Masa itu, habis satu KL aku berjalan kaki. Chow Kit, Lorong Hj Taib ke Pudu, Jalan Changkat Thambi Dollah dan terus ke Kg Pandan. Malam minggu, panggung wayang Coliseum memang jadi tempat singgah orang2 muda. Ketika itu aku sekitar 16 atau 17 tahun. Berdua dengan kawan pun aku pergi. Cerita masa itu mesti ada unsur2 buka kain - Pelakon Barry Prima dan Yati Octavia -Jaka Sembung. Kalau ke Chow Kit tengok wayang kat Golden City Cinema - ini pun satu jenis panggung untuk cerita buka2. Dari Chow Kit, aku akan berjalan kaki ke asrama kat Kampung Pandan. Asrama Tun Dr Ismail. Memang jauh kalau difikirkan.
Kalau menonton di Golden City Cinema iaitu setentang dengan balai Polis Setapak. Bas Mini yang perlu naik adalah dari Chow Kit sahaja iaitu No 25. Bas mini 25 sudah berhenti berjalan waktu malam2 macam ini. Duit pun hanya cukup untuk tengok wayang dan sekeping 'burger'. Habis wayang sekitar 12.30 am dan berjalanlah kaki perlahan2 ke Kampung Pandan. Masa tu aku rasa Polis sudah malas buat rondaan. Tak pernah rasanya bertembung dengan dorang waktu2 macam tu. Pelik rasa2nya bertembung dengan anjing pun tidak.

Mula2 sampai ke Chow Kit. Orang sudah kurang macam boleh baring tengah jalan. Kalau ada pun di lorong2 lelaki jadi perempuan atau perempuan buka kain sahaja yang masih menjual. Jalan lagi sampai kat Pertama Complex, masa tu Sogo tak ada lagi. Pawagan terdekat adalah Rex, selalu cerita Hollywood - Missing In Action. Kompleks Campbell pun dah tutup. Mat2 rempit tak ada berlumba kat jalan raya. Masa tu kalau nak kencing tengah jalan pun orang tak ada nak sorak. Jalan lagi boleh jumpa Kompleks Wilayah. Senyap tak ada orang. Jalan lagi ke arah Pudu Raya. Semua orang dah tidur. Jalan perlahan2 jumpa Panggung Cathay. Panggung Cathay hanya tayang cerita2 Hollywood dan banyak kena tapis.
Ke depan lagi boleh nampak Penjara Pudu. Lukisan yang dilukis di dinding penjara itu sampai sekarang aku tak ingat apa dia. Berjalan lagi sampai jumpa lorong Changkat Thambi Dollah. Lorong ini kawasan Cina masa itu walaupun namanya Thambi. Aku akan berjalan sehingga hujung jalan tembus ke pusingan Bulatan Kampung Pandan. Perjalanan tak sampai sejam dari Chow Kit ke situ pada malam hari. Penat tak terasa kerana embun2 mula nak turun. Lansung tak jumpa hutan.
Dari bulatan Kampung Pandan, padang asrama sudah kelihatan. Tetapi paling bahaya ketika hendak menyusup masuk ke asrama dari pintu belakang. Pagar dawai yang sudah berlubang dari longkang besar adalah jalan masuk ke asrama. Melalui kuil Hindu depan asrama Bahagia (ini asrama aweks) dan terus ke longkang. Kadang2 baju tersangkut di pagar boleh mencalarkan badan. Masa itu, bahaya tiada dalam kamus pada aku.
Jadi orang muda hendak tengok wayang memang mengundang bahaya dan seronok pada masa itu. Sekarang dari Chow Kit hendak ke Kampung Pandan dengan berjalan kaki rasa2 boleh muntah darah aku.
No comments:
Post a Comment