Yang selalu jengok

Saturday, March 31, 2012

Tower Heist

Cerita Eddie Murphy yang paling aku ingat adalah bila dia jadi keldai dalam cerita Shrek.  Cakap tak berhenti2 adalah satu trademark beliau.  Dan sebenarnya aku tak berapa minat dengan lakonan Eddie Murphy dan salah seorang pelakon penting filem Tower Heist ini iaitu Ben Stiller.  Aku cuma menonton cerita ini kerana memenuhi masa lapang malam dan latar belakang cerita tentang penggelapan duit2 pekerja oleh taikun2 besar.  Cerita bagaimana pekerja2 ini bersatu hati ingin merompak balik orang yang mencuri duit secara terang.  Cerita bukan terlalu lawak tetapi pengisian tentang 'safety net' orang kaya yang perlu diambil balik oleh orang miskin.  Rompakan yang nampak senang tetapi penuh dengan aksi tidak merujakan aku untuk menonton kali ke 2.  Sekadar tahu dan berhibur sahaja.

J.Edgar Hoover

Lernardo De Caprio salah seorang pelakon yang selalu nampak muda.  Cerita kali ini adalah cerita benar oleh J. Edgar Hoover seorang yang paling berpengaruh di Amerika dan bekerja dengan 8 orang Presiden mereka.  Sekitar tahun 1919 ketika J Edgar Hoover, 24 baru bekerja di Jabatan Kehakiman, dia melihat tentang penyiasatan yang dibuat secara tidak sistematik dimana cop jari dan bukti2 penyiasatan dikumpul tanpa pengawasan yang sebenar.  Ini telah menimbulkan pertanyaan pada J Edgar Hoover untuk menubuhkan satu jabatan penyiasatan baru dalam menangani masalah jenayah yang tidak dihurai dengan sains.  J Edgar telah menimbulkan satu kemestian bahawa penculikan dijadikan kes persekutuan bukan lagi undang2 negeri.  Cara bekerja yang terlalu 'perfectionist' menjadikan beliau satu ikon dalam FBI sehingga sekarang.  Tetapi ada juga cerita belakang tentang Edgar yang tidak berkahwin ini iaitu minat kepada lelaki. Cerita tentang makan bersama, cuti bersama dengan pembantu iaitu Clyde Tolson sebenarnya hanyalah spekulasi sahaja tetapi dipaparkan di filem ini.  Cerita tentang kehidupan Edgar berkisar tentang ibunya yang agak menguasai hidupnya. Yang paling seronok bagi aku, apabila setiap kali Presiden bertukar pasti ada satu fail yang dibuka oleh J Edgar Hoover - iaitu kisah hitam bakal Presiden.  Walaupun bakal Presiden pasti ingin mengubah ketua FBI tetapi disebabkan fail ini, J Edgar Hoover terus kekal menjadi Pengarah Biro Siasatan Amerika.  Cerita yang boleh menambah ilmu.



Hutang NFC


memang kiut lembu betina ni

Setelah dikesahkan, setelah dibongkar, dibincangkan maka kisah NFC dihebohkan di Parlimen Malaysia.  Jawapan dari Kementerian kepada soalan pembangkang adalah projek akan diteruskan dan tender terbuka akan dibuat untuk mencari pengganti kepada NFC.  Aku bukan kesah sangat dengan tender terbuka itu.  Aku bukan pakar lembu atau pernah jaga lembu. Biar yang pakar buat segala benda yang berkaitan.  Yang aku kesahkan bagaimana duit yang dahulu dikeluarkan untuk NFC dibayar balik.  Semua benda ini perlu dikira semula.  RM250 juta dengan kadar pinjaman 2% dan tidak tahu berapa lama.  Jika projek ini diminta berhenti, segala kondo dan kos2 bersangkutan mestilah dikembalikan.  Aku teringat tentang Tajudin Ramli ketika mendapat pinjaman persendirian untuk membeli MAS.  Ia direkodkan pada masa itu sebagai pinjaman peribadi tertinggi di dunia.  Beberapa bank bersendikit (maksudnya bergabung memberi pinjam) memberi sehingga lebih dari RM1 billion untuk Tajudin Ramli membeli saham MAS.  Projek tak menjadi dan bank2 terlibat menanggung kerugian.  Dan beberapa minggu dahulu, ada berita tentang Tajudin Ramli menyelesaikan maslah hutang ini diluar mahkamah.  Ini sepatutnya dipersoalkan dan rakyat hendaklah kritikal tentang bayaran balik hutang NFC kerana ia melibatkan duit rakyat.  

