Baru aku tahu kenapa ibubapa kena risau bila anak kali pertama pergi ke sekolah. Pagi anak aku perlu ke Sekolah Agama, singgah atau transit di Taska dan petang bersekolah Kebangsaan.
Senario 1
Pagi2 aku hantar anak yang akan bersekolah Agama bermula pukul 7.30 am hingga 10.30 am. Van Sekolah akan sampai pada pukul 10.30 am dan menunggu anak aku di sekolah Agama. Van sekolah ini bukan ada satu malah ada 2 tiga warna. Tertukar van maka anak kita akan tertukar tempat untuk ke sekolah petangnya.
Senario 2
Setelah mandi dan makan, dia akan bersiap untuk ke sekolah Kebangsaan pula. Van akan datang. Kena pastikan dia naik van yang betul dan sampai dengan selamatnya.
Senario 3
Pada waktu rehat sekitar jam 3 petang, murid2 akan turun dan berebut2 untuk membeli makanan. Ibubapa perlu segera mengajar anak cara membeli, menggunakan duit, mendapat pulangan duit dan duduk makan dengan tertib. Jika tidak melihat mungkin anak akan berdiri tegak tanpa membeli atau membeli entah apa2.
Senario 4
Bila habis sekolah, murid2 akan dipantau di luar sekolah untuk mengambil van sekolah. Dan inilah trauma yang aku suami isteri hadapi kerana van yang hadir terlalu banyak dan kanak2 yang tidak dipantau akan naik mana2 van dan ini agak menakutkan. Hari pertama sekolah anak aku menurut kata polis yang jaga lalu lintas untuk menyemberangi jalan dan ketika itu van berada di sebelah pintu sekolah sahaja. Untuk melintas kembali memerlukan kemahiran yang amat cekap kerana melintas pertama dipantau, melintas kembali akan dimarahi. Maka anak aku menangis tidak dapat seberang jalan.
Ibubapa kena hadir menonton perangai anak dan jangan menunjuk muka untuk memberi pelajaran kepada anak2 kerana jika tidak anak2 yang memerlukan kita sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment