Yang selalu jengok

Thursday, June 7, 2012

Get the Gringo

Cerita Gringo ini bermula bila Mel Gibson mahu melarikan diri dari dikejar polis Amerika maka adegan mengejar di sempadan Amerika Mexico berakhir di penjara di Sempadan itu.  Gringo bermaksud orang luar dari bangsa seperti Spanish atau Mexico.  Mel Gibson adalah perompak yang melarikan duit 4 juta USD dan dikejar oleh tuan punya duit seorang samseng.  Ada adegan2 ganas yang boleh diterima akal seperti memotong jari kaki, tembak menembak dan pembedahan di dalam kekalutan.  Cerita yang bijak untuk diikuti kerana Gringo itu dapat hidup dalam suasana penjara di sempadan Mexico itu.  Suasana seperti satu bandar yang dikuasai oleh orang yang kuat dan berduit.  Ada satu adegan yang membuat pencerahan dimana ketika dibenarkan lawatan keluarga, khemah2 disewa untuk pasangan bersenggama. Ini mungkin cerita rekaan sahaja tetapi pencerahan ini membantu kita mengetahui tentang suasana penjara pendatang2 asing.

No comments:

Post a Comment