Kalau menonton cerita aksi, cerita yang paling ganas menjadi pilihan aku. Inglarious Basterd contoh terbaik dimana setelah dibunuh orang, kulit kepala orang di siat atau dibotakkan. Kalau tembak itu, tidak hanya di badan, kalau boleh dimuka sehingga hancur. Aku berkhayal begini kerana di dalam kehidupan kita tidak boleh melakukan semua perkara ini. Tengok orang potong kereta kita dan tunjukan tangan, aku rasa macam nak tembak kepala dia bagi hancur. Cerita Indonesia ini diarahkan oleh seorang pengarah dari Welsh iaitu Gareth Evan. Di Indonesia, filem ini diberi tajuk : Serbuan Maut. Cerita tentang pasukan khas 20 polis menyerbu satu apartment yang dipenuhi dengan kumpulan jahat dadah diketuai oleh Rama yang dilakonkan oleh Ray Sahetapy - salah seorang pelakon berkarektor di Indonesia. Cerita telah memenangi beberapa anugerah luar negara seperti Amsterdam, Dublin dan Toronto filem festival. Aksi2 dalam cerita ini mempunyai adegan2 cult atau ganas yang terpimpin. Dan yang pasti bukan hero sahaja menang di dalam cerita ini kerana satu pasukan di hantar untuk menyerbu bangunan ini hanya 3 orang yang selamat. Aksi tembak muka, mengunakan tukul, berparang dan menikam leher dengan kaca memang digambarkan secara jelas dan aku tersedak di luar filem.
tak sabar nak tengok sequel citer ni.. BERANDAL (2013).
ReplyDeleteApa erti Berandal Pak?
Deleteberandal means "thug" or samseng in melayu?
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan
ReplyDeleteTuan Jika Saya mempuyai degree syariah Boleh ke apply kerja di bank
Waalaikummussalam. Mesti boleh. Sekarang di bank2 memerlukan orang yang ada Syariah untuk menasihatkan mereka tentang Islamic Banking
DeleteSalam..nk tanya..klu saya ada diploma..brp gaji utk jadi manager di bank?
ReplyDeleteKalau ada diploma, kena tambah untuk jadikan ijazah atau master. Gaji manager berbeza2 mengikut pengalaman dan selalunya bermula dari RM5,000.
DeleteSalam..nk tanya..klu saya ada diploma..brp gaji utk jadi manager di bank?
ReplyDeleteGaji untuk menjadi manager bank? Soalan mungkin perlu diubah....apa kelulusan menjadi manager bank dan berapa gaji mereka? kelulusan sekarang paling kurang ada Degree dan gaji bank manager agak berbeza dari bank ke bank. Ada yang bermula dengan RM5,000 sahaja dan ada yang bermula dengan RM8,000. Semasa saya menjadi bank manager dulu, pengalaman membezakan gaji yang diterima.
Deletesalam nk tnye sblm ni sy bkrja bhgian tele marketing dh hmpir 3tahun.. now sy dpt twrn BR Smart dgn alaun shja.. berbaloi ke if sy terima twaran trsebut??
ReplyDeleteSalam. Sila rujuk posting di Gaji di Bank
DeleteSalam Encik, tumpang Tanya.. apa tugasan Financial counselor executive?? Gaji pokok Yang ditawarkan RM 3200.. boleh minta encik terangkan? Terima kasih
ReplyDeleteSalam. Tugas2 Financial Counselor adalah mencari pelanggan untuk produk bank seperti insurance, pinjaman atau pendeposit. Biasanya insuran menggunakan nama jawatan counselor seperti seolah2 mereka menjaga kebajikan pelanggan. Selamat Maju jaya
DeleteSalam... en firdaus .. sy lepasan diploma bahagian culinary art .. sy nk apply utk kerani/teller bank .. sy ni xambk course study dlm brkaitan perbankan.. tp sblm ni sy pernah brkerja dgn Remittance/money transfer.. jd layak ke sy nk apply utk kerja ni ?? Dan apakh syarat kelayakan utk kerja as a teller atau brp pointer minimum utk diploma ? Sy hrap en.firdaus bole bg pencerahan kpd sy sbb sy xconfident utk apply..hehehe.. terima kasih :)
ReplyDeleteSalam. Kerja di mana2 pun ok. Dan dengan pengalaman yang ada, perbankan kemungkinan menerima tuan dengan baik. Saya ada pengalaman bersama dengan pengurus bank yang lepasan ijazah engineering. Salah seorang pengurus bank yang bagus wlaupun berbeza kursus. Apply dan pastikan mendapat temuduga dan bercerita tentang pengalaman, bank pasti suka. Selamat maju jaya.
