"Hari ini tak masak. Beli apa2 yang patut." Ini adalah ayat arahan dan ayat bangun kena buat. Kemesraan mesti dijalinkan. "Awak pula ambik bebudak, saya nak singgah Stadium Shah Alam. Apa2 hal roger saya." Bukan senang nak pusing2 satu stadium mencari yang sedap. Kereta sudah dikunci, mata liar melihat asap ikan bakar. Kedai pertama disinggah lala masak pedas - bagus, dia masak secukupnya untuk satu hidangan. Budak2 muda yang menjual memang kreatif. Ayam bakar kena beli selagi tak muak. Kueh hari ini tak nampak lagi yang menggiurkan. Sudah habis 2 barisan, kueh hari ini masih tidak nampak. Singgah di satu kedai bebudak muda Malaysia menjual air (aku perasan kebanyakan air dijual oleh Indonesia kecuali yang bercirikan pop - warna warni). Air mangga susu - menu baru hari ini. Jenama susu tidak disebut. Kueh masih tak kelihatan. Terfikir nak makan roti boom hari ini tapi tengok2 kuah yang diberikan terlalu cair - batal. Popiah dah jemu kata isteriku. Karipap yang berbagai inti juga tak menambah minat. Masa masih mengizinkan. Aku perasan kalau bebudak menjual bising maka kemungkinan makanan yang dijual kurang sedap tetapi memerlukan konsep penjualan yang hebat. Bila makanan sedap dan tidak mahu berkongsi pendapatan maka penjual akan diam menunggu pelanggan datang. Dan ini akan menyebabkan kurang pelanggan datang dan selalu mereka berdiri bersembang sesama sendiri atau layan FB. Yang laku seperti 'Roti John special' tak sempat nak panggil pelanggan - pelanggan beratur pandai2 sendiri. Sama dengan popiah basah yang sedap. Akhirnya aku singgah kat kedai paling senyap iaitu jual samosa (ini bukan makan tradisi Portugis - afamosa). Samosa seperti karipap yang digoreng dan berintikan sesuatu. Tanda iklan 4 - RM3 maka jika satu 80 sen. Aku hulur RM3 dan budak itu tersenyum "Abang, saya tambah satu lagi, terimakasih." Aku senyum kembali kerana hari ini hanya samosa sebagai pemula. Hidangan berbuka dirumah seawal Azan Magrib adalah kurma dan selanjutnya samosa. Isteri tersenyum "Sedap samosa ni". Dalam hati tersenyum, esok boleh beli lagi dan dapat percuma satu dan akan beli sampai muak.
No comments:
Post a Comment