Kesukanan Politik

Semua sukan cuba dipolitikkan.  Dan sebab apa semua benda dipolitikkan kerana politik cuba masuk dalam semua benda.  Keliru mungkin kepada yang tidak faham.  Sukan badminton - pengurusan adalah orang politik.  Bola juga tidak ketinggalan.  Hoki memang sah. Takraw pun orang politik jaga. Kalau tidak berkhidmat betul dalam masyarakat maka tempat sukan menjadi medan menunjuk kekuatan.  Annuar Musa timbalan presiden FAM akan dikenakan tindakan kerana mengkritik persatuan bola ini.  Apa ke bendanya? Banyak ahli politik akan cuba menonjol diri bila ada jenis sukan yang menonjol.  Annuar Musa bukan lagi seorang politikus yang menonjol atau 'winnable' kepada UMNO tetapi apa selalu beliau bisingkan memungkinkan beliau dipilih lagi.  Banyak negara sudah memisahkan politik dengan sukan.  Pengurus2 bola di EPL - kalau bukan berasal dari dunia bola mungkin di boo oleh penonton tanpa segan2.  Politik bersama sukan mungkin menyebabkan kita tidak maju dalam sukan.

Thursday, March 29, 2012

Kerja dan Rehat

Semua orang mahu mendapat kerja yang paling dikehendaki.  Gaji yang mahal, membawa kereta mewah, rumah bangalow dan cara hidup mewah.  Ini pasti memerlukan kerja kuat.  Masa bekerja sudah tidak lagi berpihak kepada kita kalau kita berfikir ke arah itu.  Mendapat email tengah malam dan terus menjawab.  Dengan teknology yang tercanggih seperti Android, Tabs dan Ipad, kerja terus bergerak sama dengan orang walaupun waktu kerja sudah tamat.  Setiap hari kesibukan ini terus mencengkam dan kehidupan sosial terbatas dikalangan pelanggan bukan lagi isteri dan anak2.  Kebanyakan mereka boleh berfikir tentang ini dan cuba mengimbangi dengan bercuti ke luar negara tetapi kacau email dan telefon masih mengganggu.  Ketenteraman masih tidak ditemui.  Aku pernah berhenti bekerja selama sebulan tanpa perlu membuat apa2.  Tidak mencari kerja dan setiap hari menghabiskan masa dengan membaca dan menilai kembali kehidupan.  Seronok tidak timbul kerana diri telah dilatih untuk bekerja.  Tiada telefon untuk dijawab. Tidak ada email untuk dibalas. Dan tidak bergaji dan ini menakutkan bukan aku sahaja tetapi semua yang terasa ingin berehat panjang.  Dan setiap kali kita bertukar kerja kita seperti memilih untuk berada dalam keadaan stress yang berbeza.  Dan aku percaya stress ini boleh menyebabkan kita berfikir dan selalu berfikir menjadikan kita hidup. 

