Berjumpa dengan saudara mara, cerita anak2 menjadi pilihan dan bahagian pendidikan menjadi tumpuan utama. Seorang pak cik aku membayar RM150,000 untuk anak lelakinya belajar menjadi jurupandu kapalterbang di Filipina. Ada yang bayar lebih RM250,000 untuk anak sendiri jadi doktor. Mahal sungguh pendidikan sekarang.
Aku meramalkan akan datang tidak ada lagi seorang yang berjaya datang dari kampung dan berkata seperti ini saya berterimakasih kepada bapa saya seorang penoreh getah dan saya sendiri pergi ke sekolah jalan kaki lebih dari 2 km. Mungkin tiada lagi - saya pernah menolong ibu saya menjual kueh dan berjaya hari ini menjadi doktor. Mungkin jarang sekali - saya terpaksa bangun awal untuk tolong ayah membersihkan kebun sebelum pergi ke sekolah. Dunia pendidikan terlalu mahal.
Orang kaya mengambil kesempatan yang terpampang depan mata menghantar anak seawal 18 tahun untuk belajar. Bila lihat orang kaya, pendidikan yang diberikan memang tinggi kepada anak2. Jangan dikesah walau ijazah itu dibeli. Beli perlukan duit juga. Sekurang2nya anak sudah bersedia memegang satu sijil - diploma/ijazah/ijazah sarjana atau doktor falsafah.
Aku melihat pendidikan yang mahal ini seolah2 mencemburui orang miskin sekarang. Bila miskin, hendak menghantar anak ke kelas tambahan sahaja sudah memerlukan berfikir 2 minggu. Kalau miskin, pekerjaan lepas habis SPM lebih nampak praktikal. Kemungkinan miskin boleh menyebabkan orang tidak bermaya untuk belajar. Aku selalu terfikir, bila lagi pendidikan akan percuma.
No comments:
Post a Comment