Bergambar di Kota Tua, Jakarta |
Percutian kali ini dirancang serba ringkas kerana memikirkan keadaan peserta2 rombongan. Kami pergi kali ini bersama 3 sekeluarga - Aku dan keluarga, adik ipar dan keluarga dan ibu bapa mertua. Pergi ke Jakarta ini bukan lagi benda2 takut bagi aku. Sudah kali ke-5 aku kesana dan bersama keluarga sendiri sudah kali ke 4. Kali ini kami menaiki KLM pada hari Jumaat 1/12 dan akan sampai ke Jakarta pada sekitar 6.10 waktu sana.
Kami tidur di Best Western Hotel & Residence, Mangga Dua buat kali ke 3. Isteri aku sudah mahir tempat tidur di situ. Entah mengapa kalau ke Jakarta pasti hotel ini pilihan dia. Ruang tidur yang luas dan keadaan sekeliling yang berdekatan. Shuttle juga diberikan percuma untuk pergi berbelanja.
Seluruh perjalanan dirancang sendiri. Hari kedua 2/12 Sabtu, aku memilih untuk membuat 'Town Tour' di dalam Jakarta - Jakarta Pusat dan pinggirannya. Aku menyewa sebuah suzuki Elf yang boleh memuatkan 14 orang. Sewa 12 jam bersama dengan supir adalah 1 juta Rp atau RM310. Ini tidak termasuk pakir dan tol.
Destinasi 1. Monas (Monumen Nasional) dan Istana Presiden
Kami sampai ke simpang Monas dan jalan2 ke arah Monas - ditutup dan dipagari dengan pihak polis. Mengikut supir kami pada hari itu, Presiden Indonesia mengadakan Majlis Maulid Negara yang diadakan sempena Maulidur Rasul.
Monas dari jarak jauh - kawasan ini ditutup kerana Majlis Maulid |
Destinasi 2 - Kota Tua, Jakarta
Bergambar di tengah2 Kota Tua, Jakarta |
Aku sekeluarga tidak pernah sampai ke tempat ini. Tempat ini seperti satu tempat yang penuh dengan berbagai aktiviti. Yang paling banyak adalah berbasikal dengan memakai topi. Semua ini boleh disewa. Suasana penuh dengan manusia - bergambar dan duduk2 santai sahaja. Di satu sudut Kota Tua itu ada muzium yang boleh dilawati. Mengikut pengawal yang menjaga muzium itu adalah kelengkapan2 Presiden yang lepas2 - mungkin baju dan sebagainya. Tiket untuk masuk ke dalam muzium itu adalah 5,000Rp atau RM1.55 sahaja.
Bergambar dengan basikal untuk disewa |
Berbagai aksi boleh diambil di sini |
Diam seperti batu |
Aksi paling kronik |
Kami memilih untuk meneruskan perjalanan di Kota Tua itu. Kota Tua ini adalah seperti satu tempat kosong seperti padang berbatu dan dikelilingi oleh bangunan2 tua. Di satu sudut lain, aku singgah dan kagum dengan beberapa orang yang mewarnakan diri mereka seperti patung dan berdiri sambil mendapat duit2 sumbangan. Kami tidak berkecuali untuk mengambil gambar aksi2 mereka.
Destinasi 3 - Museum Bahari
Kami singgah disini dan melihat dari bangunan tinggi disebelah keadaan pelabuhan Sunda Kelapa, Indonesia yang berdekatan. Kami hanya singgah sebentar dan tidak masuk kedalam muzium kerana mahu meneruskan explorasi dalam Kota Jakarta. Tiket untuk masuk Museum Bahari adalah 2,000Rp atau RM0.62 sahaja.
Hanya bergambar di luar Museum Bahari |
Destinasi 4 - Jalan Surabaya
Jalan Surabaya terkenal dengan barangan antik. Kami singgah dan mata mula terpaut dengan jam seperti di stesyen2 Keretapi di England. Aku lalu bertanya "Berapa harga ini pak?" Penjual memberitahu jam itu berharga 10 juta atau RM3,100. Seperti biasa, aku tersenyum dan melihat isteri dan terus kekal bertanya sahaja.
