Yang selalu jengok

Tuesday, February 28, 2012

The Artist - Best Film 2012 Academy Award

Dan pada hari Ahad malam, Academy Award pun berlansung dan filem "The Artist" ditabalkan sebagai filem terbaik.  Cerita yang pada aku lansung tidak menaikkan nafsu untuk menonton.  Cerita bisu hitam putih.  Cerita yang nampak terlalu artistik dan menjadi persoalan orang2 yang tidak terlibat dengan filem.  Bukan sahaja mendapat filem terbaik, pelakon lelaki menjadi pelakon terbaik Academy.  Tak sampai itu sahaja, pengarah filem ini menjadi Pengarah terbaik.  Hanya orang filem yang faham bagaimana anugerah ini diberikan.


Calon Bebas

Tok Mun masih terus berniat untuk menjadi calon kalau ada duit.  Tok Mun ini memang menjadi kuasa ke3 di Kuala Terengganu dan mengikut Tok Mun kalau ada orang labur duit pada dia, dia masih terliur untuk menjadi calon.  Kita kena hormat dengan orang2 yang macam ini.  Dia juga mengatakan bahawa dia boleh menjadi ketua yang bagus kepada penduduk di Kuala Terengganu.  Tok Mun dengan hanya berbasikal dan menjual kain masih mendapat undi lebih 600 ketika PRK di Kuala Terengganu dulu.  Kepada sesiapa yang tidak tahu, Datuk Shahrir Samad menggunakan lambang yang sama iaitu kunci untuk menang di Johor Bahru dulu ketika berkonfrantasi dengan UMNO.

Friday, February 24, 2012

Kalau Semua Berfikir

Proses berfikir boleh menyebabkan aku sakit.  Demam tak semena2 dan letih seletihnya. Malam Jumaat berlalu macam hari2 lain.  Tidur kerana penat.  Berfikir lebih boleh buat aku tidur lena sampai pagi.  Hendak ke bilik air, aku berfikir bagaimana hendak basuh kain dengan cepat sambil boleh masak air dan gosok gigi.  Berjalan ke kereta aku berfikir bagaimana hendak menjemur kain sambil menyapu lantai rumah yang seperti dah berminggu tidak disapu.  Pergi makan aku berfikir bagaimana hendak suruh anak lelaki aku makan dan menjaga anak paling kecil tidur sambil menghalau nyamuk.  Aku pergi ke tandas sambil berfikir kalau boleh mencukur rambut dan mengunting rambut sambil mencabut uban di kepala.  Aku berfikir dan penat.  Kadang2 kita perlu jadi macam anak2 kecil yang tidak perlu berfikir - lompat dan jatuh.  Jatuh dan nangis.  Dan yang  magiknya semua benda baru ini adalah pelajaran dan belajar. 

Jump to the Gun

Beberapa blogger memberitahu dalam blog masing2 bahawa mesyuarat yang dibuat oleh Najib Razak bersama ketua menteri dan menteri besar tidak dihadiri oleh Menteri Besar/Ketua Menteri dari Pembangkang.  Penghormatan tidak diberi kepada PM yang telah dilantik dan ini seperti sabotaj yang tidak perlu dibuat oleh pembangkang.  Blogger2 yang melompat dulu sebelum berfikir ini mengambil peluang memburuk2kan Menteri Besar/Ketua Menteri dari pembangkang.  Semalam negeri2 yang dikuasai pembangkang menerjah balik kepada PM dan bertanya kenapa mereka tidak dijemput.  Blogger2 yang telah melompat sepatutnya sedar bahawa tidak diberitahu dan mensabotaj amat berbeza.  Wartawan telah bertanya kepada Najib tentang jemputan yang tidak dibuat kepada negeri2 yang dikuasai oleh pembangkang.  Jawapan yang diberikan adalah program mesyuarat ini adalah untuk BN dan ketua menteri/menteri besar BN sahaja.  Berita ini hanya dapat dibaca dalam mukasurat2 kebelakang dalam media perdana.

