Masa aku kecil2, cerita apes ini memang menjadi bualan anak2. Sesiapa yang tidak menonton pasti mendengar terlopong dengan semangat Beruk ini. Beruk2 pandai bercakap, berperang dan sedih boleh membuat orang ikut sedih. Tajuk cerita "Planet of the Apes". Semalam aku menonton cerita terbaru pasal Apes ini lakonan James Franco dan Freida Pinto. Lakonan yang sekadar boleh diterima kerana James Franco nampak tak layak nak jadi doktor hebat tetapi lebih kepada penjaga ZOO sahaja. Cerita bermula bila beruk/monyet ini disuntik dengan sesuatu untuk jadi pandai. Ibu monyet sebenarnya telah menyuntik anak beruknya sendiri. Projek itu dibatalkan kerana keganasan monyet yang akhirnya diketahui ia hanya mahu memastikan anaknya selamat. Dan besarlah monyet itu dalam keadaan yang bijak. Cerita yang penuh dengan keganasan monyet. Helicopter pun boleh jatuh dengan keganasan moyet ini. Cerita yang boleh layan bersama anak2 dan bercerita tentang kasih sayang.
No comments:
Post a Comment