Aku memang lemah dalam kerja teknikal. Tengok air menitik di tengah rumah sudah buat darah aku naik. Hujan terakhir yang aku ingat pada hari Jumaat dulu. Tapi air ini dah masuk 2 hari menitik tanpa berhenti dan sekarang sudah boleh buat tadahan. Ramadhan yang sabar ini, buat aku letih bila melihat benda2 teknikal ini. Bocor atau siling berubah. Kadang2 siling berubah tempat pun akan menyebabkan air hujan masuk tapi yang ini menitik tidak berhenti. Hari sudah petang dan bazar Ramadhan sudah bermula lama. Orang yang aku panggil sejak pukul 4 pm tadi, pasal bocor ini belum tiba lagi. Setelah balik dari Bazar Ramadhan, sebuah lori sudah menunggu di depan rumah. Mereka datang untuk memeriksa keadaan bocor rumah aku. Sekarang sudah pukul 7.15 pm dan sebentar lagi sudah waktu berbuka puasa. Aku suruh mereka datang balik selepas aku berbuka nanti tapi ditolak mereka. Mereka memberitahu bahawa mereka akan memeriksa sebentar sahaja. Mereka memanjat ke atas rumah dan membuka siling rumah aku dan memberitahu bahawa tanki bocor dan perlu ditukar. Mereka juga memberitahu bahawa tanki yang ada sekarang boleh menyimpan sebanyak 300 gelen air dan jika mahu tukar mereka perlu membuka separuh dari siling rumah dan mengangkat tanki itu ke atas melalui siling. Mereka juga mengesyorkan supaya aku menukar kepada yang lebih kecil kerana isi rumah yang tidak banyak - mungkin kepada 200 gelen atau 150 gelen punya tangki. Mereka memberitahu segala kos termasuk membuka siling dan mengangkat tangki bocor dan mengganti dengan tangki baru yang diberi jaminan 10 tahun adalah sebanyak RM1,500. Bila2 detik lagi waktu azan Magrib akan berkumandang menanda waktu untuk berbuka. Aku tengok orang2 yang cuba menjual produk mereka ini kecil sangat dan aku meminta masa pada mereka untuk berfikir kerana waktu berbuka sudah tiba. Tetapi yang ironinya mereka tidak mahu beredar dari rumah aku sehingga aku mengambil pengesahan untuk mengambil produk mereka. Aku berkata dengan baik mohon mereka keluar sebentar kerana aku mahu berbuka. Mereka seperti memaksa menyuruh aku bersetuju dan minta duit kerana mereka datang ke rumah aku. Aku menolak perlahan mereka dan beritahu bahawa aku sedang berpuasa. Aku menolak mereka sehingga ke pintu sambil kepala berkira2 kalau berlaku apa2. Sampai ke muka pintu mereka sudah keluar, aku terus menutup pintu dan azan Magrib terus berkumandang. Aku memanggil satu kontraktor lagi untuk mengesahkan cerita tangki aku. Seorang Indonesia datang dan terus memanjat dan setelah beberapa minit, dia memberitahu bahawa memang tangki bocor dan dia memberitahu aku supaya menutup air dari meter luar. Dia juga memberitahu untuk mengeluarkan semua air di dalam tangki itu memerlukan 45 minit - 1 jam untuk habis semua. Dia memberitahu aku bahawa dia akan membeli gam dan menampal bocor dan akan memastikan bocor itu diuji sebelum air penuh. Dia membersihkan tangki dan mengeringkan tangki sehingga tiada lagi air yang menitik. Dia memberitahu bahawa tangki telah digam dan dia perlukan masa untuk memastikan gam itu kuat, dia menyuruh aku menutup air di meter dari masuk ke tangki. Proses keseluruhan yang dibuat selama 1 jam. Dan keseluruhan kos adalah RM150. Dan aku tidak mengalami kebocoran air dan duit.
No comments:
Post a Comment