Dengan semangat hendak mengetahui banyak cerita tentang Canada, aku tengok cerita Canada. Cerita tentang 5 orang anak muda yang baru balik dari kenduri kawin di Canada cuba melepasi sempadan Canada ke Amerika. Pihak kastam telah menahan mereka dan menjumpai marijuana (ganja) di dalam kereta. Dengan semangat Guatanamou yang Amerika mahu tutup, 2 orang kastam ini telah menahan kelima2 anak muda itu dan melibatkan mereka dengan terorris. Penyiksaan yang dibuat tidak sampai ke macam filem benar "The Road to Guatanamo" tapi sekurang2nya dapat melihat cara orang yang menyiksa orang berfikir. Entah kenapa cerita ini juga tentang anak muda yang mahu melihat kawan kawin di Pakistan dan telah di tahan di Afganistan. Macam tiru je. Keganasan tidak sampai menutup mata dan boleh layan dan 2 / 3 scene pelakon buka baju. Tetapi pada satu scene penonton pasti menutup mata sebentar kerana teknik lampu digunakan seperti cerita "Babel" digunakan iaitu suasana bisu diberhentikan dan diselangi dengan cahaya lampu. Tengok lama2 boleh pening. Ini pun tiru. Cerita yang boleh layan kalau minat. Jom pergi Canada.
No comments:
Post a Comment