MCA dan DAP akan berdebat esok di Berjaya Times Square. MCA diwakili oleh Presiden mereka iaitu Dr Chua Soi Lek dan DAP oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Bagi kedua2 bukan kali pertama berada di pentas bertemu muka dengan penonton tetapi mungkin kali pertama akan dilintas lansung oleh syarikat TV berbayar Astro Channel 301. Pada yang tak faham perdebatan dalam Mandarin mungkin boleh menonton di Astro Awani Channel 501 ulangan pukul 11 malam hari yang sama. Ini adalah pembukaan peperangan antara 2 sistem parti dengan tajuk "Is the Two-Party System Becoming a Two-Race System? Ini mungkin tak hebat kalau ia berhenti setakat itu sahaja. Permintaan yang sama diluahkan oleh Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Najib Razak lebih menonjol. Adakah selepas ini minda masyarakat lebih terbuka melihat perdebatan untuk menjawab beberapa persoalan boleh diterima? Setiap hari di media arus perdana membelasah tentang buku jingga Pakatan Rakyat seperti kalau PR dapat ke Putra Jaya minyak akan turun harga, tol akan diturunkan, elektrik akan dikurangkan. Soalan dan jawapan ini boleh kita dapat dari perdebatan kerana yang menyokong BN tidak mahu mendengar dan selalunya hanya mendapat maklumat di arus perdana. Bila orang Cina sudah berani berdebat, rasa2nya pihak kerajaan kena berfikir untuk membuat perdebatan yang lebih terbuka untuk mendapat sokongan. Kalau tidak darjah kepercayaan kepada yang memerintah sekarang mungkin berkurangan.
No comments:
Post a Comment