Maka penganugerahan duit BR1M pun bermula semalam. Dan diberitahu juga borang masih boleh dihantar sehingga 10 Februari nanti. Duit sebanyak RM2.6 billion semacam pasti sampai ke rakyat. Bagaimana duit ini boleh membantu dalam pergerakan ekonomi. Kerajaan mengeluarkan voucher yang diberikan untuk menunjukkan keperihatinan dan duit ini ditunaikan di bank2 terpilih. Ini adalah pergerakan penciptaan credit seperti yang aku ceritakan dalam post2 terdahulu. Duit tak ada tapi diberi voucher untuk ditukarkan. Kalau di Korea semasa ekonomi meleset dulu, semua rakyat diberikan voucher sekitar RM3000 untuk berbelanja di kedai2 kerajaan maka ekonomi akan bergerak pantas bila voucher itu berubah tunai. Syarikat yang membekal barangan pasti mendapat limpahan yang banyak dari ini. Sepatutnya duit sebanyak RM500 ini tidak diberikan kepada orang yang bergaji dibawah RM3000 sahaja. Ia hendaklah diluaskan kepada semua orang yang bekerja hatta yang bergaji RM1 juta sebulan. Mungkin duit ini tidak nampak kepada mereka yang kaya tetapi penggunaan duit ini lebih meluas. Cuba kita lihat orang yang miskin berbelanja di mana. Yang pasti mereka tidak akan membuang duit untuk naik teksi pergi ke Sogo atau menonton cerita KL Gangster atau makan di KLCC di kedai satu2 Kelantan di KLCC itu. Dengan memperluaskan penggunaan RM500 kepada semua orang maka penggunaan RM500 akan merebak ke seluruh ekonomi tanpa disuruh. Mengharapkan orang yang miskin untuk berbelanja mewah mungkin pergerakan ekonomi bergerak perlahan. Pengguna yang tegar membeli belah lebih tahu cara paling mudah untuk menghabiskan RM500 secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment