelbagai semacam seronok untuk ditonton.  Tetapi plot cerita yang lesu lansung tak menambah menjadi cerita yang menarik.

Tuesday, August 16, 2011

IBUBAPA sekarang

Sekadar hiasan
Sewaktu hendak mengambil anak dari tempat asuhan kanak2 petang semalam, aku tersenyum melihat 2 orang budak terbaring diluar perkarangan taman asuhan sambil nampak keletihan.  Puasa mungkin.  Aku menegur "Dik, terasa macam tepi pantai ye." Tanpa balasan mereka merenung aku malas.  Waktu itu sudah pukul 7.00 pm, dimana ibubapa mereka ini? Kenapa lambat tiba? Dan ini sebenarnya berlaku setiap hari cuma hari ini mereka terbaring letih dan aku menegur.  Dan selepas subuh tadi, pukul 6.28 am dari surau, aku melintas rumah asuhan itu lagi untuk ke rumah aku.  Di pintu pagar berkunci, salah seorang budak yang terbaring letih semalam sedang mencuba2 membuka pintu pusat asuhan itu.  Pusat asuhan itu hanya dibuka pada pukul 6.30 am.  Dan pagi2 tadi sewaktu hendak menghantar anak ke situ, aku bertanya perihal budak itu.  Penjaga pusat asuhan itu memberitahu budak itu yang paling awal sampai di Pusat Asuhan dan yang paling akhir diambil setiap hari.  Tak pernah rasanya aku bertembung dengan ibubapa budak tersebut.  Ini adalah masalah ekonomi sempit yang dihadapi setiap ibubapa.  Kerja terpaksa dibuat untuk mencari wang membaiyai kehidupan. Pagi terpaksa keluar awal untuk mengelak kesesakan.  Dan sebenarnya mangsa adalah anak2.  Ketika ini kehidupan keliling anak2 adalah kawan2 dan tak boleh dinafikan bahawa ini berkaitan dengan ekonomi.  Barang naik dan tangga gaji yang sekadar cukup makan pasti tidak boleh menampung satu keluarga. Suami isteri terpaksa bekerja dan kena pastikan rezeki yang diberikan kepada anak2 adalah halal.  Tiada siapa boleh membantu pada ketika ibubapa menyusun kehidupan sebegitu.  Sepanjang hari bekerja dan mengharap anak2 belajar dari dunia sendiri.

Friday, August 12, 2011

OBAMA belanja buka puasa

Selepas solat Jumaat tadi di Masjid Shah Alam kecoh sebentar dengan ucapan berapi2 oleh Lokman Nor Adam.  Mereka berdemo sambil menunjukkan kemarahan kepada MB Selangor yang memohon maaf kepada gereja kerana JAIS menyerbu majlis 'thankgiving' yang dibuat dan dihadiri oleh 12 orang Islam di Selangor.  Aku teringat cerita dalam The Star hari ini dimana Presiden Amerika Obama belanja orang Islam berbuka puasa.  Aku teringat juga ketika Nabi Muhammad SAW menawan kembali Masjidil Haram Mekah, Nabi memberitahu kaum Muslim bahawa sesiapa yang mahu selamat sila masuk ke rumah2 ibadat mereka.  Dan Islam kena berbuat baik kepada semua Agama dan ini disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.  Gerakan mengkafirkan orang Islam memang ada dan tidak dinafikan.  Kemungkinan JAIS perlu berkalaborasi dengan Jabatan Pendaftaran melihat berapa ramai orang yang memohon menukar nama dan menukar agama di dalam kad pengenalan.  Kita mesti belajar menghormati rumah2 ibadat orang lain.

Thursday, August 11, 2011

SUBUH pelik

Subuh Ramadhan pagi ini bukan seperti subuh2 Ramadhan yang ditinggalkan.  Aku sampai ketika muadzin sudah habis azan.  Ramai yang datang nampak menyeronokkan.  Pasti Subuh ini berbeza bisik aku.  Sambil berjalan aku tersenyum sendiri berfikir.  Melintasi bahagian perempuan yang berlangsir menutup kelihatan seorang anak muda lelaki mahu keluar mengejutkan aku dan aku memanjang leher menjengok ke dalam.  Sekujur mayat bertutup dibelah kawasan wanita.  Dan ketika bilal mahu mengalun Iqamah solat Subuh, Imam mengumumkan ada kematian dan akan diselenggarakan sekitar pukul 11 pagi sesiapa ada kelapangan.  Dan Solat Subuh pun berakhir selepas doa dan Imam mengingatkan lagi untuk sesiapa ada kelapangan. 

