Yang selalu jengok

Thursday, August 4, 2011

Bazar Ramadhan

Berpuasa mesti berbuka.  Berbuka mesti makan.  Makanan selalu tak sempat masak jadi aku beli.  Mana2 bazar ramadhan yang aku nampak dalam perjalanan pulang memang aku singgah.  Bukan extream nak telan banyak benda pun, tetapi seronok mencuba sedikit2 makanan yang tak jumpa selain Ramadhan.  Semalam aku singgah di Bazar Stadium Shah Alam.  Dalam hati tumpu hanya pada satu barisan sahaja sebab waktu tak mengizinkan.  Aku mula pada yang hujung sekali kerana tertarik melihat asap yang banyak.  Pembakaran secara terbuka kira halal saja sebab asap bersama bau makanan kira terima seadanya.  Mula2 sekali cendawan goreng dan sudah ada macam2 perasa pedas, kari, original dan berlada.  Aku buat biasa sahaja supaya tak nampak macam teringin sangat.  Kepala sudah berkira hendak beli.  Kedai sebelah, cempedak goreng - 5 biji RM2 dan ini adalah menu isteri.  Kedai ke 3, kebab - aku bercakap sendiri, macam kena beli sebab lepas Terawih dan sembang2 dengan isteri mesti ada benda nak kunyah.  Ok. Kedai sebelah kebab ada air mangga.  Ini adalah air minuman berbuka hari ini.  Setentang dengan kedai2 ini semua makanan yang dibakar sahaja.  Semua berasaskan ayam - hati, pedal, kepak, paha dan aku nampak bontot ayam pun dibakar.  Aku rasa2 kena beli ayam bakar sedikit sebab anak2 suka makan.  Aku jalan lagi dan nampak popiah basah.  Memang kena beli.  Aku sudah sampai ke penghujung barisan.  Kalau aku mengundur selepas ini maka duit akan bertukar menjadi makanan.  Aku mulakan dengan popiah.  Bayar dan sangkut di jari pertama, cempedak di jari kedua, ayam bakar di jari ketiga, cendawan di jari ke empat, air mangga sudah masuk tangan ke 2.  Aku sampai ke tempat kebab dan nampak gaya pertolongan mesti diminta.  "Kebab daging satu dan Encik tolong ambik duit kat poket atas ni".  Terimakasih.

3 comments: