Bedak cuticura sudah disapu lekat di muka. Minyak wangi Lavendar dengan penyanyi model Malaysia juga sudah disembur ke badan. Minyak rambut jenis tiub juga sudah melekat di rambut. Wangi jangan cerita. Pertemuan hari ini kali pertama untuk dia. Baju sudah digosok walaupun hitam di leher baju tidak hilang. Sudah lama rasanya tidak memberus di tengkuk. Mungkin 2 kali basuh baru sekali leher baju digosok. Seluar jeans hitam disarung dengan lekas. Seluar ini lagi tidak basuh lagi lembut untuk dipakai. Kasut pula menjadi isu pagi2 ini. Hanya satu inilah sahaja barang yang selalu dia lupa. Hanya ada satu pasang dan itulah yang dipakai untuk kerja dan bersosial. Tepi2 kasut sudah berbulu dan hati dia cukup berbulu juga melihat tapi apakan daya kasut ini sudah banyak jasanya. Macam2 perkara datang singgah di kepala. Duit RM20 mungkin cukup untuk pertemuan pertama ini. Duit ini cukup untuk menonton wayang dan makan sekenyangnya. Dompet yang tebal berisi berbagai itu diselak2 lagi untuk mencari duit2 yang mungkin terselit. Tak ada dan pertemuan tengah bulan ini nampak berbajet rendah dan tidak mewah. Rancangan hari Sabtu ini ke Lake Garden mungkin lebih meriah nanti kerana konsert di Taman Tasik Perdana dihidangkan dengan kumpulan Search. Program ini mungkin lebih istimewa dari menonton wayang kerana percuma. Cerita wayang yang ada sekarang adalah filem Mekanik. Memang popular dengan ayat biasa "Orang Putih ka, orang hitam ke, orang merah ke, kita orang Malaysia kan!" Termenung lagi dia di depan pintu. Waktu sudah sekitar 9 pagi. Perjalanan dari Subang dengan Bas Sri Jaya mungkin 1 jam baru sampai ke Kuala Lumpur. Dia bergegas memakai kasut tanpa stokin kerana dia perasan bukan hanya kasut sahaja yang sepasang, stokin juga begitu. Bas bernombor 47 adalah bas yang selalu dinaikinya untuk ke Kuala Lumpur. Perjalanan melintasi Airport Subang, Asia Jaya, melalui Bangsar dan lalu ke Muzium dan pasti sampai ke Bas Stand Klang. Tambang ke sana sekitar RM1.70. Duit2 syiling disediakan di dalam jeans yang tidak basuh 2 minggu itu. Spek hitam yang dibeli di Petaling Street berjenama Puma sudah penuh dengan daki terus dipakai waktu pagi2 itu. Dari jauh dia nampak segak dan dekat wangi cuticura melekap terus. Tiada siapa tahu bahawa di poketnya hanya ada RM20 dan aksi pertama ini akan menjadi sejarah hidup untuk diingati.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Saturday, June 16, 2012
Friday, June 15, 2012
The Adventures of Tintin : The Secret of Unicorn
Cerita ini berdasar satu komik karton popular. Tapi kali ini dengan arahan Steven Speilberg (Saving Private Ryan) dan Penerbit oleh Peter Jackson (Lord of the Ring) memang memberikan impak dalam cerita kartoon pengembaraan. Cerita tentang model kapal bernama 'The Unicorn' yang direbutkan oleh antoganist dan mereka mencuri maklumat di dalam The Unicorn' yang baru dibeli oleh Tintin. Dalam filem 3D ini, pengembaraan dari laut ke padang pasir ke tempat salji, kembali ke padang pasir dan di atas udara digambarkan sangat sempurna untuk karton. Cerita ini mungkin akan disambung ke beberapa siri. Kanak2 perlu bersama keluarga yang tua untuk menerangkan jalan cerita walaupun kartoon. Cerita ini keluar ketika cerita Rango yang disuarakan oleh Johhny Depp dan akhirnya Academy Award memilih Rango untuk cerita animasi terbaik.
