Cerita tentang sakit menular rasa2 aku pernah menonton. Lakonan Dustin Huffman cerita "Outbrake" cerita tentang penyakit menular disebabkan monyet dari Afrika. Kali ini walaupun bukan cerita sebenar, ia menjadi sesuatu yang boleh difikirkan ketika HINI menular disebabkan babi. Pelakon2 yang sangat berkalibar disatukan didalam filem ini seperti Matt Damon, Kate Wislet, Gwyneth Paltrow, Laurance Fishburne, Jude Law, Marion Cortiland dan pengarah Steven Soderbergh. Soderbergh telah membawa ke dunia filem beberapa filem utama seperti Che, The Informant, Erin Brockovich dan Ocean Eleven.
Cerita bermula bila Gwyneth Paltrow balik dari Hong Kong terus demam dan meninggal dunia. Anaknya juga meninggal selepas itu. Di Hong Kong juga selepas meneliti video mereka melihat sesiapa yang berinteraksi dengan Gwyneth Paltrow akan menemui maut. Mereka akan demam, tidak boleh berfikir dan berlaku kekejangan. Ini adalah seperti penyakit HINI. Menarik di filem ini adalah peranan blogger yang meraih keuntungan didalam isu dan kekecohan apabila blogger memberitahu tentang ubat yang boleh menahan dari penyakit pelik itu. Cerita yang sangat perlu ditonton orang kerana ketika HINI kecoh dahulu kita dinasihatkan tidak melawat negara2 yang mempunyai banyak babi seperti China, Hong Kong dan Thailand. Setiap kali kita sampai ke KLIA, kita akan di'scan' tengok darjah kepanasan dalam badan. Sesuatu yang boleh dipelajari dari filem ini.
No comments:
Post a Comment