Nak berucap kena Letup

Tempat                   : Kluang, Johor (Parlimen Sembrong)  
Kawasan Parlimen : Menteri Dalam Negeri
Tarikh                    : 19hb February 2012                          
Ahli Parlimen        : Hishamudin Hussein



Bila Anwar Ibrahim datang hendak memberi penerangan di Sembrong, Johor suasana seperti berperang menyambut kedatangan Anwar.  Budak2 muda menendang dan membaling sesuatu sehingga kereta yang membawa Anwar seperti dilanggar sesuatu.  Anwar dibawa ke tempat berucap dengan motosikal kerana jalan2 membawa ke tempat itu di 'roadblock'.  Ini adalah akibat apabila Anwar Ibrahim ajak berdebat secara terangan tetapi mengelak dan menambah perasaan untuk mengetahui cerita dari mulut Anwar Ibrahim.  Dibawah ini video memperlihatkan keadaan ketika Anwar berucap di bawah khemah, letupan berlaku beberapa kali untuk menakutkan orang ramai dan Anwar Ibrahim. 

Thursday, February 23, 2012

TIGA JALUR

Dan semalam sebuah pertubuhan pun dilancarkan iaitu JATI oleh Hasan Ali.  Che Det menyatakan bahawa Hasan Ali kena war2kan tentang objektif penubuhan JATI ini.  Che Det selalu pergi ke perhimpunan yang dibuat oleh PERKASA dan PEKIDA.  Dan mungkin dalam hati dia berkata bahawa kena rasmikan lagi perhimpuan JATI pulak tahun hadapan. Ini adalah beberapa pertubuhan yang kerap masuk surat khabar.  Pertubuhan Ayahanda pun ada.  Pertubuhan Melayu Thailand pun ada.  Kalau di Penang lagi banyak pertubuhan melayu yang dikuasai oleh mamak.  Aku bukan menolak tentang berpersatuan ini tetapi nampak tak praktikal dan mengada2.  Kalau berpersatuan (cuba ingat lagu Suhaimi Meor Hasan) mesti hendak lantik ketua, bendahari, setiausaha dan AJK2 dan mestilah bermesyuarat dan bermesyuarat ini kena kerap untuk nampak macam bekerja.  Ini adalah kerugian masa dan mengada2.  Dalam bermasyarakat berpersatuan mungkin penting kerana dapat meluahkan apa yang terbuka dalam hati untuk diselesaikan tetapi kalau dalam satu kampung ada Pekida, Perkasa dan Jati mungkin bermasalah.  Dan aku paling pelik bila JATI ini juga dinamakan Tiga Jalur.  Kalau aku di bank dahulu '3 line' persatuan melayu yang paling gangster dan mengikut rekod bank - jangan bagi pinjam pada kumpulan '3 line'.   Kenapa 3 menjadi persoalan bank sampai bila2.  Mungkin kerana kami tidak ada hati hendak berkomplot dengan '3 line'.

Monday, February 20, 2012

Paranormal Activity 3

Aku tak berapa suka sangat cerita hantu.  Banyak sangat dikeluarkan kat Malaysia ini cerita hantu yang aku menyampah sangat.  Keramat, Al Hijab, Saka, Sumpahan Kum Kum dan macam2 la.  Satu mungkin aku menyampah, keduanya aku takut gak.  Aku menonton cerita Paranormal ini kerana mengunakan taktik yang selalu digunakan untuk filem2 paranormal siri 1 dan siri 2.  Video digunakan sebagai 'forte' untuk jalankan filem.  Penonton meyusuri filem melalui video2 yang pelakon rakam.  Walaupun cerita rekaan tetapi disebabkan gaya seperti 'Blair Witch' dahulu yang pernah memberi impak pada filem seram maka peminat2 masih menunggu filem2 seperti itu.  Anak aku ikut takut menonton cerita paranormal ini kerana kali ini kanak2 digunakan sebagai umpan untuk menonton. Cerita Ok tetapi akhirnya pelik.