Mesyuarat Reunion
Bagaimana hendak mula? Bagaimana hendak kumpulkan kawan? Di mana hendak berjumpa? Siapa yang akan mula? Siapa yang memikirkan? Kalau menanti hari baik, bulan baik, mungkin tidak akan berlaku. Kalau motivator bercakap, siapa yang mulakan, dia adalah penggerak. Betul cerita ini. Kadang2 kita kena hormat baik orang2 yang dapat memulakan sesuatu benda ini. Kita boleh berdiri tabik hormat pada orang2 yang berfikir untuk bermula. Semalam aku dipanggil bersama beberapa kawan berbincang untuk mengumpulkan kawan2 lama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Subang pada tahun 1977 - 1982. Kalau ikut ilmu hisab, sudah 30 tahun tak jumpa. Kebanyakan sudah berubah secara fizikal. Kalau jumpa di jalan2, berlanggar bahu pun mungkin tak kenal. Tapi aku kena bagi tabik kedua aku pada Mark Zurkerberg (walaupun harga selepas IPO dia menurun semacam syarikat buih sahaja) - FB yang satu ini sekurang2nya dapat aku kenal beberapa orang yang sudah 30 tahun tak jumpa. Setiap kawan yang berkaitan mempunyai kawan mereka sendiri dalam FB. Ini amat membantu dalam pencarian kawan2 lama. Mula2 'create' group dan jemput beberapa kawan2 terlibat untuk bersama dalam kumpulan itu. Dan buka peluang pada kawan2 ini menjemput sendiri kawan2 dalam kumpulan yang sama. Buatkan keputusan mesyuarat seperti menunggu Sukan Olimpik berlaku - kita 'countdown' untuk memberikan kehangatan. Kumpulkan gambar2 lama perlu sangat untuk menimbulkan ingatan. Projek ini akan membuat kita terus berfikir dan menjadi muda selalu. Mesyuarat pertama ini hanya berkisar mencari berapa orang yang masih kita ingat. Kalau ikut yang diingat sekitar 31 lelaki dan 29 perempuan - yang ini datang dari 5 orang yang berbincang. Aku sendiri sudah lupa berapa orang yang menjadi graduan umur 12 tahun 1982 dulu di Sekolah Kebangsaan Subang. Yang pasti ada 2 kelas - Merah dan Puteh. Mesyuarat ini juga menentukan tarikh untuk berjumpa, berapa kos diperlukan dan aturcara hari. Selepas 2 jam minum bersembang, nampak lebih cerah dan kemungkinan kawan2 dapat dikumpulkan untuk pertemuan selepas 30 tahun ini. Setiap orang mempunyai kenangan dan dengan kenangan ini mereka hidup.