DeleteOk terima kasih en.firdaus :) lega saya dengar.. bole sy tahu jugak ..apakah prsediaan yg perlu sy buat apabila dipggil utk interview ? Dan dokumen apa yang perlu saya bawa semasa interview utk taller bank nanti ? Tq :)
ReplyDeleteSalam. Pastikan kesihatan sentiasa ok. Dokumen yg diperlukan sama seperti mana2 - bawa dokumen2 tentang diri - diploma/ijazah apa sahaja dan bukti pernah bekerja dahulu. Selamat maju jaya.
DeleteAssalamualaikum tuan.
ReplyDeleteSaya farah bru jumaat lepas dapat sms untuk interview isnin ni di maybank. Sebagai jawatan tetap exc. Kaunselor kewangan (sales&marketing).
1)Apakah skop kerja?
2)saya skang pregnant 5bulan 1/2. Adakah boleh diambil bekerja skiranya lulus i.view semase pgnant.
3)gaji ditawarkan 3200 adakah komisen saja@ada gaji tetap?
4)sy keliru pilihan kerja.sekarang saya kerja collecter syarikat swasta 2tahun dan menerima gaji tetap+komisen 3k setiap bulan.
Mohon pendapat tuan
Waalaikummussalam Farah,
Delete1. Skop kerja adalah marketing untuk menjual produk Maybank. Selalunya sekarang mereka meletakkan produk insurance sebagai produk utama.
2. Selalunya company tidak mengambil pekerja yang sedang sarat mengandung kerana kos menjadi tinggi bila mengambil pekerja yg sedang mengandung seperti selalu mc dan kos melahirkan anak dan cuti yang panjang.
3.Ini termasuk gaji tetap dan komisen. Sila bertanya pada masa interview.
4. Saya galakkan Farah untuk kekal pada waktu skrg kerana ekonomi tidak menentu dan Farah pasti sudah biasa dgn kerja sekarang. Peluang kerja ditempat baru akan nampak lebih mengasyikkan jika gaji diberikan 20% ke 40% lebih tinggi.
Selamat Maju jaya
Terima kasih en..saya dah dapat jawapan utk i.view tu.dan saya sudah maklumkan yang saya hamil dan bila tarikh due.tapi mereka tetap menerima dan memanggil saya bekerja.saya tya jika cuti bersalin macam mana sbb dalam training.dan mereka kata bank tetap akan bayar juga.saya jadi was2 lagi.sbb bulan 12 dah dpt bonus utk tempat keje skang.cuti bersalin pun gaji jalan. Bos saya pun maklumkan sales slalu keluar dan perlu struggle utk cari customer.saya rase malas dan selesa kerja skang.cuma suami sy sruh pergi maybank juga sebab company yg gah dan kukuh dan byk benefit. Sy buntu sgt dan tgah mngu ptunjuk dr allah utk membuat pilihan dlm solat istikharah. Tp hati sy lebih kuat utk setia dgn company skang walauoun collecter kutip hutang..huhu
DeleteTahniah dengan tawaran Maybank. Semoga Allah SWT memberikan jawapan pada puan untuk lebih baik.
DeleteMorning sir. Saya dari Sabah. Teringin sgt dpt peluang belerja di mana2 bank terutamanya RHB & Asb. Bulan 12/2016 sya ada hantar resume ke ASB & RHB, tp smpai skrang x ada call. Saya berumur 25 cuma ada SPM. Adakah disbbkan sya x mempunyai sijil2 diploma/degree so resume sya x dilayan?? Dgn kelayakan sya boleh sir nasihat kan jika sya ingin mencuba bahagian mana yg lebih sesuai??