No Brain Join the party

Pengakuan Che Det tentang ketua2 UMNO sekarang adalah pembalikan apa yang telah dipraktikkan sekian lama.  Dalam Star hari ini, Che Det berkata "UMNO faced a scarcity of competent leaders at the top for decades due to the unwritten policy restraining those with brains from join the party." Disebabkan ini, kesusahan mencari calon yang sesuai berlaku.  Mungkin pemimpin2 sekarang marah dengan pengakuan Che Det ini.  Tapi selalu banyak orang Malaysia akan terima kalau ia datang dari Che Det.  Aku banyak kali tulis tentang masuk parti UMNO hanya untuk mendapat duit.  Disebabkan kekurangan pendidikan maka masuk ke dalam parti dan bekerja dari bawah memungkin mereka menjadi ketua dan cuba mendapat sesuatu projek untuk cari makan.  Tidak boleh disalahkan kepada malas bekerja tetapi rajin menjadi pekerja politik.  Pekerja politik yang tegar bagi aku adalah 'cost centre' kepada negara kerana mereka hanya berpersatuan dan cuba mendapat imbuhan.  Mereka ini tidak membayar cukai seperti aku.  Dan banyak kali aku dengar pembayar cukai adalah wira2 negara.  Aku masih wira2 negara kerana menjadi produktif di negara Malaysia.

Tuesday, March 27, 2012

Maid / Made from Indonesia

Mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia menjadi perbualan hangat dari rumah ke rumah.  Sekarang setelah diberikan perlepasan untuk mengambil pekerja ini, masalah lain pulak yang timbul.  Satu pembantu rumah satu kerja sahaja. Aku rasakan mereka ini meraikan konsep 1Malaysia.  Satu kerja ini merujuk kepada jaga anak sahaja, kerja di dapur sahaja, mengemas sahaja dan berkebun sahaja.  Satu kerja yang diminta ini dengan harga RM700 sangat mahal pada pandangan aku.  Setelah menyelidik di Indonesia sendiri, aku percaya bahawa apa yang mereka minta ini adalah normal dan tidak terkeluar dari apa yang biasa.  Kawan aku bekerja sebagai expartrate di Indonesia dan dengan RM1,000 beliau menggunakan 3 orang pembantu rumah.  Yang mengemas berbeza dengan memasak dan tukang kebun menjadi pemandu peribadi untuk keluarganya.  Bagaimana harga yang sebegitu dapat 3 orang pembantu rumah?  Mereka dibayar sebagai Rp350,000 atau RM130 seorang setelah diberikan tinggal percuma dan makan percuma di rumah tersebut.  Ini adalah satu keputusan yang adil kepada kedua2 pihak.  Maka permintaan pembantu rumah dari Indonesia membuat satu kerja adalah normal.
Ini pilihan anda

BB Messager - PKR sudah merasuah Rakyat

Malam Sabtu lalu 24/03/2012, aku terima BB messager dari kawan "PKR sudah merasuah Rakyat".  Ini paling hebat aku pernah dengar.  Pasti program ini nampak terus dengan duit2 yang jatuh dari langit untuk diberikan kepada rakyat.  Hadiah2 seperti kereta, komputer, android2, phone2 pintar dan macam2 untuk merasuah rakyat.  Rakyat pasti tertipu dan terpedaya dengan barangan ini dan memilih PKR.  Rasa2 aku rakyat Selangor yang mendapat terimakasih pasti berebut2 datang memilih hadiah.  Pengaburan mata seperti ini pasti berjaya.  Rakyat Selangor akan berada dalam keadaan terkeliru dengan terima dan memilih atau terima duduk diam2.  Aku membalas BB messager tersebut "Belum sampai Putrajaya, kerajaan Selangor sudah pandai berterimakasih pada rakyat.  Ini adalah kerajaan Rakyat dimana ahli politik adalah pekerja2 kepada rakyat" Paling penting bagi aku, rakyat mendapat faedah sekiranya rakyat diberi gula2 seperti ini.  Rakyat mahu didekati dan diberi penghargaan kerana pasti pengekalan politik yang baik dimana ekonomi dirakyatkan dan hasil negeri dikongsi bersama. 


