Cuti panjang 2 hari dan tahun baru hanya melayan kerenah anak2. Seorang sudah hendak bersekolah dan adik yang ashik bertanya tak sudah. "Abang, hendak sekolah kat mana? Kenapa abang ada baju banyak? Kenapa abang sekolah agama? Kenapa abang banyak sekolah? Kenapa abang banyak buku? Kenapa abang banyak beg? Melayan lah aku dengan soalan2 yang abangnya sendiri tak tahu nak jawab.
Aku melayan cerita satu ini kerana penat melayan soalan anak2. Semua tidur penat dan aku menonton cerita sambil berfikir tentang cerita ini. Cerita tentang sebuah restauran yang akan diambil secara tidak baik kerana pergaduhan adik beradik tetapi diselamatkan oleh emak mereka (yang dari mula sampai habis kena urut dengan orang Negro je). Mereka diminta berlawan memasak sesuatu yang paling sedap dalam satu pertandingan memasak dan Namawee sebagai Hero Huang adalah seorang yang boleh dijangka perbuatannya.
Cerita yang sekadar ok tetapi beberapa ketika cerita ini adalah merujuk sesuatu yang berlaku benar di luar seperti ketika menunjukkan lelaki dan wanita masuk ke bilik dengan komputer di atas katil (sama macam cerita seorang ahli politik paling kanan dan masih berkuasa sekarang). Cerita tentang tingkap kereta nasional yang tidak boleh dibuka (sekarang Proton bagi jaminan 10 tahun).
Cerita yang sangat penuh dengan rasis keturunan Cina, India dan Melayu. Boleh tonton dan rasa2 hanya orang Malaysia yang tersangat faham cerita dan memerlukan orang Malaysia yang agak terbuka untuk menonton.
No comments:
Post a Comment