Semalam 3 orang keldai dijatuhkan hukuman gantung di leher sampai mati. Kwok 62, menelan 84 kapsul heroin. En Abdul Rahman 54, menelan 68 butir dan Nurul Jannah 47, menelan 81 biji. Apa cerita disebalik bab2 menelan heroin ini. Mereka dijanjikan duit sebanyak RM180, RM160 dan RM150 satu kapsul jika selamat sampai ke pasaran. Pasaran yang dijanjikan adalah perjalanan ke Australia melalui Bayan Lepas. Apa yang pelik jawapan mereka mereka rasakan kapsul2 itu adalah ubat untuk ditelan. Kwok akan mendapat RM15120, Abdul Rahman RM10880 dan Nurul Jannah RM12150 jika sampai ke Australia. Proses mengeluarkan kapsul adalah cerita selepas yang paling jijik untuk diceritakan. Bagi aku mereka bukan keldai yang tidak mengambil tahu barang yang dibawa tetapi terpengaruh dengan habuan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment