Pening memikirkan strategi mengurangkan pengunaan kad kredit. Apa yang boleh dibuat dengan 2 kali gaji kredit limit. Mengikut rekod setiap hari 41 orang akan jadi bankrap sebab kad kredit. RM24 billion dalam ekonomi adalah hutang kad kredit. Kita tak diajar bagaimana hendak pakai dan sekarang diminta kurangkan sehingga 2 kali gaji sahaja. Bila masuk supermarket, orang2 Bank datang mempromosi dengan hanya tunjuk kad lama kita boleh tambah kad baru. Tak susah dan kadang2 kita setuju tandatangan sahaja dapat hadiah kereta budak2 pakai bateri. Satu masa dulu siapa pakai kad kredit kena bayar kadar minima sebanyak 25% dari apa yang dipakai. Bila masuk ekonomi meleset tahun 1997/98, Che Det turunkan 5% je bayaran sebab kalau tidak, mungkin banyak orang lagi yang bankrap. Setelah sekian lama, kerajaan nak tukar strategi setelah masalah sudah bertimbun. Sekarang semua pemegang kad bergaji bawah RM36,000 setahun atau RM3,000 sebulan hanya dibenarkan mempunyai 2 kad kredit atau kadar limit RM6,000 setiap satu. perubahan yang drastik ini, boleh memeningkan mat2 skema dan gadis2 telefon pintar. Gaji sekitar RM1,800 setelah habis belajar Universiti dan mempunyai 3 kad kredit - satu untuk minyak, satu untuk bersosial dan satu untuk bershopping. Pembayaran PTPTN pulak sudah mula mengigit gaji bulanan. Pening jadi anak muda sekarang. AKPK pun menawarkan diri untuk tolong tapi bukan bagi duit tetapi hanya nasihat dan berbincang dengan bank. Apa risiko bila bersetuju buat bayaran? Rekod nak meminjam terus buruk selagi tak bayar habis. Pinjaman baru tidak boleh dibuat. Cuma Along bersedia membantu.
No comments:
Post a Comment