Aku terkedu dan terkesima jika orang mengatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk ke Mekah mengerjakan umrah bila ada masalah. Ini memang orang yang hebat. Bukan mudah mengeluarkan duit dari poket yang sekarang kalau mengerjakan umrah selama 9 - 14 hari sekitar RM5,000 - RM10,000. Pernah juga orang memberitahu bahawa ada 'package' yang mengenakan kos sehingga RM50,000 untuk mengerjakan umrah. Sharizat Jalil dalam menghadapi masalah selama 2 bulan yang dikatakan Allah menduga dia sebagai seorang pemimpin dapat ke Mekah mengerjakan umrah sebanyak 3 kali. Ini adalah status menteri yang bekerja dan peluang yang ditunjukkan itu tidak nampak mengiakan dia seolah2 bekerja. Orang marhein tidak mudah untuk mengerjakan umrah yang mengambil masa kerja dan duit yang banyak. Bagaimana orang biasa melihat dan timbul simpati apabila dia mengatakan bahawa sembahyang istiharahnya sudah terjawab? Dia akan melawan.
No comments:
Post a Comment