Kalau kita daftar sekarang untuk mengerjakan haji melalui Tabung Haji kemungkinan nama kita muncul untuk mengerjakan haji hanya akan boleh pada tahun 2035. Ini bukan main2 punya tunggu. Tapi ada cara yang cepat iaitu melalui 'package' yang mungkin berharga sekarang sekitar RM20,000 dan ke atas. Ini adalah salah satu cara untuk melompatkan nama. Kalau seorang yang berumur 40 tahun hari ini, kemungkinan untuk mengerjakan haji pada masa berumur 65 tahun. Maka mengumpul duit sekarang bukan lagi untuk kehidupan anak2 tetapi untuk cepat mengerjakan haji. Kita juga perlu ingat bahawa salah satu syarat wajib haji adalah kemampuan iaitu kemampuan orang yang akan ditinggalkan dan kemampuan untuk merentas dunia jika berlaku peperangan. Kemampuan2 ini mestilah dikaji sebelum membuat keputusan mengerjakan haji.
Apa yang menarik berlaku semalam, diberitahu bahawa 2 orang Tabung Haji dituduh mengambil rasuah sebanyak RM6,750 untuk memotong barisan dan mendahului untuk 27 orang mengerjakan haji pada tahun 2010. Bagaimana perasaan 27 orang yang mengerjakan haji tersebut? Adakah hak orang lain diambil disebabkan oleh RM6,750 itu. Mufti atau bijak pandai Islam kena ulas tentang masalah ini kerana mengambil hak orang lain secara haram?
No comments:
Post a Comment