Yang selalu jengok

Friday, January 6, 2012

CACAT AKAL

Patutlah Dunia ini meriah.  Manusia menonton cerekarama, drama, filem dengan berbagai cerita - ibu tiri jahat, menantu jahat, mertua kejam, pekerja jahat, gangster, mat rempit, bela hantu, khurafat dan seksi sepanjang masa.  Memang dunia adil dan rupa2nya itu yang berlaku secara realistik di luar cerekarama, drama dan filem.  Kita baca orang buang anak, orang kurung anak, orang pukul anak, orang kaya tak sedar diri, rasuah, menyamun, menculik dan curi seluar dalam perempuan.  Kenapa tidak semua orang baik, sopan santun, menderma tak henti2, tolong angkat kain rumah orang sebelah bila hujan bukan tolong angkat terus simpan, siramkan pokok orang bila matahari terik sangat dan jiran2 selalu ajak makan bila nampak kita balik lewat tak sempat masak.  Kenapa bila kita sibuk hantar anak2 ke sekolah, syarikat tempat kita kerja dengki tak mahu bagi kita cuti?  Kenapa bila kita tidak ada duit, tidak ada bank talifon nak bagi pinjam? Kenapa bila kita tak cukup duit nak beli baju sekolah anak, tak ada orang yang membantu depan kedai bagi kita duit?  Kadang2 ada yang baik menghulur kad sahaja - Pinjaman Tanpa Penjamin.  Berapa kali kita tengah makan, lalu menjelma budak2 tak berapa gelap minta duit cakap tak makan.  Kalau kita tak beri mungkin mereka tak makan.  Tapi kalau kita beri, mereka juga tak makan.  Mereka akan pergi ke meja lain.  Cerita yang sama berulang.

Tak akan ada semua baik.  Ada yang bunuh orang, ada bawa kereta laju, ada yang curi tulang, ada yang dapat gaji tinggi tapi duduk sahaja, ada yang kerja keras tapi gaji hanya cukup bayar sewa rumah.  Ada yang sedih selalu.  Ada yang gembira selalu.  Ada yang tak ada apa2.  Ada yang apa2 ada tapi tak boleh buat apa2.  Aku selalu ajar diri bersangka baik tapi dalam keadaan yang negatif. Kalau orang potong kereta aku terburu2, aku akan kata mungkin dia hendak ke tandas, Kalau ada orang yang memotong ketika aku berbaris, mungkin bini dia hendak beranak sekarang.  

Adil tak dunia ini? Yang kaya akan dapat apa sahaja.  Pernah seorang kaya beritahu aku, dia beli kereta mesti dapat diskaun sampai 30% walaupun harga dah tetap.  Kalau Bank pula akan beri kadar faedah pinjaman paling rendah pada orang kaya.  Bercuti bila2 sahaja dan kemana2.  Tapi bila membeli belah sudah tak rasa nikmat.  Rasa2 semua dah ada, rasa2 tak perlu beli baju lagi, rasa2 beg sudah cukup banyak, rasa2 kasut sudah penuh sealmari, rasa2 cuti hanya cuti sahaja, tidak timbul nikmat.  Adil tak? Cuba bagi Mak Cik Melah bercuti ke Indonesia, Bandung ke, pasti membeli belah menjadi lelehan air liur setiap malam 2 minggu sebelum pergi.  Ini adil namanya.  Duit dikumpul, kurangkan makan, tak membeli belah 3 bulan sebelum untuk pergi ke Indonesia.  Nikmat membeli belah lain sangat pada Kak Melah tu.

Adil ke dunia ini? Menantu macam hantu dan mertua kejam tak kena tempat. Ada sahaja yang tidak puas hati, tengok menantu tidur dikatakan tidur sepanjang masa.  Tenung semacam menantu tukar kereta besar, dikatakan pula menipu orang.  Lepas kawin mertua lansung tak dijengok pun ada.  Kahwin hanya ingin bersama kekasih, lansung tak kisah tentang keluarga mertua.  Cukup masa mertua pun tua, anak cucu tak mahu datang.  Cukup masa menantu sedar diri, mertua dah tak suka.  Adilkan!

Tapi bila ada orang yang tak berhenti2 menukar baju, pakai sekali sudah tak mahu pakai.  Beli kasut macam beli sarapan, kasut dah penuh satu bilik masih tak berhenti membeli.  Beli beg macam2 jenis.  Beli apa sahaja terlebih2.  Jadi jahat tak berhenti2.  Merompak lepas tu merogol dan mencuri tidak berhenti2. Bagi aku, ini adalah GILA dan sebenarnya orang gila kira orang istimewa (CACAT AKAL). 


No comments:

Post a Comment