Beberapa blogger memberitahu dalam blog masing2 bahawa mesyuarat yang dibuat oleh Najib Razak bersama ketua menteri dan menteri besar tidak dihadiri oleh Menteri Besar/Ketua Menteri dari Pembangkang. Penghormatan tidak diberi kepada PM yang telah dilantik dan ini seperti sabotaj yang tidak perlu dibuat oleh pembangkang. Blogger2 yang melompat dulu sebelum berfikir ini mengambil peluang memburuk2kan Menteri Besar/Ketua Menteri dari pembangkang. Semalam negeri2 yang dikuasai pembangkang menerjah balik kepada PM dan bertanya kenapa mereka tidak dijemput. Blogger2 yang telah melompat sepatutnya sedar bahawa tidak diberitahu dan mensabotaj amat berbeza. Wartawan telah bertanya kepada Najib tentang jemputan yang tidak dibuat kepada negeri2 yang dikuasai oleh pembangkang. Jawapan yang diberikan adalah program mesyuarat ini adalah untuk BN dan ketua menteri/menteri besar BN sahaja. Berita ini hanya dapat dibaca dalam mukasurat2 kebelakang dalam media perdana.
No comments:
Post a Comment