Orang bercerita tentang seorang yang bertanya. Pertanyaan ini sangat susah kerana yang bertanya tidak faham. Kefahaman memang susah kalau hanya mendengar tetapi tidak amalkan. Bertanyalah oleh yang bertanya pada tok alim - tok alim, ustaz2 dan para dae2. Semua jawapan memang skema dan tidak difahami oleh yang bertanya. Dibacakan ayat Al-Quran, ditafsir, didengarkan Hadis tapi yang bertanya seperti tidak faham. Ustaz2 mula marah dengan soalan si penanya. Apa soalan yang sangat susah ini?
1. Apakah tanda Allah itu ada?2. Kenapa kita perlu percaya Qada' dan Qadar?
3. Iblis/Syaitan di buat dari api tapi hari kiamat nanti, iblis/syaitan akan masuk neraka dan dibakar dengan bahan yang sama - api, kenapa?
Cerita bertanya ini sudah sampai peringkat rasa orang ramai nak lempang sahaja orang yang bertanya. Tapi disebabkan kesungguhan orang yang bertanya seperti tidak ketahuan lansung atau jika mendapat jawapan yang puas mungkin taraf keimanannya akan meningkat, maka dibiarkan oleh orang kampung.
Lalu, terdengar cerita tentang orang tua yang berada di hujung kampung sangat bijak tentang agama. Maka datanglah si penanya kepada orang tua bijak pandai ini. Bertanyalah soalan2 yang masih tidak terjawab itu. Mendengar sahaja jawapan, orang tua bijak itu menangkat tangan setinggi boleh dan menghayun tepat ke muka penanya dan seperti letupan pop di penunu bunsen. Maka tergolek2lah si penanya sambil memegang pipi kesakitan. Kenapa?
Maka di jawab orang tua pandai itu, semua jawapan yang dicari ada jawapan dalam lempang itu?
1. Adakah kamu sakit bila aku lempang tadi? Ya, tunjukkan sakit itu pada aku. Penanya yang masih mengosok2 pipi kesakitan menunjuk pipinya. Orang tua bijak pandai itu menidakkan kerana yang ditunjuk itu hanya pipi. Sakitnya di mana? Itulah tanda Allah itu ada.
2. Percaya Qada' dan Qadar - engkau pasti tak kena lempang kalau kau tidak datang ke sini untuk bertanya. Itulah Qada' dan Qadar
3. Dan yang lempang itu, pasti engkau tahu, tangan aku dibuat sama dengan pipi engkau - daging dan tulang dan bila aku hayun tangan ke muka kau, maka datanglah sakit hingga kau tergolek. Begitulah iblis/syaitan di neraka nanti api itu tersangat panas bagi mereka.
No comments:
Post a Comment