Labels:
life
Thursday, June 14, 2012
Datuk2
![]() |
| Gambar Hiasan |
Hari Ahad aku suka memandu jauh2. Bila memandu radio mesti terpasang untuk memberi halwa telinga berehat. Hari ini amat istimewa kerana aku seperti mahu mendengar sepenuhnya carta lagu sinar FM. Lagu2 lama dan segar malar dalam ingatan. Bermula dari nombor 20 hingga ke bawah. Mula2 Lagu Datuk Sudirman, memang aku suka lagu dia dan Saleh Yaakub masa itu mengumumkan bahawa minggu itu adalah minggu kelahiran Datuk Sudirman. Selepas itu no 19, Datuk M Daud Kilau dengan lagu Chek Mek Molek....ahhaaaaaaHai. Selepas itu no 18, Datuk Hattan pula dengan lagu Memburu Rindu. Ini pun aku suka kerana suara jantan yang terus jantan. Selepas itu, Tan Sri S M Salim, selepas itu Datuk Ahmad Jaiz. Selepas itu Datuk Sharifah Aini dan selepas itu Datuk DJ Dave. Masuk pula Datuk David Arumugam selepas mendengar lagu dari Datuk Khadijah Ibrahim. Aku naik meluat sebab banyak sangat Datuk terus aku tukar siaran yang tak ada Datuk2. Kenapa kat Malaysia ini, artis antara tempat untuk mendapat Datuk paling banyak. Perangai memberi anugerah ini memang terdapat hanya di negara2 komenwel iaitu yang pernah dijajah oleh British. Datuk M Nasir naik atas pentas bersama Datuk Siti Norhaliza dan diiringi oleh Datuk AC Mizal. Aku rasa penggunaan Datuk sepatutnya untuk urusan rasmi sahaja seperti dalam surat atau pergi ke Istana sahaja. Di Britain kalau ada konsert2 atau siaran TV sahaja, pengulas tak panggil Elton John atau Ringgo Star sebagai Sir kerana ia hanya konsert. Kalau sesiapa perasan dalam rancangan Mania, Aznil terpaksa menyebut Datuk M Nasir hampir puluhan kali untuk meminta komen dan bercerita tentang artis dibawah kelola dia. Ini bukan rasmi sepatutnya hanya menyebut M Nasir.
Labels:
life
Wednesday, June 13, 2012
Demokrasi Terpimpin
Kalau biasa kita dengar P Ramlee sahaja yang berbicara tentang demokrasi terpimpin dalam cerita Tiga Abdul, kali ini ia datang dari Che Det kita. Dia berkata tentang mana2 negara yang mengamalkan secara total demokrasi pasti tidak berjaya. Maka kesimpulan atau rumusannya adalah demokrasi mesti terpimpin. Che Det seorang ini cuba bercerita tentang demokrasi sebenarnya tidak boleh dapat secara penuh kerana katanya akan lebih banyak demonstrasi, gaduh2 dan cuba mendapatkan sesuatu dengan jalan tidak sah. Pandangan ini mungkin pandangan peribadi beliau tetapi masyarakat melihat ia sebagai satu bahan rujukan utama. Aku bukan ahli politik yang tidak membayar cukai atau cuba mendapat projek atau tidak buat apa2 untuk dapat rumah bangalow 24 juta. Aku hanya orang biasa yang dipanggil wira2 negara kerana membayar cukai. Aku marah kalau Pilihanraya Umum dibuat secara tipu, aku juga marah kalau duit yang aku bagi untuk buat projek lembu dibelikan kondominium untuk orang perseorangan, aku lagi marah kalau satu projek yang murah dimahalkan hanya untuk bagi makan seorang. Demokrasi bagi aku adalah menukar kerajaan yang ada - tidak berdosa. Aku bukan buat salah tapi meraikan demokrasi. Maknanya aku percaya demokrasi tetapi kalau terpimpin bermaksud seorang ketua yang tidak boleh disanggah, diktator, nak angkat muka pun kita takut, kena puji selalu memang aku tolak. Ini negara demokrasi - hak memilih terletak pada aku sendiri sebagai wira2 negara.