Curtin dan Kak Mah

Curtin Universiti di Australia terpaksa menutup media sosial mereka Facebook kerana tekanan dan komen2 keras dari pengunjung laman sosial tersebut.  Ini disebabkan penganugerahan doktorate mereka kepada Kak Mah kita.  Mengikut Canselor Universiti, anugerah ini adalah disebabkan sumbangan Kak Mah kita pada dunia pendidikan iaitu Permata yang bangunkan dunia pendidikan kanak2.  Laman Sosial dicurahkan dengan tekanan untuk membakar sijil, ijazah dan sarjana mereka jika tidak menarik balik anugerah yang diberikan mereka kepada Kak Mah.  Rasa2 aku ini adalah kali pertama dunia pendidikan diberikan tekanan supaya menarik balik anugerah doktorate. Lama sosial FB itu telah ditutup sementara sebab tekanan ini.

Syiling Baru Tutup Perniagaan

Bila pengenalan duit baru dibuat pada tahun 2012, beberapa perniagaan pasti akan tutup.  Aku teringat ketika aku berniagaan telefon awam sekitar tahun 2005/2006 dahulu.  Perniagaan yang sangat bergantung kepada duit syiling ini memang goyah apabila duit syiling bertukar.  Sistem didalam telefon tidak boleh bertukar secara otomatik bila duit syiling berubah bentuk.  Tiada kajian dibuat untuk menyelamatkan perniaggan seperti ini. 

Mesin air ini juga pasti terkena dengan sumpahan duit syiling baru ini.  Penerimaan duit baru dalam mesin2 begini tidak pernah dirancang oelh penjual mesin air ini ketika menjual.  Orang yang membeli mesin ini untuk berniaga pasti mengeluh dengan syiling baru ini.  Aku teringat kawan aku yang membeli mesin ini yang berharga RM25,000 dengan jaminan pulangan dalam masa 5 tahun.  Dan mengikut cerita kawan aku terpaksa berhenti buat perniagaan ini kerana syiling berubah.

Mesin ini juga pasti akan kena tempias duit baru.  Perubahan dalam sistem ini boleh diubah kalau ada duit.  Sistem ini direka untuk menelan segala duit syiling yang boleh diprogramkan dalam sistem.  Maksudnya kalau ada duit penukaran sistem boleh dibuat.  Sebenarnya ATM2 di bank juga mengalami kos apabila duit bertukar.  Ada ATM sehingga sekarang masih tidak menerima duit RM50 yang baru.  Sebab utama adalah bank tersebut cuba mengurangkan kos untuk mengubah program.  Aku bersimpati dengan peniaga2 yang boleh ditutup perniagaan ini dengan hanya menukar duit syiling.

Sunday, February 19, 2012

The Double

Richard Gere kali ini berlakon aksi dalam filem ini.  Dia melakonkan watak sebagai seorang agen yang sudah pencen dan seorang pembunuh.  Ini berlaku kerana untuk membalas dendam dan kes permbunuhan yang menggunakan dawai timbul kerana pembunuhan senator di Amerika terjadi.  Filem yang agak lemah jika dibandingkan dengan filem2 tentang CIA yang lain.  Richard Gere digunakan untuk merancangkan filem dengan muka jambu beliau.  Pelakon Martin Sheen juga tidak banyak membantu untuk filem ini. Mungkin kelemahan cerita tidak memberi impak dalam filem2 genre penyiasatan begini.  Kalau cerita2 lain dah tak ada, cerita ini boleh layan je la.

Friday, February 17, 2012

50/50

'Feel good film' jarang2 kita dapat tonton.  Tapi cerita yang satu ini memang lain dari yang lain. Seorang lelaki yang tahu dia ada kanser tulang belakang menjadi inti cerita.  Berdasar sebuah cerita benar dan perjalanan cerita yang tidak membosankan.  Ada sedih, komedi dan pengakhiran yang sangat bagus.  Kekasih yang menduakan juga boleh menjadi salah satu plot yang kelakar dalam filem ini.  Kawan baik membantu bila sakit menjadikan filem ini semangat pada yang sakit kanser.  Kanser pada tahap 4 menjadikan dia hanya 50/50 untuk hidup dan mengikut kawan yang tak sakit, kebarangkali untuk menang dalam perjudian adalah paling bagus.  Filem yang menang beberapa anugerah ini dilakonkan oleh Joseph Gordon-Levit yang berlakon bersama Lernardo De Caprio dalam filem Inception dan Seth Rogan yang berlakon dalam filem The Green Hornet.  Cerita yang boleh tonton dan sangat 'feel good'.

