Proses berfikir boleh menyebabkan aku sakit. Demam tak semena2 dan letih seletihnya. Malam Jumaat berlalu macam hari2 lain. Tidur kerana penat. Berfikir lebih boleh buat aku tidur lena sampai pagi. Hendak ke bilik air, aku berfikir bagaimana hendak basuh kain dengan cepat sambil boleh masak air dan gosok gigi. Berjalan ke kereta aku berfikir bagaimana hendak menjemur kain sambil menyapu lantai rumah yang seperti dah berminggu tidak disapu. Pergi makan aku berfikir bagaimana hendak suruh anak lelaki aku makan dan menjaga anak paling kecil tidur sambil menghalau nyamuk. Aku pergi ke tandas sambil berfikir kalau boleh mencukur rambut dan mengunting rambut sambil mencabut uban di kepala. Aku berfikir dan penat. Kadang2 kita perlu jadi macam anak2 kecil yang tidak perlu berfikir - lompat dan jatuh. Jatuh dan nangis. Dan yang magiknya semua benda baru ini adalah pelajaran dan belajar.
No comments:
Post a Comment