Bagaimana Sharizat menjawab segala masalah dia bila berada di depan wartawan? Persediaan mental yang tinggi setelah balik dari mengerjakan Umrah untuk kali ke 3 dalam masa 2 bulan, nampak hebat. 2 isu yang dijawab oleh Sharizat sepatutnya boleh dilihat keperihatinan beliau untuk mengambil sikap tanggungjawab atas apa yang berlaku. Keputusan meletak kuasa kepada Najib bukanlah tepat kerana Najib diberikan bola tanggung yang malu2 untuk di 'smash'. Pergerakan Wanita UMNO seolah2 berada di belakang Shahrizat juga tidak sebenarnya betul. Tetapi pantang berlawan sebelum undur sifat Shahrizat ini. Ia adalah bagus untuk pembangkang kerana isu ini akan dimainkan sehingga PRU 13 nanti. Mengambil peluang pergerakan Wanita terlibat juga adalah taktik tahap tinggi kerana pergerakan Wanita ini dilihat umum seperti makcik2 yang tidak mahu berubah dengan senang. Penukaran ketua dahulu kepada Sharizat juga telah membuat pecahan didalam Pergerakan Wanita. Di dalam pergerakan Wanita sekarang, kelibat ketua berkepimpinan agak sukar dipercayai oleh umum atau generasi XYZ. Mereka dilihat seperti makcik2 kaya yang suka duduk hotel, sibuk ke luar negara, membeli beg2 dan mempunyai rambut yang lebat mengerbang. Shahrizat akan melawan dengan tidak menjawab masalah tetapi mengambil jalan memberitahu bahawa pergerakan Wanita ini memerlukan ketua yang boleh melawan. Seronok makcik2 itu mendengar dan isu ini akan membantu Pakatan Rakyat semahunya.
No comments:
Post a Comment