Ketua Wanita Kekal Bagus untuk Pilihanraya

Aku suka sangat bila Sharizat dikekalkan jadi Ketua Wanita UMNO.  Ini terus mengiakan apa yang diperkatakan bahawa Sharizat sebenarnya bukan meletakkan jawatan sebagai Menteri Penuh tapi hanya menghabiskan masa sehingga tarikh akhir sebagai senator pada awal April nanti.  Pada Jumaat lepas, Najib mengumumkan pengekalan ketua wanita ini kerana ia dipilih oleh perwakilan setelah beberapa hari sebelum, timbalan ketua wanita UMNO, Kamilah mengesa Sharizat meletak jawatan sebagai ketua wanita.  Di satu pihak semua nampak Najib beria2 untuk tidak melantik Sharizat sebagai menteri tetapi bila berjumpa dengan wanita UMNO dia terus mengekalkan ketua wanita ini.  Ini boleh dirumuskan bahawa benarlah bahawa tempoh masa senator untuk Sharizat ditamatkan bukan sebab Sharizat letak jawatan.  Ini amat bagus untuk rakyat melihat perbezaan letak jawatan dengan habis tempoh. Aku suka bukan sebab suka dia kekal tapi bagus untuk rakyat berubah.

Friday, March 23, 2012

CULIK ke Lari?

Anak gadis diculik ketika mahu membeli kad pra bayar di Taman Tas, Kuantan.  Anak gadis umur yang sama diculik ketika membuat benda yang sama di Jerantut.  Sehari selepas culik, kedua2 mereka dijumpai berada di rumah pasangan lelaki mereka.  Kita sekarang hidup di zaman anak2 kita.  Kita kena ambil tahu dan cuba berkawan serapat boleh.  Jangan terlalu kejam dengan memukul kerana mereka sekarang mungkin berdendam dengan ibubapa.  Semua yang diculik memberitahu mereka mempunyai konflik di rumah.  Suasana tidak sama sekitar 5 atau 10 tahun dahulu.  Bukan lama.  Sekarang dalam Facebook sahaja, mereka sudah boleh berkawan dengan Negro.  Boleh merancang untuk berjumpa dan beraktiviti liar.  Cubalah berbagai cara untuk tahu pergerakan anak2.  Beli GPS dan pakaikan rantai GPS untuk anak2.  Jangan berkonflik dengan anak2.  Jadi ibubapa mengikut Saidina Umar - berfikir seperti di zaman anak2. 

Thursday, March 15, 2012

My 1 House VS Bank

Proses pemberian pinjaman menjadi satu revolusi yang paling cepat bergerak.  Berkembang dan berpengetahuan dan melibatkan beberapa undang2 untuk menyekat orang ramai dari tidak boleh membayar pada masa akan datang.  BNM meletakkan syarat kepada bank2 yang besar berbeza dengan bank2 yang kecil disebabkan oleh 'rating'.  Ini disebabkan oleh bank2 besar mempunyai kuasa duit yang besar jika satu2 akaun menjadi parah.  Bagi bank2 kecil, tahap pinjaman agak ketat kerana 'rating' rendah mereka dan jika satu2 akaun menjadi parah tidak boleh bayar, mereka tidak dapat menelan pinjaman itu dengan suka hati. 

Beberapa lama dahulu, kuasa membayar diletakan pada berapa banyak deposit dikeluarkan.  Contoh, kereta sebelum tahun 1992, deposit yang perlu dikeluarkan adalah 30% dari harga kereta.  Setelah revolusi untuk memperbanyakkan jualan kereta, harga kereta dinaikkan untuk menunjukkan seolah2 pelanggan membayar 30% dari harga kereta.  Ia agak sama dengan pembelian rumah, deposit memainkan peranan penting.   
ini kira nampak tengah highway je
Pinjaman pun berevolusi lagi dimana bank2 mendapt lapuran tentang corak pembayaran pelanggan2 bank menurun maka satu sistem perlu dicipta untuk mengatasi masalah ini.  Benda baru didalam sistem pinjaman adalah kuasa membayar seseorang setelah menolak segala kos bulanan mereka.  Sesebuah bank akan mengkaji pelanggan berapa banyak bayaran dibuat satu bulan berbanding duit gaji yang mereka terima.  Bayaran kad kredit, kereta, rumah, telefon, broadband dan logik akal minyak dan makan untuk sebulan atau mungkin bayaran PTPTN.  Deposit yang banyak untuk memiliki kereta atau rumah bukan lagi benda penting.

ini hanya gambaran artis - yang betul kecil sikit
Ini adalah intipati cerita tentang My1House kempen iaitu semalam diberitahu lebih dari separuh yang memohon untuk meminjam telah ditolak oleh bank2.  Bagi seorang bujang yang bergaji RM3,000 mereka boleh memohon pinjaman untuk membeli rumah berharga RM220,000 dan yang suami isteri bergaji RM6,000 secara total boleh meminjam untuk mendapat rumah yang berharga RM400,000.  Kerajaan mengumumkan dasar rumah pertama 100% pinjaman kepada 2 kategori ini. 

Ia mungkin program yang bagus kerana melihat harga rumah yang mahal sekarang tetapi kemampuan membayar menjadi pertaruhan kepada bank2 untuk meluluskan.  Bank berfikir banyak kerana pinjaman 100% memberi amaran bahawa komitment pelanggan tiada pada rumah.  Kemampuan membayar setelah rekod sekarang boleh diselidik hanya dengan satu sumber iaitu Bank Negara. Tindak balas berbeza dimana kerajaan mahu semua orang ada rumah tetapi bank tidak membantu.  Kenapa bank tidak membantu ini disebabkan oleh sekatan2 terhadap rating yang Bank Negara buat kepada bank2.  Paling senang iaitu pinjaman akan diluluskan kepada pelanggan apabila kuasa membayar masih ada 30% dari seluruh gaji.  Maksudnya kos bayaran bulanan tidak boleh melebihi 70% gaji yang diterima mengambil kira 30% itu diperlukan untuk makan, minum, minyak dan segalanya yang tidak terdapat dalam rekod pinjaman.

Peratus kuasa membayar balik ini atau 'Debt Service Ratio' juga menjadi isu untuk pembelian kereta bermula pada January 2012.  Kiraan untuk DSR berdasarkan pada gaji bersih bukan gaji kasar.  Gaji bersih disini bermaksud setelah ditolak EPF, Cukai atau apa2 dalam slip gaji.  Perubahan kira2 ini menyebabkan banyak permohonan pelanggan kereta ditolak oleh bank.  Persatuan Automobil pun memberitahu jualan kereta menurun bermula dari Januari dahulu.  Satu pihak meminta kerajaan menyokong produk mereka dan kerajaan yang sama juga meletakkan berbagai syarat untuk kelulusan.

Bagi aku, permintaan sebegini adalah disebabkan oleh keperitan hidup sekarang.  Anak perempuan baru hendak kerja, tiada kereta terpaksa naik bas.  Setelah aku teliti, dalam bas sekarang hanya dipenuhi oleh bangsa2 bersatu dan rasa cuak untuk membiarkan anak kita bercampur dengan orang2 luar dalam satu bas.  Keperluan bukan lagi untuk menunjuk2.  Kehidupan yang mencengkam ini menyebabkan orang terpaksa hidup dengan hutang. 


Wednesday, March 14, 2012

Hubungan Kasih berpanjangan (COWGATE)

Bila ditanya pada Rafidah Aziz tentang Sharizat Jalil akan melepaskan jawatan Menterinya pada April jawapan Rafidah Aziz mempunyai pemberat untuk kita faham.  "Apa letak jawatan" dan Rafidah Aziz memberitahu seterusnya kalau meletak jawatan perlu dibuat sekarang bukan tunggu sehingga tamat perlantikan semula senator pada April nanti.  Lantikan ke senator dibuat atas arahan PM dan tidak perlu memberitahu saya akan berhenti bila tamat tarikh senator saya.  Jawapan pada aku paling mencerahkan segalanya.  Shahrizat kononnya diberitahu bahawa mengambil langkah berani, tindakan paling tepat dan kena pada masanya.  Rafidah Aziz tahu tentang selok belok politik mengundur ini tidak memberi peluang kepada Sharizat untuk membuat betul.  Dan dalam media2 sosial, diberitahu apa lagi yang perlu dibuat oleh Sharizat Jalil, kenapa orang masih mahu meneruskan tekanan kepada beliau dan keluarga.  Tidak cukup atau akhirnya dia perlu selak kain. 