Setiap waktu di Mekah
Aku bertanya dengan salah seorang jamaah dan dia memberitahu meninggal pukul 3 pagi dan anak2 terus membawa ke surau kerana tidak tahu nak buat apa2 kerana mereka tinggal di Apartment yang berdekatan dengan surau.  Aku suarakan mungkin tahlil ringkas boleh dibuat, dia memberitahu sebelum Subuh tadi tahlil sudah dibuat.  Sekarang sudah pukul 6.24 am dan aku perlu kembali ke rumah untuk bersiap kerja.  Dalam perjalanan yang tidak sampai 10 minit, hati sebak mengingatkan mayat yang terkujur sepi dan ia boleh berlaku dimana2 - tidak ada yang selenggarakan, tak tahu nak buat apa semasa menunggu mayat, menanti orang menyelenggarakan, kawasan baru kurang perempuan yang pandai menguruskan kematian, surau perlu wanita2 yang boleh aktif didalamnya bila tiba tentang kematian.

Dan aku betul2 menangis sehingga sampai ke rumah.  Nampak seorang2 anak kepada sekujur mayat seperti meminta tolong sama2 menunggu tetapi tidak terkeluar perkataan.  Dan semua orang mahu bekerja. 3 atau 4 jam menunggu orang untuk kendalikan mayat boleh menyiksakan.  Bagi aku belajar tentang pengurusan jenazah tidak cukup dengan mandi, kafan dan menanam sahaja.  Proses semasa menunggu mayat, kecekapan menghadapi maut kedua ibubapa atau sesiapa, kenali imam surau/masjid terdekat dan belajar berhubungan dengan jiran juga penting.   Belajarlah dan mungkin kita menghadapi semua ini dengan sabar.

Tuesday, August 9, 2011

Caddie Steve William

Main golf memang menarik.  Orang yang paling hebat di padang golf juga perlu jurulatih.  Tiger Wood antara pemain golf terhebat juga memerlukan guru untuk mengajar dan jika lama tak turun padang, guru diperlukan untuk membetulkan cara pukulan.  Jurulatih yang berbagai untuk 'swing', 'parting' dan 'bunker' diperlukan untuk memperkemaskan permainan.  Dan golf juga memberi tempat istimewa untuk 'caddie'.  Siapa caddie ini? Mereka yang membawa beg golf untuk pemain dan memberikan bacaan yang betul di padang golf.  Steve Willam adalah caddie kepada Tiger Wood selama 12 tahun dan baru2 ini telah dipecat kerana menjadi caddie kepada Adam Scott ketika Tiger Wood berehat sakit. 
Dan setelah 4 permainan golf, akhirnya Adam Scott telah menang satu kejohanan utama iaitu Bridgestome Invitional di Akron Ohio bersama caddie Steve ini pada hari Ahad 07/08/2011.  Jadi mengikut rekod caddie ini, dia telah menang 13 kejohanan utama lebih satu dari Tiger Wood sendiri.  Dia sendiri telah menjadi caddie dan menang kejohanan sebanyak 145 kali. Ditanya kepada Adam Scott tentang prestasi Steve - jawapan yang diberi oleh Adam Scott - 'Tiada siapa yang lebih tahu tentang padang di Akron ini dari Steve William".  Bacaan padang penting kepada pemain golf kerana ketepatan akan memberikan kemenangan.


Saturday, August 6, 2011

Ramadhan dan kueh

"Hari ini tak masak.  Beli apa2 yang patut."  Ini adalah ayat arahan dan ayat bangun kena buat.  Kemesraan mesti dijalinkan. "Awak pula ambik bebudak, saya nak singgah Stadium Shah Alam. Apa2 hal roger saya." Bukan senang nak pusing2 satu stadium mencari yang sedap.    Kereta sudah dikunci, mata liar melihat asap ikan bakar.  Kedai pertama disinggah lala masak pedas - bagus, dia masak secukupnya untuk satu hidangan.  Budak2 muda yang menjual memang kreatif.  Ayam bakar kena beli selagi tak muak.  Kueh hari ini tak nampak lagi yang menggiurkan.  Sudah habis 2 barisan, kueh hari ini masih tidak nampak.  Singgah di satu kedai bebudak muda Malaysia menjual air (aku perasan kebanyakan air dijual oleh Indonesia kecuali yang bercirikan pop - warna warni).  Air mangga susu - menu baru hari ini.  Jenama susu tidak disebut.  Kueh masih tak kelihatan.  Terfikir nak makan roti boom hari ini tapi tengok2 kuah yang diberikan terlalu cair - batal.  Popiah dah jemu kata isteriku.  Karipap yang berbagai inti juga tak menambah minat.  Masa masih mengizinkan.  Aku perasan kalau bebudak menjual bising maka kemungkinan makanan yang dijual kurang sedap tetapi memerlukan konsep penjualan yang hebat. Bila makanan sedap dan tidak mahu berkongsi pendapatan maka penjual akan diam menunggu pelanggan datang.  Dan ini akan menyebabkan kurang pelanggan datang dan selalu mereka berdiri bersembang sesama sendiri atau layan FB.  Yang laku seperti 'Roti John special' tak sempat nak panggil pelanggan - pelanggan beratur pandai2 sendiri.  Sama dengan popiah basah yang sedap.  Akhirnya aku singgah kat kedai paling senyap iaitu jual samosa (ini bukan makan tradisi Portugis - afamosa).  Samosa seperti karipap yang digoreng dan berintikan sesuatu. Tanda iklan 4 - RM3 maka jika satu 80 sen. Aku hulur RM3 dan budak itu tersenyum "Abang, saya tambah satu lagi, terimakasih." Aku senyum kembali kerana hari ini hanya samosa sebagai pemula.  Hidangan berbuka dirumah seawal Azan Magrib adalah kurma dan selanjutnya samosa.  Isteri tersenyum "Sedap samosa ni".  Dalam hati tersenyum, esok boleh beli lagi dan dapat percuma satu dan akan beli sampai muak.     

Friday, August 5, 2011

Ramadhan ini kena Mula

Teringat aku ketika membuka cawangan Mayban Finance Bhd di SS2 di Petaling Jaya pada tahun 1995 tentang kursus 'Computer Appreciation".  Kursus ini tidak menceritakan tentang bagaimana nak membuat transaksi biasa bank atau menu2 di dalam transaksi di kaunter.  Kursus ini lebih menjurus bagaimana menghargai komputer - tidak minum di tepi komputer, pastikan komputer kering, buka pendingin hawa ketika operasi, buka komputer untuk dibersihkan dan mengenal2 barangan komputer.  Cerita menghargai ini aku rasa sangat terkait rapat dengan menghargai Al-Quran.  Kita wajib kenal dengan Al-Quran. Salah satu rukun Iman adalah percaya kepada Al Quran.  Bagaimana menghargai Al-Quran - dengan cara mengenal Al-Quran.  Tengok2 kat rumah kita, berapa banyak Al-Quran tersimpan.  Ikut mak aku, semua Al-Quran ini wajib dikhatamkan.  Menangis Al-Quran tu lihat dirinya tidak dibaca - kata mak aku.   Berapa surah perlu tahu? 114 surah.  Surah terpanjang Al-Baqarah. Ayat pertama turun Iqra'. Al Quran bermula dengan Al Fatihah dan berakhir dengan An Nas. Semua surah bermula dengan Bismillah.......kecuali surah At Taubah. Tetapi walaupun begitu terdapat juga 114 "Bismillah...."kerana pada surah An Naml ayat 30 terdapat 'Bismillah...."  Cuba berkenalan dengan Al Quran dan niat di hati pada Ramadhan ini untuk berkenalan lebih jauh.  Baca sudah pasti.  Berapa lama kita boleh baca novel yang kita minat - sehari atau seminggu.  Sudah dikira berapa ayat ada di dalam satu novel.  Ayat Al Quran mengandungi 6,236 ayat.  Novel kasino yang aku baca sebelum puasa dulu mengandungi lebih 60,000 perkataan dan dihabiskan kurang dari 2 jam. Tanam azam tahunan seperti nak kurus, nak beli kereta atau nak ke luar negara kepada Khatam Al Quran atau Khatam semua Al Quran di dalam rumah. Jangan takut salah nak baca kerana mengikut guru aku, orang yang merangkak dapat 2 pahala kerana dia mahu membaca dan perlahan2 untuk elak kesalahan. 