Gaji di Bank
Bagaimana keadaan gaji sekarang di bank? Mengikut taburan sembang2 yang aku buat sendiri dan pengalaman berada di dalam sekitar bank lebih 20 tahun, pergerakan gaji di bank Malaysia tidak berganjak banyak seperti harga2 barang. Teringat aku sekitar tahun 1997 dulu ketika aku mendapat Ijazah dan kononnya dinaikkan kepada pangkat Pegawai Kelas 1, gaji yang aku terima sekitar RM1,800 dan mengikut laporan sekarang 2012, gaji ini tidak berganjak banyak walaupun tahun sudah berubah. Ada kawan2 yang masih di bank berkata bahawa sekarang gaji sudah naik kepada sekitar RM2,300 untuk Pegawai Kelas 1. Walaupun begitu naiknya, perbezaaan RM500 untuk 1997 dan 2012 adalah 15 tahun dengan kenaikan sebanyak RM34 setahun. Persatuan pegawai2 Bank tidak memastikan pegawai2 di Bank mendapat pembelaan yang sewajarnya. Anak2 yang baru habis belajar yang mahu bekerja di bank2 nampak seperti menerima sahaja kadar gaji yang diberikan kerana mengikut rekod juga, majikan2 tidak mahu berbelanja banyak pada pegawai2 yang baru masuk ke dalam Bank. Di sebabkan ini, pekerja2 selalunya tidak setia dengan sesatu bank. Mereka akan bergerak, melompat mencari ibubapa yang baru. Mana bank yang memberikan imbuhan lebih tinggi 10 - 20 % mereka akan melompat. Bekerja di Bank sebenarnya agak senang sekarang kerana sistem yang berdisiplin membuatkan orang bekerja lebih senang. Cuma bahagian pemasaran yang memerlukan kerja lebih untuk memastikan bank terus belayar. Gaji yang tidak menarik untuk bertahan pada satu bank menyebabkan ramai senior yang bergerak untuk meningkatkan gaji sendiri.
Monday, June 11, 2012
The Raid : Redemption
Kalau menonton cerita aksi, cerita yang paling ganas menjadi pilihan aku. Inglarious Basterd contoh terbaik dimana setelah dibunuh orang, kulit kepala orang di siat atau dibotakkan. Kalau tembak itu, tidak hanya di badan, kalau boleh dimuka sehingga hancur. Aku berkhayal begini kerana di dalam kehidupan kita tidak boleh melakukan semua perkara ini. Tengok orang potong kereta kita dan tunjukan tangan, aku rasa macam nak tembak kepala dia bagi hancur. Cerita Indonesia ini diarahkan oleh seorang pengarah dari Welsh iaitu Gareth Evan. Di Indonesia, filem ini diberi tajuk : Serbuan Maut. Cerita tentang pasukan khas 20 polis menyerbu satu apartment yang dipenuhi dengan kumpulan jahat dadah diketuai oleh Rama yang dilakonkan oleh Ray Sahetapy - salah seorang pelakon berkarektor di Indonesia. Cerita telah memenangi beberapa anugerah luar negara seperti Amsterdam, Dublin dan Toronto filem festival. Aksi2 dalam cerita ini mempunyai adegan2 cult atau ganas yang terpimpin. Dan yang pasti bukan hero sahaja menang di dalam cerita ini kerana satu pasukan di hantar untuk menyerbu bangunan ini hanya 3 orang yang selamat. Aksi tembak muka, mengunakan tukul, berparang dan menikam leher dengan kaca memang digambarkan secara jelas dan aku tersedak di luar filem.
Tersungkur di Pintu Syurga
Membaca buku ini memberi persepsi baru tentang kejayaan polis membenteras satu gerakan Islam yang mencapai satu holistik kehidupan. Cerita tentang Al Arqam sehingga dikuburkan dan ditahan di ISA sekitar tahun 1990 an dulu menarik. Cerita tentang bagaimana, polis2 menyamar sebagai ahli2 Al Arqam dan mengikuti rombongan Ustaz Ashari di Thailand sehingga ditahan di sana. Al Arqam adalah satu pertubuhan sah mula2 sehingga diceritakan tentang apabila Ustaz Ashari bercakap dengan Nabi Muhammad secara kyasaf (secara sedar) diceritakan dalam buku ini. Buku ini dituliskan oleh Zabidi Mohamed, salah seorang peguam untuk kumpulan Al Arqam sangat menarik kerana ia ditulis oleh orang yang terlibat secara lansung dengan pertubuhan ini. Buku ini boleh menjadi bahan sejarah yang menarik kerana pada satu ketika dulu Al Arqam menguasai ekonomi sendiri sehinggakan masyarakat Islam melihat produk Islam hanya terdapat pada Al Arqam ini. Dan paling aku ingat adalah tentang kicap yang mereka keluarkan.
