Subuh Ramadhan pagi ini bukan seperti subuh2 Ramadhan yang ditinggalkan. Aku sampai ketika muadzin sudah habis azan. Ramai yang datang nampak menyeronokkan. Pasti Subuh ini berbeza bisik aku. Sambil berjalan aku tersenyum sendiri berfikir. Melintasi bahagian perempuan yang berlangsir menutup kelihatan seorang anak muda lelaki mahu keluar mengejutkan aku dan aku memanjang leher menjengok ke dalam. Sekujur mayat bertutup dibelah kawasan wanita. Dan ketika bilal mahu mengalun Iqamah solat Subuh, Imam mengumumkan ada kematian dan akan diselenggarakan sekitar pukul 11 pagi sesiapa ada kelapangan. Dan Solat Subuh pun berakhir selepas doa dan Imam mengingatkan lagi untuk sesiapa ada kelapangan.
Aku bertanya dengan salah seorang jamaah dan dia memberitahu meninggal pukul 3 pagi dan anak2 terus membawa ke surau kerana tidak tahu nak buat apa2 kerana mereka tinggal di Apartment yang berdekatan dengan surau. Aku suarakan mungkin tahlil ringkas boleh dibuat, dia memberitahu sebelum Subuh tadi tahlil sudah dibuat. Sekarang sudah pukul 6.24 am dan aku perlu kembali ke rumah untuk bersiap kerja. Dalam perjalanan yang tidak sampai 10 minit, hati sebak mengingatkan mayat yang terkujur sepi dan ia boleh berlaku dimana2 - tidak ada yang selenggarakan, tak tahu nak buat apa semasa menunggu mayat, menanti orang menyelenggarakan, kawasan baru kurang perempuan yang pandai menguruskan kematian, surau perlu wanita2 yang boleh aktif didalamnya bila tiba tentang kematian.
Setiap waktu di Mekah |
Dan aku betul2 menangis sehingga sampai ke rumah. Nampak seorang2 anak kepada sekujur mayat seperti meminta tolong sama2 menunggu tetapi tidak terkeluar perkataan. Dan semua orang mahu bekerja. 3 atau 4 jam menunggu orang untuk kendalikan mayat boleh menyiksakan. Bagi aku belajar tentang pengurusan jenazah tidak cukup dengan mandi, kafan dan menanam sahaja. Proses semasa menunggu mayat, kecekapan menghadapi maut kedua ibubapa atau sesiapa, kenali imam surau/masjid terdekat dan belajar berhubungan dengan jiran juga penting. Belajarlah dan mungkin kita menghadapi semua ini dengan sabar.
Setuju bro. Kita mati nanti pun belum tentu ada orang nak uruskan... dengan sempurna.
ReplyDeletep/s: Tapi part nak bagi cekap menghadapi kematian ibu bapa tu seriau la...? Kecekapan perlu practice beb. Tapi aku mengaku aku jarang ada peluang menziarah dan menguruskan jenazah. Adoi laaa...
Pergi daftar belajar kat Masjid Negara - setiap Ahad dari 8am sehingga asar selama 3 bulan - menghadapi kematian dan menziarah org sakit, mandi mayat, kafan, gali kubur, jadi imam dll
ReplyDeletesedih mendengarnya.aku minat nak belajar psl mengurus jenazah ni..dah lama mencuba. mungkin lepas ni kena survey kat Masjid Negara. Jom kita sama2 belajar
ReplyDelete