Bazar Ramadhan 2

"Berapa harga satu ni dik".  Aku merujuk kueh yang satu ini, pau berinti kacang merah.  "70 sen bang, belilah 3 baru RM2".  Dalam hati nak makan satu sahaja."Satu je dik," Muka budak perempuan itu bertukar kelat.  "Berapa harga satu ni, bang." Ceria sambil berkata "5 RM2 je" Aku mahu satu sahaja.  "Bagi satu 40 sen kan?" Muka nampak letih. "Belilah 2 ringgit bang, senang kira" Aku senyum "Saya sorang je makan kueh keria ni". "Berapa harga pajeri ni (ini adalah makanan dan bukan kereta)" Aku bertanya macam nak beli.  Mak Cik yang sibuk macam kat Mc Donald pun menjawab sambil mulut terkumat kamit mengira duit. "3 ringgit satu plastik." Aku bertanya lagi "Berapa ketul pajeri tu" Dia tidak menjawab hanya mengangkat satu jari. OHHhhhhhhhh.  "Kak, bagi kuah je, bini saya tak makan nenas." Kak tu berhenti mengumat gamit.  "Tak jual." Aku senyum sebab kakak tu beri perhatian.  Tak kasi tak apa, aku senyum mesra. Plastik di tangan sudah penuh dengan kueh yang berbagai tetapi semua satu sahaja.  Kenapa nak marah, memang aku nak makan macam di hotel - berbagai.  Perjalanan masih jauh, barisan ke 2 di Stadium Shah Alam lebih mengiurkan.  Asap2 tiada cuma banyak belon2 bukan untuk makan.  Peluang keluar dengan anak2 ke Bazar ramadhan stadium ini terpaksa dikurangkan setelah melihat belon2 ini. Aku rasakan orang membeli makanan sama banyak dengan membeli belon kerana ia menceriakan. Dan anak2 akan rasa cool / macho bila orang tengok dorang ada belon.  Kueh sudah ada 5 jenis tetapi semua satu2 sahaja.  Lain kali aku bawa banyak syiling sebab semua pekedai hanya menggunakan Ringgit saja.  Pekedai jangan marah - aku cuba bebelanja berhikmah.

Thursday, August 4, 2011

Bazar Ramadhan

Berpuasa mesti berbuka.  Berbuka mesti makan.  Makanan selalu tak sempat masak jadi aku beli.  Mana2 bazar ramadhan yang aku nampak dalam perjalanan pulang memang aku singgah.  Bukan extream nak telan banyak benda pun, tetapi seronok mencuba sedikit2 makanan yang tak jumpa selain Ramadhan.  Semalam aku singgah di Bazar Stadium Shah Alam.  Dalam hati tumpu hanya pada satu barisan sahaja sebab waktu tak mengizinkan.  Aku mula pada yang hujung sekali kerana tertarik melihat asap yang banyak.  Pembakaran secara terbuka kira halal saja sebab asap bersama bau makanan kira terima seadanya.  Mula2 sekali cendawan goreng dan sudah ada macam2 perasa pedas, kari, original dan berlada.  Aku buat biasa sahaja supaya tak nampak macam teringin sangat.  Kepala sudah berkira hendak beli.  Kedai sebelah, cempedak goreng - 5 biji RM2 dan ini adalah menu isteri.  Kedai ke 3, kebab - aku bercakap sendiri, macam kena beli sebab lepas Terawih dan sembang2 dengan isteri mesti ada benda nak kunyah.  Ok. Kedai sebelah kebab ada air mangga.  Ini adalah air minuman berbuka hari ini.  Setentang dengan kedai2 ini semua makanan yang dibakar sahaja.  Semua berasaskan ayam - hati, pedal, kepak, paha dan aku nampak bontot ayam pun dibakar.  Aku rasa2 kena beli ayam bakar sedikit sebab anak2 suka makan.  Aku jalan lagi dan nampak popiah basah.  Memang kena beli.  Aku sudah sampai ke penghujung barisan.  Kalau aku mengundur selepas ini maka duit akan bertukar menjadi makanan.  Aku mulakan dengan popiah.  Bayar dan sangkut di jari pertama, cempedak di jari kedua, ayam bakar di jari ketiga, cendawan di jari ke empat, air mangga sudah masuk tangan ke 2.  Aku sampai ke tempat kebab dan nampak gaya pertolongan mesti diminta.  "Kebab daging satu dan Encik tolong ambik duit kat poket atas ni".  Terimakasih.