Labels:
buku
Thursday, June 7, 2012
Get the Gringo
Cerita Gringo ini bermula bila Mel Gibson mahu melarikan diri dari dikejar polis Amerika maka adegan mengejar di sempadan Amerika Mexico berakhir di penjara di Sempadan itu. Gringo bermaksud orang luar dari bangsa seperti Spanish atau Mexico. Mel Gibson adalah perompak yang melarikan duit 4 juta USD dan dikejar oleh tuan punya duit seorang samseng. Ada adegan2 ganas yang boleh diterima akal seperti memotong jari kaki, tembak menembak dan pembedahan di dalam kekalutan. Cerita yang bijak untuk diikuti kerana Gringo itu dapat hidup dalam suasana penjara di sempadan Mexico itu. Suasana seperti satu bandar yang dikuasai oleh orang yang kuat dan berduit. Ada satu adegan yang membuat pencerahan dimana ketika dibenarkan lawatan keluarga, khemah2 disewa untuk pasangan bersenggama. Ini mungkin cerita rekaan sahaja tetapi pencerahan ini membantu kita mengetahui tentang suasana penjara pendatang2 asing.
AIR dan SAMPAH
Air dan sampah menjadi satu bahan politik samseng dari dahulu hingga sekarang. Penguasaan tenaga dan bahan guna harian ini boleh menyebabkan kuasa bertukar tangan jika tak di tangani dengan berhemah. Ketika penguasaan Mafia bermula di New York oleh orang2 Sicily dan Itali, perusahaan sampah menjadi satu bahan untuk mengugut pemerintah yang demokrasi di sana. Mereka memberitahu Datuk Bandar New York untuk membiarkan peniagaan lain2 mereka seperti pelacuran, dadah dan mengutip duit perlindungan kalau tidak pengutipan sampah akan diberhentikan. Ugutan ini ketika itu nampak seperti main2 dan sebenarnya impak kepada bandar yang terbesar ketika itu amat besar. Lori sampah tidak bergerak dan bau busuk merebak ke seluruh bandar. Orang ramai terpaksa akur pada Mafia yang jenis ini. Cerita air juga berlaku di Amerika Latin, ketika penguasa Kerajaan bertindak menghentikan air kepada penduduk jika tidak memilih mereka yang berkuasa terus berkuasa. Dua elemen ini dimainkan oleh Noh Omar di Selangor. Ketika air sedang percuma di Selangor, dia dengan keadaan marah memberitahu bahawa air akan kurang dan mestilah dicatu. Bukankah kerja menyampaikan air secara percuma ini memang bagus dan hendaklah dikekalkan walau siapa yang memerintah. Loji air mestilah dibuat dengan kadar segera kalau tidak Selangor akan kering kontang 2014. Isu air memang boleh menyebabkan orang bertukar kuasa. Dan yang peliknya Noh Omar juga menceritakan tentang isu sampah juga. Ketika aku menulis ini yang aku perasan di Kg Melayu Subang sudah dibekalkan setiap lorong dengan tong sampah berwarna oren yang besar dan nampak setiap rumah dibekalkan dengan tong sampah ini. Isu sampah yang dimainkan oleh Noh Omar tidak ubah seperti Mafia di New York dahulu. Mungkin ada yang tidak berminat dengan politik maka lansung tidak mengambil pendekatan untuk mengetahui. Tunggu nanti apabila masalah sampah dan air datang betul ke muka pintu, maka politik akan berlegar di mulut mereka. Masa itu sudah lambat untuk berfikir.Monday, June 4, 2012
Safe House
Denzel Washington salah seorang pelakon yang aku minat. Lakonan sebagai pencipta2 sejarah seperti 'Malcom X', peninju - 'The Hurricane', Jurulatih American Football - Herman Boone 'Remember The Titans', Frank Lukas 'American gangster', Steve Biko 'Cry Freedom' dan Melvin B Tolson seorang pembahas 'The Great Debater'. Pernah menang anugerah Academy sebagai polis yang korups dalam 'Training Day'. Cerita kali ini seolah2 imbasan lelaki dari filem 'Salt'. Cuma debaran lebih cepat kerana mungkin lelaki lebih ganas filemnya. Cerita tentang CIA yang mengejar seorang lelaki yang pernah bekerja untuk CIA juga. Disebabkan tidak dapat jalan keluar di Cape Town, Afrika maka lelaki yang dikehendaki itu telah masuk ke Kedutaan Amerika untuk menyerah diri. Maka cerita pun bermula tentang dia perlu dibawakan satu tempat yang dinamakan 'Safe House' untuk soal siasat. Safe House adalah satu nama yang agak normal kerana aku sendiri pernah dengar tentang safe house digunakan sebelum banduan2 diasingkan ke penjara Kamunting di Taiping. Cerita yang bernafas baru dan boleh dikongsikan bersama. Denzel yang berumur 55 sekarang seperti seorang muda di dalam filem ini. Cerita tentang penganaiyaan, penipuan dan aksi kejar mengejar. Boleh belajar sesuatu dalam filem2 seperti ini.
