2 hari berturut2 aku berjumpa dengan ramai orang. Bukan pergi membeli belah tapi ke majlis ibubapa bertemu dan bersembang. Tengahari Sabtu , aku menghadiri majlis Aqiqah selang 4 rumah dari rumah, malam harinya aku ke Bukit Jelutong menghadiri majlis penukaran tali pinggang Taekwando anak dan malam semalam ke konvokesyen anak dari 8 ke 11.30 pm. Peluang berjumpa pasti memerlukan kandungan sembang yang banyak kerana kita kena pastikan sekitar kita tidak terlalu diam dan serious. Aku perhatikan banyak ibubapa yang terlalu serious dan susah hendak senyum. Kalau bercakap hanya keluar ya, tidak dan senyum suruh orang faham. Aku rasa2 mereka kat rumah mungkin begitu dan mengharapkan anak2 faham tentang arahan menggunakan mata - jeling dan jeling sampai takut.
Ibubapa dengan anak2 tidak perlu selalu serious kerana banyak pertanyaan anak hendaklah dijawab dengan tepat dan kadang2 penuh dengan humor. Anak aku akan menyuruh banyak benda untuk aku buat - susu, tolong koyakkan plastik, nak dukung dan tolong belikan makanan. Dan selalu ketika kita sibuk ketika itulah arahan mereka datang. "Ayah tolong bukak mamee ni" Aku akan memberitahu aku tengah sibuk dan menambah cuma kaki sahaja yang boleh membantu sekarang. Anak aku akan menyelitkan plastik itu ke kaki aku sambil ketawa.
Bila serious aku perhatikan memang anak2 juga ikut serious. Kurangkan sikit stress kerana dalam keluarga yang terlalu serious, arahan dibuat seolah2 menyuruh dan suruhan memang memedihkan. Nasihat aku kalau untuk kurangkan stress dan tambahkan humor dalam keluarga buatlah satu benda. Buat lawak agar keluarga tahu bergurau. Cuba kentut ketika semua tengah serious bersama dan mulakan sembang dengan kentut juga. Kalau tidak ada tindak balas memang keluarga ini serious.
No comments:
Post a Comment