Tuesday, March 13, 2012

Hilang Jantan

Sedih bukan main2.  Cerita Nurul Nadirah hilang dan dijumpai dalam keadaan terbakar memang memilukan.  Aku teringat yang macam2.  Anak aku juga perempuan dan aku tahu seluruh keluarga aku abang adik mempunyai anak kecil yuang tidak tahu jaga diri sendiri.  Mengapa manusia berperangai jahat begini hidup disamping manusia.  Aku akan menangis sedih hanya bila anak aku jatuh dan terluka.  Aku akan marah sangat bila nampak anak aku berada belakang kereta tanpa sedari aku mahu mengundur kereta.  Bahaya yang macam2 ini membuat aku sedih kalau berlaku apa2.  Aku peluk anak bila anak menangis terlalu lama.  Aku pastikan anak2 ini rasa selamat bila ayah ada.  Aku ayah mereka dan aku mahu mereka sentiasa dekat.  Cerita anak hilang rasa2 bertukar cerita dari Johor ke Utara dan pembunuhan berlaku di Jalan Trong, Taiping.  Bunuh dan bakar atau rogol dan bunuh. Di Johor juga cerita Nurul Huda dibunuh oleh pengawal.  Di Kuala Lumpur, Nurin Jazlin yang ditemui dalam beg dengan keadaan menyedihkan.  Hilang jantan kata orang bila lelaki menangis dan aku menangis sebab aku sudah ayah dan pergi mampus dengan hilang jantan.  Aku sedih, marah, meluat dan hendak maki sahaja perangai manusia binatang begini.  Aku semalam peluk anak aku erat2.  Rapat dan rasa sayang sangat.

Monday, March 12, 2012

Sempurna Resort bercuti

Pening2 memikir mana bercuti, aku ambil keputusan untuk ke Kuantan, Pahang. Setelah memikirkan tentang air dan kemeriahan anak2 membasah diri, keputusan ke Kuantan menjadi sangat tepat.  Cerita tentang laut memang menakutkan.  Rasa2 dua minggu lepas, ada kemalangan jiwa berlaku di Teluk Cempedak terus menidakkan aku untuk ke laut.  Tetapi Gambang Resort boleh memjadi pengganti.  Hari Jumaat, aku mengodek2 Tripadvisor mencari hotel.  Aku cuba juga mengintai mudah.com untuk mencari 'Homestay'.  Disinialah letaknya kemudahan internet yang patut diketahui oleh orang.  Cari yang paling bagus dan paling murah.  Setelah jumpa satu kediaman 'homestay' di sekitar Gambang lalu aku menilai tempat dan jarak sekitarnya.  Terbaca dalam salah satu 'homestay' yang jarang ada kolam renang tetapi sekitar 200 meter ada Sempurna Resort yang ada kolam renang. 

Tenang bila tiada orang
seronok bebudak ni

'Homestay' yang semalam kos adalah RM150 - 3 bilik dan kelengkapan rumah disediakan.  Aku masuk ke dalam web Sempurna Resort sambil berkira untuk mandi kolam renang sambil Ahad nanti ke Gambang.  Aku menalifon Sempurna Resort dan bertanya harga bilik2 mereka.  Terkejut dengan tawaran yang diberikan aku terus membuat tempahan.  RM128 untuk semalam bilik dengan katil superior atau king termasuk dengan 2 orang sarapan pagi.  Bukan senang hendak mendapat harga begitu sekarang.  Jika bukan tetamu, hendak masuk ke dalam kolam renang mereka dikenakan bayaran RM9 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak2.  Anak2 yang baru hendak naik ini, kolam renang antara Sempurna dan Gambang Resort tidak nampak perbezaannya.  Dan hujung minggu aku berada di Sempurna Resort, Kuantan sahaja.
Bila tak bergaduh, menjadi kawan yang paling rapat