DEBAT

MCA dan DAP akan berdebat esok di Berjaya Times Square.  MCA diwakili oleh Presiden mereka iaitu Dr Chua Soi Lek dan DAP oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.  Bagi kedua2 bukan kali pertama berada di pentas bertemu muka dengan penonton tetapi mungkin kali pertama akan dilintas lansung oleh syarikat TV berbayar Astro Channel 301.  Pada yang tak faham perdebatan dalam Mandarin mungkin boleh menonton di Astro Awani Channel 501 ulangan pukul 11 malam hari yang sama.  Ini adalah pembukaan peperangan antara 2 sistem parti dengan tajuk "Is the Two-Party System Becoming a Two-Race System?  Ini mungkin tak hebat kalau ia berhenti setakat itu sahaja.  Permintaan yang sama diluahkan oleh Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Najib Razak lebih menonjol.  Adakah selepas ini minda masyarakat lebih terbuka melihat perdebatan untuk menjawab beberapa persoalan boleh diterima?  Setiap hari di media arus perdana membelasah tentang buku jingga Pakatan Rakyat seperti kalau PR dapat ke Putra Jaya minyak akan turun harga, tol akan diturunkan, elektrik akan dikurangkan.  Soalan dan jawapan ini boleh kita dapat dari perdebatan kerana yang menyokong BN tidak mahu mendengar dan selalunya hanya mendapat maklumat di arus perdana. Bila orang Cina sudah berani berdebat, rasa2nya pihak kerajaan kena berfikir untuk membuat perdebatan yang lebih terbuka untuk mendapat sokongan.  Kalau tidak darjah kepercayaan kepada yang memerintah sekarang mungkin berkurangan.

Thursday, February 16, 2012

AGE

Bukan UMUR tapi penyakit.  Sehingga tadi lebih dari 3,000 orang di Hilir Perak mengidap penyakit menular ini.  Penduduk di Malaysia dinasihatkan untuk kurangkan makan ulam2, basuh tangan sebelum makan dan sentiasa memasak air sebelum minum.  Penyakit ini menyerang mengikut nama saintifiknya iaitu Acute Gastroenteritis iaitu tempat yang banyak gas - perut.  Orang yang terkena selalunya demam, cirit birit, pening dan rasa hendak muntah.  Kanak2 selalu kena dan mengikut rekod 2 kanak2 bawah setahun meninggal dunia disebabkan AGE ini.  Ia akan menyerang sesiapa sahaja dan arahan dari Kementerian Kesihatan mestilah diikuti.  Dalam wikipedia memberitahu, AGE ini pada tahun 1980 pernah membunuh lebih dari 4.6 juta manusia seluruh dunia.  Berjaga2. 

Monday, February 13, 2012

Pendidikan MAHAL

Berjumpa dengan saudara mara, cerita anak2 menjadi pilihan dan bahagian pendidikan menjadi tumpuan utama.  Seorang pak cik aku membayar RM150,000 untuk anak lelakinya belajar menjadi jurupandu kapalterbang di Filipina.  Ada yang bayar lebih RM250,000 untuk anak sendiri jadi doktor.  Mahal sungguh pendidikan sekarang. 

Aku meramalkan akan datang tidak ada lagi seorang yang berjaya datang dari kampung dan berkata seperti ini saya berterimakasih kepada bapa saya seorang penoreh getah dan saya sendiri pergi ke sekolah jalan kaki lebih dari 2 km.  Mungkin tiada lagi - saya pernah menolong ibu saya menjual kueh dan berjaya hari ini menjadi doktor.  Mungkin jarang sekali - saya terpaksa bangun awal untuk tolong ayah membersihkan kebun sebelum pergi ke sekolah.  Dunia pendidikan terlalu mahal.

Orang kaya mengambil kesempatan yang terpampang depan mata menghantar anak seawal 18 tahun untuk belajar.  Bila lihat orang kaya, pendidikan yang diberikan memang tinggi kepada anak2.  Jangan dikesah walau ijazah itu dibeli.  Beli perlukan duit juga.  Sekurang2nya anak sudah bersedia memegang satu sijil - diploma/ijazah/ijazah sarjana atau doktor falsafah. 

