Pekida dan Perkasa sepatutnya sudah melepaskan tumbukan kepada Professor seorang ini. Adakah patut dia kata Hang Tuah lima bersaudara itu adalah mitos. Ini bukan masalah cerita betul atau benar tetapi menjadi mitos itu menjadi masalahnya. Professor Khoo Kay Kim bukan calang2 ahli sejarah. Cuma berapa jauh sejarah yang perlu orang Malaysia ketahui itu menjadi isu utama. Beberapa bulan dahulu, Mat Sabu mengangkat cerita tentang Mat Indera sebagai hero juga mendapat tempelak dari kumpulan yang sama. Berapa jauh sejarah yang boleh diubah. Berapa banyak orang tua yang boleh ditanya perihal cerita tahun 1900 atau 1950. Cerita Mat Indera dan cerita Hang Tuah mempunyai perbezaan tahun yang amat jauh. Dan apabila cerita Mat Indera ini dibuka, Zainal Kling pula mengatakan kita tidak pernah dijajah oleh Inggeris. Cerita Portugis menawan Melaka itu mitos atau benar. Tun Sri Lanang bercerita tentang zaman kemegahan Melaka dan bahasa Melayu menjadi lingua franca waktu itu. Semua ini rekaan atau Tun Sri Lanang (yang pasti tiada siapa yang anugerah Tun pada seorang ini) juga adalah mitos. Semangat Jebat dan kesetiaan Hang Tuah diperkatakan sehingga ayat paling popular disebut "Tak Melayu Hilang di Dunia" sepatutnya dicanai dicari dibuktikan ayat siapa. Masalah ini timbul bila tiada yang pertikaikan sejarah sejak ia wujud dalam cerita2 pelipurlara (tukang gebang cerita sebelum tidur anak2). Ketidakikhlasan menulis sejarah atau berpihak2 mungkin melahirkan cerita2 mitos untuk keseronokan dan kelansungan bangsa. Diberikan suatu forum berbincang tentang sejarah secara lansung dan diperbetulkan dengan kehadiran orang2 yang mengetahui tentang keadaan atau masa kejadian berlaku. Contoh ketika krisis 13/5/1969 beberapa versi dihuraikan - pihak kerajaan menceritakan bahagian mereka, pihak pembangkang menulis cerita mereka, beberapa orang menulis juga cerita versi mereka. Ini hanya berlaku 40 tahun dahulu dan cerita yang berbagai ini mengelirukan. Ada pihak yang tidak mahu cerita sebenar diberitahu. Ada pihak mereka2 cerita. Pembaca macam aku membaham segalanya. Dalam masa 20 atau 30 tahun lagi, segala versi ini adalah dipertikaikan kerana ketidakikhlasnya menulis cerita. Macam cerita 'Combat' Vic Morrow asyik menang sahaja.
No comments:
Post a Comment