Kalau biasa kita dengar P Ramlee sahaja yang berbicara tentang demokrasi terpimpin dalam cerita Tiga Abdul, kali ini ia datang dari Che Det kita. Dia berkata tentang mana2 negara yang mengamalkan secara total demokrasi pasti tidak berjaya. Maka kesimpulan atau rumusannya adalah demokrasi mesti terpimpin. Che Det seorang ini cuba bercerita tentang demokrasi sebenarnya tidak boleh dapat secara penuh kerana katanya akan lebih banyak demonstrasi, gaduh2 dan cuba mendapatkan sesuatu dengan jalan tidak sah. Pandangan ini mungkin pandangan peribadi beliau tetapi masyarakat melihat ia sebagai satu bahan rujukan utama. Aku bukan ahli politik yang tidak membayar cukai atau cuba mendapat projek atau tidak buat apa2 untuk dapat rumah bangalow 24 juta. Aku hanya orang biasa yang dipanggil wira2 negara kerana membayar cukai. Aku marah kalau Pilihanraya Umum dibuat secara tipu, aku juga marah kalau duit yang aku bagi untuk buat projek lembu dibelikan kondominium untuk orang perseorangan, aku lagi marah kalau satu projek yang murah dimahalkan hanya untuk bagi makan seorang. Demokrasi bagi aku adalah menukar kerajaan yang ada - tidak berdosa. Aku bukan buat salah tapi meraikan demokrasi. Maknanya aku percaya demokrasi tetapi kalau terpimpin bermaksud seorang ketua yang tidak boleh disanggah, diktator, nak angkat muka pun kita takut, kena puji selalu memang aku tolak. Ini negara demokrasi - hak memilih terletak pada aku sendiri sebagai wira2 negara.
No comments:
Post a Comment