Aku melihat pendidikan yang mahal ini seolah2 mencemburui orang miskin sekarang.  Bila miskin, hendak menghantar anak ke kelas tambahan sahaja sudah memerlukan berfikir 2 minggu.  Kalau miskin, pekerjaan lepas habis SPM lebih nampak praktikal.  Kemungkinan miskin boleh menyebabkan orang tidak bermaya untuk belajar.  Aku selalu terfikir, bila lagi pendidikan akan percuma.

Contagion

Cerita tentang sakit menular rasa2 aku pernah menonton.  Lakonan Dustin Huffman cerita "Outbrake" cerita tentang penyakit menular disebabkan monyet dari Afrika.  Kali ini walaupun bukan cerita sebenar, ia menjadi sesuatu yang boleh difikirkan ketika HINI menular disebabkan babi.  Pelakon2 yang sangat berkalibar disatukan didalam filem ini seperti Matt Damon, Kate Wislet, Gwyneth Paltrow, Laurance Fishburne, Jude Law, Marion Cortiland dan pengarah Steven Soderbergh.  Soderbergh telah membawa ke dunia filem beberapa filem utama seperti Che, The Informant, Erin Brockovich dan Ocean Eleven. 

Cerita bermula bila Gwyneth Paltrow balik dari Hong Kong terus demam dan meninggal dunia.  Anaknya juga meninggal selepas itu.  Di Hong Kong juga selepas meneliti video mereka melihat sesiapa yang berinteraksi dengan Gwyneth Paltrow akan menemui maut.  Mereka akan demam, tidak boleh berfikir dan berlaku kekejangan.  Ini adalah seperti penyakit HINI. Menarik di filem ini adalah peranan blogger yang meraih keuntungan didalam isu dan kekecohan apabila blogger memberitahu tentang ubat yang boleh menahan dari penyakit pelik itu.  Cerita yang sangat perlu ditonton orang kerana ketika HINI kecoh dahulu kita dinasihatkan tidak melawat negara2 yang mempunyai banyak babi seperti China, Hong Kong dan Thailand.  Setiap kali kita sampai ke KLIA, kita akan di'scan' tengok darjah kepanasan dalam badan.  Sesuatu yang boleh dipelajari dari filem ini. 

Seeking Justice

Nicolas Cage sekarang menjadi salah seorang pelakon aksi yang rasa2 setahun sampai 3 ke 4 filem berlakon.  Ini telah menyebabkan aku rasa kurang mengikuti cerita beliau.  Semenjak menang sebagai pelakon lelaki terbaik Academy Award cerita "Leaving Las Vegas" cerita aksi menghiasi kehidupan lakonan Nicolas Cage.  Tahun 2011 cerita seperti Trespass, Drive Angry, Season of The Witch dan Ghost Rider 2 (belum keluar) semua cerita aksi. Dan salah satu cerita aksi Nicolas Cage yang aku tonton Sabtu baru2 ini yang aku nak cerita ini.

Cerita tentang isteri Nicolas Cage yang dirogol oleh seseorang dan satu organisasi gelap datang menghulur bantuan dengan membunuh perogol itu.  Mereka bersifat organisasi tidak formal dengan membuat keadilan sendiri tanpa perlu polis membuat kerja.  Cerita ini tidak berhenti disitu kerana Nicolas Cage pula perlu membunuh orang lain untuk menjadikan bantuan mereka itu terbalas.  Dan ini menariknya kerana penonton seperti aku tidak dapat meneka ke mana cerita itu akan dibawa.  Di satu masa nampak Nicolas Cage seperti tidak ada jalan keluar dan terpaksa mengikut kata2 organisasi.  Cerita yang boleh layan dan menarik.

Friday, February 10, 2012

3 Kali ke Mekah dalam 2 bulan

Aku terkedu dan terkesima jika orang mengatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk ke Mekah mengerjakan umrah bila ada masalah.  Ini memang orang yang hebat.  Bukan mudah mengeluarkan duit dari poket yang sekarang kalau mengerjakan umrah selama 9 - 14 hari sekitar RM5,000 - RM10,000.  Pernah juga orang memberitahu bahawa ada 'package' yang mengenakan kos sehingga RM50,000 untuk mengerjakan umrah.  Sharizat Jalil dalam menghadapi masalah selama 2 bulan yang dikatakan Allah menduga dia sebagai seorang pemimpin dapat ke Mekah mengerjakan umrah sebanyak 3 kali.  Ini adalah status menteri yang bekerja dan peluang yang ditunjukkan itu tidak nampak mengiakan dia seolah2 bekerja.  Orang marhein tidak mudah untuk mengerjakan umrah yang mengambil masa kerja dan duit yang banyak.  Bagaimana orang biasa melihat dan timbul simpati apabila dia mengatakan bahawa sembahyang istiharahnya sudah terjawab?  Dia akan melawan. 

Jururawat Banyak

Sebagai seorang pedagang atau peniaga, keuntungan adalah satu matlamat paling tinggi dalam kepala. Pendidikan juga termasuk salah satu perniagaan yang menguntungkan sekarang.  Cuba dirikan sebuah universiti yang memberikan kursus yang segalanya di dunia dan menjadi pilihan pasti akan memberikan kewangan kukuh pada universiti.  Baru2 ini kecoh tentang kualiti jururawat yang dikeluarkan oleh universiti/kolej swasta.  Harga kursus yang boleh membuat sebuah rumah murah.  Setelah mendapat diploma atau ijazah dalam kursus kejururawatan tiba2 permintaan jururawat diluar tidak banyak.  Mengikut statistik lebih dari 10,000 jururawat dikeluarkan setiap tahun dan permintaan untuk jururawat tidak lebih dari 1,000 orang.  Pengeluaran yang tinggi dari permintaan ini akan menyebabkan kebanjiran pelajar jururawat yang tidak diperlukan di dalam pasaran.
Kementerian Pendidikan perlu memantau perkara2 seperti ini.  Dulu seketika apabila IT menjadi satu pilihan paling utama dalam universiti. Puluhan ribu pelajar memilih untuk mengambil kursus yang mereka sendiri tidak berapa mahu.  Kualiti keluaran dari IT dari kolej2 swasta hanya tahu tentang aplikasi2 di dalam komputer sahaja seperti Words, Excell dan Power Point.  Aku sendiri pernah tanya seorang pelajar berdiploma komputer apa yang dipelajari dalam kursus komputer itu dan mereka hanya memberitahu tentang software2 yang bagi aku tidak perlu diajar di universiti. 

Universiti atau kolej perlu memastikan kualiti pelajar yang mereka keluarkan.  Buat duit atas pelajar2 ini dan ibubapa hanya hulur duit untuk anak2 tanpa menyelidik pasti melahirkan bebudak yang hanya pegang diploma/ijazah tanpa tahu apa perlu dibuat.

RM6,750 dan Hak orang berHaji

Kalau kita daftar sekarang untuk mengerjakan haji melalui Tabung Haji kemungkinan nama kita muncul untuk mengerjakan haji hanya akan boleh pada tahun 2035. Ini bukan main2 punya tunggu.  Tapi ada cara yang cepat iaitu melalui 'package' yang mungkin berharga sekarang sekitar RM20,000 dan ke atas.  Ini adalah salah satu cara untuk melompatkan nama.  Kalau seorang yang berumur 40 tahun hari ini, kemungkinan untuk mengerjakan haji pada masa berumur 65 tahun.  Maka mengumpul duit sekarang bukan lagi untuk kehidupan anak2 tetapi untuk cepat mengerjakan haji.  Kita juga perlu ingat bahawa salah satu syarat wajib haji adalah kemampuan iaitu kemampuan orang yang akan ditinggalkan dan kemampuan untuk merentas dunia jika berlaku peperangan. Kemampuan2 ini mestilah dikaji sebelum membuat keputusan mengerjakan haji.  

Apa yang menarik berlaku semalam, diberitahu bahawa 2 orang Tabung Haji dituduh mengambil rasuah sebanyak RM6,750 untuk memotong barisan dan mendahului untuk 27 orang mengerjakan haji pada tahun 2010.  Bagaimana perasaan 27 orang yang mengerjakan haji tersebut?  Adakah hak orang lain diambil disebabkan oleh RM6,750 itu.  Mufti atau bijak pandai Islam kena ulas tentang masalah ini kerana mengambil hak orang lain secara haram? 

