Bagaimana hendak mula? Bagaimana hendak kumpulkan kawan? Di mana hendak berjumpa? Siapa yang akan mula? Siapa yang memikirkan? Kalau menanti hari baik, bulan baik, mungkin tidak akan berlaku. Kalau motivator bercakap, siapa yang mulakan, dia adalah penggerak. Betul cerita ini. Kadang2 kita kena hormat baik orang2 yang dapat memulakan sesuatu benda ini. Kita boleh berdiri tabik hormat pada orang2 yang berfikir untuk bermula. Semalam aku dipanggil bersama beberapa kawan berbincang untuk mengumpulkan kawan2 lama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Subang pada tahun 1977 - 1982. Kalau ikut ilmu hisab, sudah 30 tahun tak jumpa. Kebanyakan sudah berubah secara fizikal. Kalau jumpa di jalan2, berlanggar bahu pun mungkin tak kenal. Tapi aku kena bagi tabik kedua aku pada Mark Zurkerberg (walaupun harga selepas IPO dia menurun semacam syarikat buih sahaja) - FB yang satu ini sekurang2nya dapat aku kenal beberapa orang yang sudah 30 tahun tak jumpa. Setiap kawan yang berkaitan mempunyai kawan mereka sendiri dalam FB. Ini amat membantu dalam pencarian kawan2 lama. Mula2 'create' group dan jemput beberapa kawan2 terlibat untuk bersama dalam kumpulan itu. Dan buka peluang pada kawan2 ini menjemput sendiri kawan2 dalam kumpulan yang sama. Buatkan keputusan mesyuarat seperti menunggu Sukan Olimpik berlaku - kita 'countdown' untuk memberikan kehangatan. Kumpulkan gambar2 lama perlu sangat untuk menimbulkan ingatan. Projek ini akan membuat kita terus berfikir dan menjadi muda selalu. Mesyuarat pertama ini hanya berkisar mencari berapa orang yang masih kita ingat. Kalau ikut yang diingat sekitar 31 lelaki dan 29 perempuan - yang ini datang dari 5 orang yang berbincang. Aku sendiri sudah lupa berapa orang yang menjadi graduan umur 12 tahun 1982 dulu di Sekolah Kebangsaan Subang. Yang pasti ada 2 kelas - Merah dan Puteh. Mesyuarat ini juga menentukan tarikh untuk berjumpa, berapa kos diperlukan dan aturcara hari. Selepas 2 jam minum bersembang, nampak lebih cerah dan kemungkinan kawan2 dapat dikumpulkan untuk pertemuan selepas 30 tahun ini. Setiap orang mempunyai kenangan dan dengan kenangan ini mereka hidup.
No comments:
Post a Comment