Sebagai seorang pedagang atau peniaga, keuntungan adalah satu matlamat paling tinggi dalam kepala. Pendidikan juga termasuk salah satu perniagaan yang menguntungkan sekarang. Cuba dirikan sebuah universiti yang memberikan kursus yang segalanya di dunia dan menjadi pilihan pasti akan memberikan kewangan kukuh pada universiti. Baru2 ini kecoh tentang kualiti jururawat yang dikeluarkan oleh universiti/kolej swasta. Harga kursus yang boleh membuat sebuah rumah murah. Setelah mendapat diploma atau ijazah dalam kursus kejururawatan tiba2 permintaan jururawat diluar tidak banyak. Mengikut statistik lebih dari 10,000 jururawat dikeluarkan setiap tahun dan permintaan untuk jururawat tidak lebih dari 1,000 orang. Pengeluaran yang tinggi dari permintaan ini akan menyebabkan kebanjiran pelajar jururawat yang tidak diperlukan di dalam pasaran.
Kementerian Pendidikan perlu memantau perkara2 seperti ini. Dulu seketika apabila IT menjadi satu pilihan paling utama dalam universiti. Puluhan ribu pelajar memilih untuk mengambil kursus yang mereka sendiri tidak berapa mahu. Kualiti keluaran dari IT dari kolej2 swasta hanya tahu tentang aplikasi2 di dalam komputer sahaja seperti Words, Excell dan Power Point. Aku sendiri pernah tanya seorang pelajar berdiploma komputer apa yang dipelajari dalam kursus komputer itu dan mereka hanya memberitahu tentang software2 yang bagi aku tidak perlu diajar di universiti.
Universiti atau kolej perlu memastikan kualiti pelajar yang mereka keluarkan. Buat duit atas pelajar2 ini dan ibubapa hanya hulur duit untuk anak2 tanpa menyelidik pasti melahirkan bebudak yang hanya pegang diploma/ijazah tanpa tahu apa perlu dibuat.
No comments:
Post a Comment