Thursday, February 9, 2012

Buat Baik tapi orang marah

Bila Menteri Wilayah, Raja Nong Chik mengumumkan menggunakan duit KWSP untuk rumah PPRT di Wilayah, bermacam komen keluar.  3 orang pembangkang mengajak beliau berdebat untuk menerangkan tentang bagaimana itraksaksi memberi pinjaman akan dibuat.  Dan semalam, Raja Nong Chik menyambut cabaran berdebat tetapi dengan beberapa syarat - tiada TV, di depan penduduk PPRT dan hanya isu rumah sahaja dibincang. Beberapa orang yang tahu tentang konsep KWSP bercerita di dalam akhbar tentang bagaimana duit rakyat akan diperlakukan.  Contoh senang - kita satu kampung simpan duit satu tempat, ketua penyimpan mahu guna untuk bagi pinjam pada orang yang tidak berkemampuan dan pendapatan tidak tetap.  Pasti tidak bersetuju. Sebab - kalau tidak mampu maka pembayaran balik akan susah dan mengikut Najib Razak, rumah itu akan diambil balik oleh DBKL.  Rumah itu akan dijual mengikut harga semasa. Bukan senang nak menghalau orang dari rumah yang mereka tinggal.

Akhirnya, KWSP memberitahu pinjaman akan disalurkan kepada satu syarikat lain 'Special Purpose Vehicle' untuk mengurus bersama Menteri Wilayah dengan melantik bank2 yang mahu terlibat. Isu ini bukan boleh dimain2kan seolah2 tidak beringat kepada orang susah.  Penduduk marhein melihat kenapa Kerajaan bagi rumah murah tapi pembangkang tak setuju. Cara melihat hendaklah melihat tentang kegunaan duit simpanan masa tua penyimpan tegar KWSP.  Siapa penyimpan KWSP - aku dan anda. Duit gaji bulanan pekerja dipotong 11% setiap bulan kepada KWSP dan duit ini memang perlu dilaburkan pada tempat2 yang mendapat keuntungan kerana duit ini perlu digunakan oleh penyimpan untuk masa tua mereka.

Wednesday, February 8, 2012

The Girl with the Dragon Tatoo

Selalunya menonton cerita lebih dari 2 jam memang tak dapat dipenuhi dengan sekali harung.  Mungkin aku bahagikan kepada 2 masa untuk menonton.  Tetapi menonton cerita ini agak berlainan kerana suasana ciptaan pengarah David Fincher ini lain dari yang lain.  Pengarah ini juga membawa kita filem2 yang aku tonton seperti Fight Club, Seven, Social Network dan Panic Room.  Filem ini adalah adaptasi dari novelist yang membawa novle trilogy.  Cerita 'The girl with Dragon Tatoo' pernah difilemkan pada tahun 2009 di Britain dan sekarang sekali lagi dibuat di Amerika pula.  Cerita tentang seorang wartawan diberi tugas khas menyiasat tentang kehilangan seorang anak perempuan dan cerita ini membabitkan 'serial killer'.  Penyiasatan dibantu oleh perempuan yang bertatoo dragon yang berlagak seperti seorang 'hacker'.  Cerita yang tidak mengelirukan tetapi pergerakan perlahan dengan menghiburkan.  Salah satu calon Academy Award 2011.

Sembahyang Istiharah terjawab

Dan ini yang terbaru oleh Shahrizat Jalil tentang masalah lembu dan kondo.  Dia akan mempertahankan kerana bertanggungjawab memberi kekuatan untuk Pergerakan Wanita. 

