Gambar Hiasan |
Hari Ahad aku suka memandu jauh2. Bila memandu radio mesti terpasang untuk memberi halwa telinga berehat. Hari ini amat istimewa kerana aku seperti mahu mendengar sepenuhnya carta lagu sinar FM. Lagu2 lama dan segar malar dalam ingatan. Bermula dari nombor 20 hingga ke bawah. Mula2 Lagu Datuk Sudirman, memang aku suka lagu dia dan Saleh Yaakub masa itu mengumumkan bahawa minggu itu adalah minggu kelahiran Datuk Sudirman. Selepas itu no 19, Datuk M Daud Kilau dengan lagu Chek Mek Molek....ahhaaaaaaHai. Selepas itu no 18, Datuk Hattan pula dengan lagu Memburu Rindu. Ini pun aku suka kerana suara jantan yang terus jantan. Selepas itu, Tan Sri S M Salim, selepas itu Datuk Ahmad Jaiz. Selepas itu Datuk Sharifah Aini dan selepas itu Datuk DJ Dave. Masuk pula Datuk David Arumugam selepas mendengar lagu dari Datuk Khadijah Ibrahim. Aku naik meluat sebab banyak sangat Datuk terus aku tukar siaran yang tak ada Datuk2. Kenapa kat Malaysia ini, artis antara tempat untuk mendapat Datuk paling banyak. Perangai memberi anugerah ini memang terdapat hanya di negara2 komenwel iaitu yang pernah dijajah oleh British. Datuk M Nasir naik atas pentas bersama Datuk Siti Norhaliza dan diiringi oleh Datuk AC Mizal. Aku rasa penggunaan Datuk sepatutnya untuk urusan rasmi sahaja seperti dalam surat atau pergi ke Istana sahaja. Di Britain kalau ada konsert2 atau siaran TV sahaja, pengulas tak panggil Elton John atau Ringgo Star sebagai Sir kerana ia hanya konsert. Kalau sesiapa perasan dalam rancangan Mania, Aznil terpaksa menyebut Datuk M Nasir hampir puluhan kali untuk meminta komen dan bercerita tentang artis dibawah kelola dia. Ini bukan rasmi sepatutnya hanya menyebut M Nasir.
No comments:
Post a Comment