Yang selalu jengok

Thursday, June 7, 2012

AIR dan SAMPAH

Air dan sampah menjadi satu bahan politik samseng dari dahulu hingga sekarang.  Penguasaan tenaga dan bahan guna harian ini boleh menyebabkan kuasa bertukar tangan jika tak di tangani dengan berhemah.  Ketika penguasaan Mafia bermula di New York oleh orang2 Sicily dan Itali, perusahaan sampah menjadi satu bahan untuk mengugut pemerintah yang demokrasi di sana.  Mereka memberitahu Datuk Bandar New York untuk membiarkan peniagaan lain2 mereka seperti pelacuran, dadah dan mengutip duit perlindungan kalau tidak pengutipan sampah akan diberhentikan.  Ugutan ini ketika itu nampak seperti main2 dan sebenarnya impak kepada bandar yang terbesar ketika itu amat besar.  Lori sampah tidak bergerak dan bau busuk merebak ke seluruh bandar.  Orang ramai terpaksa akur pada Mafia yang jenis ini.  Cerita air juga berlaku di Amerika Latin, ketika penguasa Kerajaan bertindak menghentikan air kepada penduduk jika tidak memilih mereka yang berkuasa terus berkuasa.  Dua elemen ini dimainkan oleh Noh Omar di Selangor.  Ketika air sedang percuma di Selangor, dia dengan keadaan marah memberitahu bahawa air akan kurang dan mestilah dicatu.  Bukankah kerja menyampaikan air secara percuma ini memang bagus dan hendaklah dikekalkan walau siapa yang memerintah.  Loji air mestilah dibuat dengan kadar segera kalau tidak Selangor akan kering kontang 2014.  Isu air memang boleh menyebabkan orang bertukar kuasa.  Dan yang peliknya Noh Omar juga menceritakan tentang isu sampah juga.  Ketika aku menulis ini yang aku perasan di Kg Melayu Subang sudah dibekalkan setiap lorong dengan tong sampah berwarna oren yang besar dan nampak setiap rumah dibekalkan dengan tong sampah ini.  Isu sampah yang dimainkan oleh Noh Omar tidak ubah seperti Mafia di New York dahulu.  Mungkin ada yang tidak berminat dengan politik maka lansung tidak mengambil pendekatan untuk mengetahui.  Tunggu nanti apabila masalah sampah dan air datang betul ke muka pintu, maka politik akan berlegar di mulut mereka.  Masa itu sudah lambat untuk berfikir.

No comments:

Post a Comment