Wednesday, August 3, 2011

Cerita 1 Ramadhan 1432 H

Aku memang lemah dalam kerja teknikal.  Tengok air menitik di tengah rumah sudah buat darah aku naik.  Hujan terakhir yang aku ingat pada hari Jumaat dulu.  Tapi air ini dah masuk 2 hari menitik tanpa berhenti dan sekarang sudah boleh buat tadahan.  Ramadhan yang sabar ini, buat aku letih bila melihat benda2 teknikal ini.  Bocor atau siling berubah.  Kadang2 siling berubah tempat pun akan menyebabkan air hujan masuk tapi yang ini menitik tidak berhenti.  Hari sudah petang dan bazar Ramadhan sudah bermula lama.  Orang yang aku panggil sejak pukul 4 pm tadi, pasal bocor ini belum tiba lagi.  Setelah balik dari Bazar Ramadhan, sebuah lori sudah menunggu di depan rumah.  Mereka datang untuk memeriksa keadaan bocor rumah aku.  Sekarang sudah pukul 7.15 pm dan sebentar lagi sudah waktu berbuka puasa.  Aku suruh mereka datang balik selepas aku berbuka nanti tapi ditolak mereka.  Mereka memberitahu bahawa mereka akan memeriksa sebentar sahaja.  Mereka memanjat ke atas rumah dan membuka siling rumah aku dan memberitahu bahawa tanki bocor dan perlu ditukar.  Mereka juga memberitahu bahawa tanki yang ada sekarang boleh menyimpan sebanyak 300 gelen air dan jika mahu tukar mereka perlu membuka separuh dari siling rumah dan mengangkat tanki itu ke atas melalui siling.  Mereka juga mengesyorkan supaya aku menukar kepada yang lebih kecil kerana isi rumah yang tidak banyak - mungkin kepada 200 gelen atau 150 gelen punya tangki.   Mereka memberitahu segala kos termasuk membuka siling dan mengangkat tangki bocor dan mengganti dengan tangki baru yang diberi jaminan 10 tahun adalah sebanyak RM1,500.  Bila2 detik lagi waktu azan Magrib akan berkumandang menanda waktu untuk berbuka.  Aku tengok orang2 yang cuba menjual produk mereka ini kecil sangat dan aku meminta masa pada mereka untuk berfikir kerana waktu berbuka sudah tiba.  Tetapi yang ironinya mereka tidak mahu beredar dari rumah aku sehingga aku mengambil pengesahan untuk mengambil produk mereka.  Aku berkata dengan baik mohon mereka keluar sebentar kerana aku mahu berbuka.  Mereka seperti memaksa menyuruh aku bersetuju dan minta duit kerana mereka datang ke rumah aku.  Aku menolak perlahan mereka dan beritahu bahawa aku sedang berpuasa.  Aku menolak mereka sehingga ke pintu sambil kepala berkira2 kalau berlaku apa2.  Sampai ke muka pintu mereka sudah keluar, aku terus menutup pintu dan azan Magrib terus berkumandang.  Aku memanggil satu kontraktor lagi untuk mengesahkan cerita tangki aku.  Seorang Indonesia datang dan terus memanjat dan setelah beberapa minit, dia memberitahu bahawa memang tangki bocor dan dia memberitahu aku supaya menutup air dari meter luar.  Dia juga memberitahu untuk mengeluarkan semua air di dalam tangki itu memerlukan 45 minit - 1 jam untuk habis semua.  Dia memberitahu aku bahawa dia akan membeli gam dan menampal bocor dan akan memastikan bocor itu diuji sebelum air penuh.  Dia membersihkan tangki dan mengeringkan tangki sehingga tiada lagi air yang menitik.  Dia memberitahu bahawa tangki telah digam dan dia perlukan masa untuk memastikan gam itu kuat, dia menyuruh aku menutup air di meter dari masuk ke tangki.  Proses keseluruhan yang dibuat selama 1 jam.   Dan keseluruhan kos adalah RM150.  Dan aku tidak mengalami kebocoran air dan duit.