ReplyDeleteHi Helen Ang, RHB adalah Bank. ASB pula Amanah saham Bumiputra atau PNB? Berapa umur Helen Ang sekarang? Kebanyakan bank sudah tidak terima SPM sebagai kemasukan baru. Cuba belajar dan dapatkan diploma ,kemungkinan utk masuk ke bank lebih senang.
ReplyDeleteTetapi untuk marketing atau pemasaran, kelayakan adalah lebih luas. Orang yang boleh menjual datang dari bermacam tempat dan kelayakan. Tanpa kelayakan tetapi menjadi pegawai pemasaran juga pernah berlaku. Cuba join orang yang menjual kredit kad di mana2 shopping complex, tanyakan mereka bagaimana untuk menjual kredit kad dan cuba join. Mana tahu, kepakaran dalam menjual barang terserlah pada Helen. Selamat Maju jaya
Sya umur 25. Dengar berita ada juga yg cuma ada spm pun dapat bekerja di bank sbgai teller. Jenis kursus apakah yg lebih sesuai jika btul2 hendak mndapat kerja bank sbgai teller??
DeleteHi Helen. Mungkin pengalaman memberikan mereka peluang utuk masuk bank. Tiada kursus special untuk jadi teller. Hanya tahu perihal komputer dan pandai bercakap sudah cukup mendapat peluang itu. Kemungkinan BSN masih membuka peluang utuk menjadi teller. Boleh cuba Helen.
DeleteHai cik. Nma sya abby nk tnya krja sbgai executive bank tu mcm mna ye cik???
ReplyDeleteHai. Kerja itu boleh jadi mencari pelanggan, jaga kaunter, jaga security document, buat collection, jual insurance, jual kredit kad dan lain2. Selamat maju jaya
DeleteAssalam,en firdaus.saya mendapat iv di etiqa takaful dan di bank rakyat..
ReplyDeleteMana satu saya perlu pilih..
Bank rakyat kontrak setahun..etiqa permanent..tapi etiqa tidak diberi basic permulaan,hanya diberi komisyen..dilema..mana better en
Assalam Yana Liana, di etiqa jualan insurance menjadi tunggak penting. Jika mempunyai aura untuk menjual maka di etiqa lebih baik tetapi tanpa gaji asas juga susah untuk membina kos tetap setiap masa. Bank rakyat juga baik walaupun kontrak tetapi apabila prestasi kerja baik kemungkinan diserapkan ke tetap lebih baik. Bank rakyat yang diketahui umum memberi bonus paling tinggi utuk pekerja mereka. Pernah diberitahu sehingga 10 bulan pun ada. Kemudahan2 benefit yang diberikan oleh bank rakyat juga bagus. Selamat memilih.
ReplyDeleteSalam encik firdaus. Sy ingin bertanyakan pendapat encik. Sekarang sy bekerja di cimb bank as a financial services consultant. Basic sy rm2000. Dan main product sy ialah insurans. Dan dalam masa yg sama sy dpt interview di bank rakyat as a brsmart. Dan andai kata kalau sy dapat jawatan ini. Patut ke sy pergi ke bank rakyat ? Setahu sy brsmart hanya ada elaun sebanyak rm600 dan selainnya hanya bergantung pd komisen shj. Utk medical pun tiada utk brsmart. Sy menjadi buntu krn tugas sy di cimb agak tough krn promote insurans. Akan tetapi utk brsmart pulak hanya tertumpu utk personal loan. Benefit pulak sgt la bnyk di cimb ni. Harap encik firdaus dpt berikan pendapat encik.
ReplyDeleteSalam Romeo.
DeleteAgak lama saya tidak membuka post ini kerana post ini tentang filem The Raid bukan perihal bank. Keputusan untuk memilih adalh ditangan En Romeo kerana melihat tulisan yang bertanya kebanyakan seperti sudah terjawab.
Kebanyakan bank memerlukan orang untuk memasarkan produk mereka. Pinjaman kadang2 lebih senang dari mendapatkan duit dari orang seprti insuran. Selamat maju jaya.