Politik Lembu

Sharizat Abdul Jalil akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Penuh setelah sampai hari lantikan semula pada April 2012 nanti.  Rentetan cerita Sharizat yang berkisar tentang lembu dan kejatuhannya adalah sesuatu yang menarik untuk diceritakan.  Orang pasti merujuk pada kalau dah setuju letak jawatan maka biarlah dia duduk diam2 satu tempat.  Ini tidak boleh dibiarkan.  Kita kena rujuk tentang ekonomi kenapa benda ini perlu dihalusi seterusnya.  NFC diberi pinjaman untuk membuat projek lembu dan duit digunakan untuk membeli kediaman2 mewah di Bangsar dan di Singapura.  Ini bukan rekaan semata2, ini diberitahu di dalam mana2 media massa dan diakui sendiri oleh Ketua Eksekutif NFC.  Ini adalah bentuk pelaburan yang dibuat oleh NFC untuk menjamin pulangan kepada NFC selain dari lembu.  Bolehkah ini berlaku kerana mengikut media massa, kediaman2 mewah ini dinamakan atas nama individu iaitu kaum keluarga Shahrizat Abdul Jalil.  Adakah semua aset ini perlu dijual untuk mendapat balik duit yang mereka laburkan atau hanya dikekalkan dan buat2 tak tahu?.  Rakyat Malaysia perlu tahu kes ini untuk membuat pencerahan kerana duit ini datangnya dari Kerajaan dan duit untuk secara otomatiknya datang dari rakyat.  Aku selalu terdengar di dalam radio, pembayar2 cukai adalah wira2 negara.  Takkan wira negara tak boleh tahu kemana dan bagaimana duit kami digunakan?

Friday, March 9, 2012

Bankers' Rule

Jadi 'banker' bukan senang sekarang.  Kualiti bekerja adalah termasuk memberi nilai gandaan yang tinggi kepada tempat bekerja.  Pengurus Cawangan bukan lagi seorang yang mengurus sahaja tetapi seorang penjual yang paling tinggi pangkat di cawangan.  Mencari deposit untuk cawangan dan menjual produk bank untuk dijadikan pinjaman.  2 asas penting ini membezakan bank dari Along.  Bank mengutip deposit dan memberi pinjam.  Along hanya memberi pinjam.  Di Indonesia, CITIBANKnya dibekukan dari memberi kredit kad Gold mereka kerana telah menyebabkan kematian seorang ahli politik yang tidak membayar hutang di dalam satu cawangan.  Sebelum itu Inong Melinda Dee juga seorang 'Relationship Manager' telah ditangkap kerana mengambil duit pelanggan tanpa kebenaran sebanyak USD2.3 juta.  Dia menjaga lebih dari 500 orang pelanggan CITIGOLD yang mempunyai deposit yang banyak.  Lapuran polis telah dibuat oleh 3 orang pelanggan sahaja kerana keterbukaan cerita ini lebih kepada bagaimana 500 pelanggan ini mendapat duit yang banyak sebegitu.  Melinda Dee ini adalah bekas model yang digajikan oleh CITIBANK untuk menjaga pelanggan2 yang berprofil tinggi.  Cerita2 polis mendapat rasuah dan berapa banyak duit mereka dalam bank lebih menakutkan kerajaan Indonesia dari cerita Melinda Dee semata2.  Bank dimana2 menyimpan rahsia orang termasuk di Malaysia dan CITIBANK ada sesuatu yang boleh dikongsikan dengan rakyat Indonesia yang masih banyak miskinnya.

Lim Guan Eng sudah dapat Datuk ke?

Ada orang memegang prinsip kuat walaupun kuasa ada ditangan.  Lim Guan Eng diberi peluang memegang jawatan tertinggi di Pulau Pinang dan ada peluang untuk mendapat pangkat seperti Datuk Seri, Datuk, Tan Sri atau apa2. Dia tidak mengambil peluang ini dari tahun 2008.  Di Malaysia memegang pangkat Datuk dan Dato' ini seolah2 prekuisit penting untuk menunjuk2.  Ada dalam majlis perkahwinan yang aku hadir, juruacara terpaksa menyebut Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Dato' punya lah banyak sehingga bunyi macam pesta datuk2.  Pergi karoake kalau ada Datuk, layanan istimewa diberi walaupun yang keluar duit bukan datuk2 itu.  Di dalam bidang pekerjaan aku, berjumpa Datuk2 ini memang memeningkan.  Kalau tidak dipanggil Datuk seolah2 tidak dilayan.  "Datuk, saya Firdaus dari Maybank" ..................senyap sekejap "Saya Datuk Seri".....Bila pulak dia dapat datuk seri tidak perlu dipersoalkan.  Aku bukan sahaja meluat dengan pangkat2 ini, tapi paling aku benci menyebutnya bila berjumpa dengan beberapa datuk satu masa.  Aku menyapa "Datuk, saya nak tanya?"...."Saya belum Datuk"...seolah2 menanti datuk pangkat datang.

Kematian Misteri

Di Jepun, satu penyelidikan dibuat tentang kematian kepada beberapa eksekutif bergaji tinggi.  Setelah diselidiki fenomena ini dari tahun 2001 sehingga sekarang, mereka mengambil kesimpulan gaji besar, pangkat tinggi dan mempunyai tanggungjawab besar menjadikan kematian hampir kepada eksekutif2 ini.  Mereka tidak ada masa untuk meraikan gaji besar mereka. Cuti tidak dibenarkan ambil kerana pekerjaan terlalu memerlukan mereka.  Tidak sempat bermesra dengan isteri dan anak2.  Kurang berjumpa orang dan tidak berkawan.  Berkawan hanya disebabkan perniagaan sahaja.  Walaupun rehat mereka banyak di karoake atau tempat2 urut tetapi rehat itu disebabkan oleh pekerjaan mereka juga bukan disebabkan benar2 rehat.  Walaupun nampak sihat tetapi masalah dalam tiada siapa tahu.

Tuesday, March 6, 2012

Johnny English Reborn

Sekali sekala layan cerita lawak memang seronok.  Dengan berbekal sarikata melayu menambah kelakar cerita ini.  Johnny English adalah seorang perisik yang diberitahu seolah2 gagal mencegah pembunuhan keatas seorang ketua Negara.   Dia telah ke China untuk bersolok dan berlatih ilmu mempertahankan diri dengan Sholin.  Latihan yang diberikan sama seperti orang lain seperti menahan sakit apabila kemaluan ditendang.  Ini adalah latihan benar yang dijalankan di kuil Sholin.  Kenapa tendang kemaluan sila tanya lelaki sebelah anda.  Johnny English dipanggil kembali kerana ada laporang tentang hajat permbunuhan ketua Negara China pula.  Dan mulalah cerita itu dalam mencari kumpulan pembunuh oleh Johnny Bahasa Inggeris (ini adalah sarikata Melayu)

Macam2 Perangai Makan

Di Jepun, air kopi dihidang dalam keadaan paling panas. Kita kena hirup air dari cawan dengan bercampur bunyi bagi menunjukkan betapa kita menghargai air yang dihidangkan.  Slurpp

Di Cina kalau makan nasi goreng jangan terlalu banyak kerana ini menunjukkan kita tak suka makanan lain yang dihidangkan.  Di Cina, nasi goreng akan datang pada akhir hidangan selepas sup, ayam, sayur, ikan, itik goreng. Kalau orang Malaysia yang jenis tak boleh tinggal nasi, maka makan nasi goreng pasti berlebihan.

Di Syria pula, apabila seorang menghidangkan air kopi dia akan menunggu kita untuk minum sehingga habis.  kalau kita tidak minum selagi itu dia tidak undur.  Dan kalau kita minum habis cepat2 kena bagi cawan pada dia kerana dia pasti akan tuang lagi.

Di Cina juga hidangan untuk orang yang dihargai mesti banyak minyak.  Ketika menyudu makanan, minyak akan menitik dan ini menunjukkan betapa kaya orang yang menghidang makanan.

Berbagai kerenah orang makan dan kita jangan marah bila orang luar komplen kita makan nasi lemak waktu pagi.  Perut yang baru nak mula bertugas sudah disumbat dengan benda yang pedas.