Kami menghabiskan masa disitu hanya sekitar 30 minit dan dapat mencari kedai menjual air untuk menghilangkan lelah.
Bapak aku hanya berjalan melihat2 barangan antik |
Jalan Surabaya terkenal dengan barangan antik |
Destinasi 5 - Tanah Abang
Kami tiba di sini sekitar jam 2 petang. Tempat ini tidak boleh hanya sekadar singgah tanpa membeli apa2. Barangan disini disusun sehingga bertingkat2 dan kami hanya berlegar di satu tingkat dan jam sudah menunjukkan pukul 4 petang.
Tanah Abang adalah tempat membeli belah untuk semua generasi - tua, muda dan anak2. Ia memerlukan seharian untuk mendapatkan kepuasan membeli belah di sini.
Destinasi 6 - Masjid Istiqlal
Masjid ini perlu dilawati kerana masjid ini adalah masjid terbesar di Indonesia dan malah terbesar di Asia Tenggara. Ia boleh dimuatkan dengan 100,000 jamaah pada satu2 masa. Kami hanya lalu kerana keadaan disekitar yang terlalu padat dengan kenderaan. Perjalanan di Kota Jakarta memerlukan kesabaran 200%.
Pintu masuk Masjid Istiqlal |
Sebagai musafir, kami meraikan solat jamak dan pilihan kami adalah makan petang di Restauran Garuda (makanan minang) yang terkenal hatta di Malaysia. Kami makan di sana seperti jamak juga untuk malam dan lansung bersolat jamak Zohor dan Asar di restoran.
Membeli Belah di Mangga Dua
Hari ketiga, 3/12 Ahad, aku mengambil keputusan untuk memberikan keluasan kepada ahli2 rombongan untuk membeli belah di Mangga Dua - di sekitar Mangga Dua ada 3 tempat yang besar untuk membeli belah iaitu Pasar Pagi, ITC dan Mangga Dua. Kami menaiki shuttle yang diberikan percuma oleh pihak Hotel.
Setelah seharian disana kami pulang dengan berjalan kaki untuk ke Hotel. Jarak dari Mangga Dua ke Hotel hanya sekitar 600 meter sahaja.
Anak2 sudah kepenatan |
Dunia Fantasi
Hari ke-empat, 4/12 adalah hari untuk anak2 dan keluarga. Aku mengaturkan perjalanan ke Dunia Fantasi Ancol yang berdekatan dengan Hotel kami (5 km). Dunia Fantasi adalah taman permainan yang dipenuhi dengan mainan2 dewasa dan anak2. Aku sekeluarga sudah pernah ke sini pada tahun 2011 ketika anak2 masih kecil. Tiket untuk hari biasa adalah 200,000Rp atau RM62 seorang.
Lawatan ini memberikan keseronokan tahap maksima pada anak2. Walaupun kami seharian di dalam Dunia Fantasi ia masih tidak dapat menghabiskan semua permainan. Beberapa mainan untuk dewasa terpaksa di tinggalkan kerana aku sendiri tak sangup untuk naik.
Berada di pintu masuk Dufan |
Selamat Tinggal Jakarta
Seluruh rombongan ke Jakarta 1 -5 December 2017 |
Hari ke lima, hari terakhir kami di Jakarta. Walaupun kapal terbang kami akan bergerak pada pukul 7.25 malam tetapi terpaksa keluar dari hotel pada pukul 12 tengahari juga. Aku sempat berbelanja kali terakhir dengan menaiki Angkutan Kota pagi itu (motor yang boleh memuatkan dua orang). Aku beli sebuah beg untuk lap top dan minyak wangi.
Perjalanan berakhir dari Jakarta dan kami tiba di KLIA pada pukul 10.30 waktu Malaysia.
Beberapa perkara aku buat sebab ada adik ipar berkawan. Aku dapat makan durian di Mangga Besar pada malam ke dua - kos untuk 2 biji durian yang sederhana adalah 120,000Rp atau RM37.2 Aku keluar makan malam dengan isteri sambil anak2 bermain gembira di dalam bilik yang bercantum dengan keluarga adik ipar.
Makan durian di Mangga Besar |