Teringat aku ketika membuka cawangan Mayban Finance Bhd di SS2 di Petaling Jaya pada tahun 1995 tentang kursus 'Computer Appreciation". Kursus ini tidak menceritakan tentang bagaimana nak membuat transaksi biasa bank atau menu2 di dalam transaksi di kaunter. Kursus ini lebih menjurus bagaimana menghargai komputer - tidak minum di tepi komputer, pastikan komputer kering, buka pendingin hawa ketika operasi, buka komputer untuk dibersihkan dan mengenal2 barangan komputer. Cerita menghargai ini aku rasa sangat terkait rapat dengan menghargai Al-Quran. Kita wajib kenal dengan Al-Quran. Salah satu rukun Iman adalah percaya kepada Al Quran. Bagaimana menghargai Al-Quran - dengan cara mengenal Al-Quran. Tengok2 kat rumah kita, berapa banyak Al-Quran tersimpan. Ikut mak aku, semua Al-Quran ini wajib dikhatamkan. Menangis Al-Quran tu lihat dirinya tidak dibaca - kata mak aku. Berapa surah perlu tahu? 114 surah. Surah terpanjang Al-Baqarah. Ayat pertama turun Iqra'. Al Quran bermula dengan Al Fatihah dan berakhir dengan An Nas. Semua surah bermula dengan Bismillah.......kecuali surah At Taubah. Tetapi walaupun begitu terdapat juga 114 "Bismillah...."kerana pada surah An Naml ayat 30 terdapat 'Bismillah...." Cuba berkenalan dengan Al Quran dan niat di hati pada Ramadhan ini untuk berkenalan lebih jauh. Baca sudah pasti. Berapa lama kita boleh baca novel yang kita minat - sehari atau seminggu. Sudah dikira berapa ayat ada di dalam satu novel. Ayat Al Quran mengandungi 6,236 ayat. Novel kasino yang aku baca sebelum puasa dulu mengandungi lebih 60,000 perkataan dan dihabiskan kurang dari 2 jam. Tanam azam tahunan seperti nak kurus, nak beli kereta atau nak ke luar negara kepada Khatam Al Quran atau Khatam semua Al Quran di dalam rumah. Jangan takut salah nak baca kerana mengikut guru aku, orang yang merangkak dapat 2 pahala kerana dia mahu membaca dan perlahan2 untuk elak kesalahan.
No comments:
Post a Comment