Shahrizat Jawab Rafidah

Bagaimana Sharizat menjawab segala masalah dia bila berada di depan wartawan?  Persediaan mental yang tinggi setelah balik dari mengerjakan Umrah untuk kali ke 3 dalam masa 2 bulan, nampak hebat.  2 isu yang dijawab oleh Sharizat sepatutnya boleh dilihat keperihatinan beliau untuk mengambil sikap tanggungjawab atas apa yang berlaku.  Keputusan meletak kuasa kepada Najib bukanlah tepat kerana Najib diberikan bola tanggung yang malu2 untuk di 'smash'.  Pergerakan Wanita UMNO seolah2 berada di belakang Shahrizat juga tidak sebenarnya betul.  Tetapi pantang berlawan sebelum undur sifat Shahrizat ini.  Ia adalah bagus untuk pembangkang kerana isu ini akan dimainkan sehingga PRU 13 nanti.  Mengambil peluang pergerakan Wanita terlibat juga adalah taktik tahap tinggi kerana pergerakan Wanita ini dilihat umum seperti makcik2 yang tidak mahu berubah dengan senang.  Penukaran ketua dahulu kepada Sharizat juga telah membuat pecahan didalam Pergerakan Wanita. Di dalam pergerakan Wanita sekarang, kelibat ketua berkepimpinan agak sukar dipercayai oleh umum atau generasi XYZ.  Mereka dilihat seperti makcik2 kaya yang suka duduk hotel, sibuk ke luar negara, membeli beg2 dan mempunyai rambut yang lebat mengerbang.  Shahrizat akan melawan dengan tidak menjawab masalah tetapi mengambil jalan memberitahu bahawa pergerakan Wanita ini memerlukan ketua yang boleh melawan.  Seronok makcik2 itu mendengar dan isu ini akan membantu Pakatan Rakyat semahunya.

Tuesday, February 7, 2012

Planetarium, Kuala Lumpur

Setiap kali bercuti panjang, anak2 mesti bertanya hendak ke mana? Dalam kepala teringat lagi kepada Planetarium yang tak dapat kami sekeluarga melawat minggu lepas.  Hari Isnin 6 Februari 2012 aku terus kesana.  Planetarium dibuka pada pukul 10 pagi sehingga 4.30 petang sahaja.  Salah satu sebab aku gagal ke Planetarium adalah kesuntukan masa.  Kali ini pagi2 lagi kami sudah bertolak.
Pintu Depan Planetarium
Masuk adalah percuma dan jika mahu menonton teater angkasa baru dikenakan bayaran.  Sila bawa My Kad atau Mykid untuk mendapat bayaran murah.  Aku membayar RM16 untuk teater "Solar Storm" RM12 untuk 2 dewasa dan RM4 untuk kanak2. 
Melihat planet sambil mewarna
Bilik anti graviti
Building nation for tomorrow leader

Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Bawa anak2 berjalan memang perlu.  Kalau boleh cuba cari tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan tinggi tetapi berilmu dan bermanafaat.  Pada 28 Januari 2012, aku membawa anak2 menuju ke Kuala Lumpur untuk melihat cerita tentang planet2 di Planetarium tetapi sesampai aku sekeluarga ke sana, tinggal lagi 20 minit untuk tutup.  Aku lalu mengubah tempat kerana disekitar Taman Tasik Perdana dimana letaknya planetarium terdapat juga Taman Rama2, Taman Burung, Masjid Negara, Pusat Islam dan kerana hujan, Muzium Kesenian Islam menjadi pilihan.
Tak faham    


Masuk dengan tiket RM10 untuk dewasa.  Anak2 aku kecil lagi tak perlu bayar.  Dibuka setiap hari dari pukul 10 hingga 6 petang.  Terbahagi kepada 2 tingkat dan banyak barangan yang dipamerkan untuk pengetahuan tentang Islam, masjid, Palestin, Al Quran, pakaian, senjata perang dan perhiasan.
Replika Masjid Antarabangsa pun ada
Berakhir di sini
Kena baca betul2
 

Friday, February 3, 2012

Bila Rafidah bercakap perihal Shahrizat Jalil

"If you are a problem to the party and government, please move out. 

That it for everyone, whether it's got to do with COWS or anything (else).  That the most matured way of dealing with problems" Said Rafidah.

"Why are you so hung up anout the 3 weeks decision (to take a break)? You are mission the point!"

"The point is: damn it, decide, don't leave it (the decision to go) to Prime Minister. Don't leave the onus on the Prim Minister to decide for you........" (boleh sambung cerita dalam Malay Mail.

Ini adalah kata2 Rafidah Aziz tentang Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil.