Bila Menteri Wilayah, Raja Nong Chik mengumumkan menggunakan duit KWSP untuk rumah PPRT di Wilayah, bermacam komen keluar. 3 orang pembangkang mengajak beliau berdebat untuk menerangkan tentang bagaimana itraksaksi memberi pinjaman akan dibuat. Dan semalam, Raja Nong Chik menyambut cabaran berdebat tetapi dengan beberapa syarat - tiada TV, di depan penduduk PPRT dan hanya isu rumah sahaja dibincang. Beberapa orang yang tahu tentang konsep KWSP bercerita di dalam akhbar tentang bagaimana duit rakyat akan diperlakukan. Contoh senang - kita satu kampung simpan duit satu tempat, ketua penyimpan mahu guna untuk bagi pinjam pada orang yang tidak berkemampuan dan pendapatan tidak tetap. Pasti tidak bersetuju. Sebab - kalau tidak mampu maka pembayaran balik akan susah dan mengikut Najib Razak, rumah itu akan diambil balik oleh DBKL. Rumah itu akan dijual mengikut harga semasa. Bukan senang nak menghalau orang dari rumah yang mereka tinggal.
Akhirnya, KWSP memberitahu pinjaman akan disalurkan kepada satu syarikat lain 'Special Purpose Vehicle' untuk mengurus bersama Menteri Wilayah dengan melantik bank2 yang mahu terlibat. Isu ini bukan boleh dimain2kan seolah2 tidak beringat kepada orang susah. Penduduk marhein melihat kenapa Kerajaan bagi rumah murah tapi pembangkang tak setuju. Cara melihat hendaklah melihat tentang kegunaan duit simpanan masa tua penyimpan tegar KWSP. Siapa penyimpan KWSP - aku dan anda. Duit gaji bulanan pekerja dipotong 11% setiap bulan kepada KWSP dan duit ini memang perlu dilaburkan pada tempat2 yang mendapat keuntungan kerana duit ini perlu digunakan oleh penyimpan untuk masa tua mereka.
No comments:
Post a Comment