Daging berlawan Daging
Orang bercerita tentang seorang yang bertanya. Pertanyaan ini sangat susah kerana yang bertanya tidak faham. Kefahaman memang susah kalau hanya mendengar tetapi tidak amalkan. Bertanyalah oleh yang bertanya pada tok alim - tok alim, ustaz2 dan para dae2. Semua jawapan memang skema dan tidak difahami oleh yang bertanya. Dibacakan ayat Al-Quran, ditafsir, didengarkan Hadis tapi yang bertanya seperti tidak faham. Ustaz2 mula marah dengan soalan si penanya. Apa soalan yang sangat susah ini?
1. Apakah tanda Allah itu ada?2. Kenapa kita perlu percaya Qada' dan Qadar?
3. Iblis/Syaitan di buat dari api tapi hari kiamat nanti, iblis/syaitan akan masuk neraka dan dibakar dengan bahan yang sama - api, kenapa?
Cerita bertanya ini sudah sampai peringkat rasa orang ramai nak lempang sahaja orang yang bertanya. Tapi disebabkan kesungguhan orang yang bertanya seperti tidak ketahuan lansung atau jika mendapat jawapan yang puas mungkin taraf keimanannya akan meningkat, maka dibiarkan oleh orang kampung.
Lalu, terdengar cerita tentang orang tua yang berada di hujung kampung sangat bijak tentang agama. Maka datanglah si penanya kepada orang tua bijak pandai ini. Bertanyalah soalan2 yang masih tidak terjawab itu. Mendengar sahaja jawapan, orang tua bijak itu menangkat tangan setinggi boleh dan menghayun tepat ke muka penanya dan seperti letupan pop di penunu bunsen. Maka tergolek2lah si penanya sambil memegang pipi kesakitan. Kenapa?
Maka di jawab orang tua pandai itu, semua jawapan yang dicari ada jawapan dalam lempang itu?
1. Adakah kamu sakit bila aku lempang tadi? Ya, tunjukkan sakit itu pada aku. Penanya yang masih mengosok2 pipi kesakitan menunjuk pipinya. Orang tua bijak pandai itu menidakkan kerana yang ditunjuk itu hanya pipi. Sakitnya di mana? Itulah tanda Allah itu ada.
2. Percaya Qada' dan Qadar - engkau pasti tak kena lempang kalau kau tidak datang ke sini untuk bertanya. Itulah Qada' dan Qadar
3. Dan yang lempang itu, pasti engkau tahu, tangan aku dibuat sama dengan pipi engkau - daging dan tulang dan bila aku hayun tangan ke muka kau, maka datanglah sakit hingga kau tergolek. Begitulah iblis/syaitan di neraka nanti api itu tersangat panas bagi mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)











