Yang selalu jengok

Saturday, December 31, 2011

Sepanjang 2011

Sudah tiada
Berita penting sepanjang 2011.  Video lucah ditayang secara percuma di Carcosa Negara oleh Datuk T.  Pelakon utama boncit diberitahu sebagai ketua pembangkang dan wanita cina.  Sharizat sinsing lengan dan selak kain bila cerita lembu dalam kondo. Mufti Tan Sri Harunsani ditanya tentang tarian poco2. Tricubes dapat project email 1 Malaysia kecoh.  Seorang lagi jatuh di SPRM Kampung Pandan.  Kelat Taat Suami bikin kecoh bila suruh isteri layan suami macam pelacur kelas satu.  Anak Mat Taib diminta bayar duit pencarian kepada bekas isteri sebanyak RM400 juta.  Kecoh bila Professor Zainal Kling kata Malaysia tidak pernah dijajah oleh British.  Mat Sabu jatuh ketika Bersih 2.  Mat Sabu jadi hebat bila cerita tentang komunis Mat Indera.  Khir Toyo pertahan prinsip Jawa dengan memberitahu mahkamah bahawa rumah bangalow adalah berkonsep Jawa.  Kedai rakyat 1 Malaysia ada beberapa produk kena diselidik.  Kecoh di Kazakhtan tentang anak PM bertunang.  Hosni Mubarak jatuh, Muamar Gadaffi dibunuh dan Kim Jong Il mati sakit.  Aku tukar kereta.  Anak penyeri rumah baru - Muhammad Aniq Zaheen dan bercuti ke Jakarta.

Thursday, December 29, 2011

Hari Suai Kenal (Orentasi)


Berdebar2 ibubapa bukan anak2

Sekarang pendidikan sudah bermacam, kalau ibubapa tidak mengikuti dengan rapat pendidikan anak2 kemungkinan ibubapa yang akan ditertawa oleh anak2.  Hari ini aku dan isteri menghantar anak untuk hari suai kenal di sekolah untuk Tahun 1 pukul 8 pagi.  Sebelum sampai ke pintu pagar sekolah, sebuah motor berhenti mengejut dan membuka topi keledar.  "Hari ini dah start sekolah ke bang" Aku senyum dah memberitahu tidak dan ini hanya hari suai kenal untuk Tahun 1.  "Saya hari Sabtu ini baru nak register, boleh lagi tak?".  Saya pelik dengan soalan itu.  Saya memberitahu anak2 hendaklah didaftar awal hatta bermula tahun 2010 lagi.  "Saya tak kisah bang, adik beradik dia semua sekolah sini, hari Sabtu nanti saya registerlah"

Nabil yang paling hadapan
Kami pun masuk ke sekolah terus ke papan kenyataan melihat senarai nama mengikut kelas.  Setelah anak2 murid diasingkan mengikut kelas mereka akan diwar2kan tentang tandas, kantin dan akan mengambil peperiksana Diagnostik Bahasa Malaysia dan Matematik.  Peperiksaan yang akan menentukan kelas dan cara mengajar guru2 kepada murid.  Ibubapa pula diasingkan dari murid2 ke dalam dewan untuk mendengar taklimat dari Pengetua dan beberapa guru.

Taklimat dari Pengetua menceritakan tentang teknik permarkahan yang tidak menentukan peratusan lagi cuma berdasarkan 6 band - Tahu, Tahu dan Faham, Tahu, Faham dan Boleh Buat, Tahu, Faham, Boleh Buat dan Dengan Beradab. Tahu, Faham, Boleh Buat, Dengan Beradab dan Terpuji dan peringkat tertinggi adalah Tahu, Faham, Boleh Buat, Dengan Beradab, Terpuji dan Ehsan.  Dan segala keputusan ini disambung terus dengan internet terus ke Kementerian Pendidikan.  Ibubapa tidak akan tertipu lagi dengan sain sendiri anak2 atau pengubahsuaian ke atas markah. Pengetua itu juga memberitahu bahawa pada bulan Mac nanti satu peperiksaan untuk Tahun 1 akan dibuat untuk penentuan kemasukan kepada program Linus (Program Literasi dan Numerasi) atau ke kelas perdana.  Jika gagal anak murid untuk melepasi peperiksaan itu maka anak murid itu akan ke program Linus.  Ibubapa kena faham program ini.

Taklimat ke 2 tentang J-Qaf.  tercengang2 aku tentang pendidikan J-Qaf ini.  Bunyi macam tudung pun ada. Ia adalah Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain.  Ia bukan tambahan mata pelajaran. Jangan risau, ia adalah satu penekanan diberikan untuk anak2 murid tentang pendidikan Islam seperti mengkhatam Al Quran, berbahasa Arab Komunikasi dan pandai bersolat. 

Guru disiplin pun berucap tentang disiplin.  Tapi bab ini aku tak berapa nak dengar sangat.  Sebab pening memikirkan konsep2 pendidikan baru dan nampak sangat ketinggalan untuk mengajar anak benda2 baru.  Keseluruhan masa dalam penerangan dan suai kenal murid2 adalah sekitar 4 jam dan berakhir pada pukul 12 tengahari tadi. 

Tuesday, December 27, 2011

Azmi Shahrom - Catatan Pengingat Buat Kawan dan Lawan

Salah satu cara mendapat ilmu adalah dengan membaca.  Membaca dan mendapat ilmu adalah perkara yang berbeza.  Ada yang membaca novel2 cinta untuk mendapat semangat bukan ilmu.  Ada yang membaca hanya untuk buang masa.  Ada yang membaca hanya kerana orang suruh dia baca.  Ada yang membaca hanya surat khabar tetapi mengambil manafaat dari akhbar untuk belajar. 

Semalam setelah berhempas pulas bekerja apabila orang lain tidak bekerja (cuti Krismas), kepala aku sesak dan perlu dijentik berfikir.  Singgah kedai buku dan beli buku tulisan Azmi Shahrom, pensyarah undang2 di Universiti Malaya.  Buku yang terbahagi kepada beberapa bahagian ini adalah koleksi dari tulisan2 beliau yang keluar dalam The Star dan blog Malaysia Today.  Catatan peringatan ini terbahagi dengan Undang2, Perkauman, Demokrasi, Ahli Politik dan Partinya, Kebebasan, Dasar Negara dan Universiti.  Tulisan semua ini adalah dalam bahasa Inggeris dan dialih bahasa.  Kepujian boleh diberi kerana aku boleh faham semuanya.

Aku memang mengikuti tulisan Azmi ini dalam The Star - Brave New World.  Rupanya baca di dalam bahasa Inggeris memungkinkan ia lebih melekat dari bahasa Malaysia.  Tetapi tidak bermakna tulisan alih bahasa tidak mencengkam jiwa kerana seperti menonton cerita CSI dalam bahasa Melayu.  Nampak faham tapi tak menusuk.

Bacalah buku ini untuk menambah ilmu bukan kerana berpihak pada sesiapa dan cari kebenaran atas tulisan dari Pengingat Kawan dan Lawan.

Monday, December 26, 2011

Syabas UNIT AMAL PAS

Kalau bercerita tentang pasukan sukarela, maka Unit Amal PAS bagi aku paling terkedepan.  Berbagai bentuk sukarela yang dibuat mereka.  Mereka akan dipukul dulu, disembur air dulu, mereka paling awal dibelasah, mereka menjaga lalu lintas hatta ketika kenduri lagi dan mereka sukarela berbuat begitu.  Mereka tidak meminta2 peruntukan, mereka tidak mohon tanah, mereka tidak sedikit pun berkira atau mencongak2 menjadi kaya. 
Unit Amal berwarna Merah adalah paling kedepan
Aku bercerita bukan untuk berpihak2 tetapi teringat bercerita tentang satu cerita kawan yang meninggal dunia selepas menghantar jenazah ke Kuala Krai pada 19/12/2011 dulu.  Allahyarham Zaini Tamsir 42 dan Saffi Sajat 61 meninggal dunia kerana kenderaan jenazah tidak terkawal dan jatuh ke dalam longkang.  Kejadian ini dirakam di Sinar Harian pada hari Selasa 20/12/2011 'Ajal dalam Van Jenazah'.  Peristiwa berlaku di Raub Pahang dan perlu dihantar ke Kg Melayu Subang.  Dalam van yang sama anak Zaini Tamsir dan seorang kawan. 

keadaan van jenazah
Kerana dua2 arwah mengelolakan hal kematian, ramai yang hadir ketika jenazah tiba pada pukul 10.45 pm di Kg Melayu Subang.  Ahli kariah Kg Melayu Subang tanpa berlengah telah memanggil Unit Amal untuk menyelenggarakan jenazah.  Ini dilakukan dengan pantas dan disembahyangkan dan dikebumikan pada malam yang sama.  Pada masa yang sama, Unit Amal Selangor telah memberitahu Unit Amal di Raub untuk menjaga 2 orang yang cedera di Hospital Raub.  Mereka bukan sahaja menjaga mereka dengan baik malah telah bersusah payah menghantar ke Kg Melayu Subang tanpa diminta.  Kelam kabut saudara mara terubat dengan tindakan Unit Amal Raub ini.


Kita hendaklah berbaik sesama saudara dan bagi aku Unit Amal adalah salah satu pasukan sukarela yang paling ajaib bentuknya.  Pergilah kita kemana sahaja di dalam Malaysia, maka Unit Amal akan berbakti sama seperti sudah ada prosedur/manual yang diikut. Khidmat mereka sudah sampai ke Palestin walaupun tiada yang bercerita tentang mereka.  Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa Unit Amal yang orang tidak ketahuan ini kecuali Parti Islam SeMalaysia.

Jurucakap Bertunang

Menjadi jurucakap menerima rombongan tunangan atau meminang orang mesti seorang yang bijak bermain kata. Bukan senang menghadapi adat meminang seseorang kalau tidak diterima apatah lagi menunggu untuk menolak.  Berbagai bentuk rombongan perlu diterima.  Ada yang datang bawa duit hantaran separuh untuk meminang, ada yang datang bawa cincin sahaja, ada yang bawa telefon pintar sahaja, ada yang rombongan kecil, ada yang datang satu bas.
Anak itik terenang-renang,
Anak ayam mencari padi;
Hari ini kita bertunang,
Tahun hadapan suami isteri
Semalam 25/12/2011 Pak Ndak aku membuat majlis meminang dan bertunang.  Sepatutnya berlaku di Perak tetapi Pak Ndak aku bijak membuat percaturan untuk mengurangkan kos pihak lelaki dari pontian Johor dengan membuat dirumah anaknya di Port Dickson.  Bercutilah kami sambil majlis pertunangan.  Pak Ndak aku juga sudah menyewa satu apartment untuk beberapa keluarga kami.  Mengikut Pak Ndak, adik ipar dia akan menerima rombongan dan peminangan dan latihan pun sudah dibuat semalam.

Rombongan pun sampai.  Berarak lah mereka menuju rumah dan majlis akan bermula bila2 masa.  Pak Ndak aku sudah masuk ke dalam memanggil semua lelaki masuk. "Awak la cakap" berbisik adik ipar dia pada saya. "Eh, kata semalam dah berlatih". Dia menyambung lagi "Aku bujang, kau la cakap".  Alamak hati2 berdebar sambil bergerak ke dalam rumah.  Pak Jang aku juga tidak bersedia untuk bercakap.  Semua pandang2 sesama sendiri sambil senyum.  Aku duduk diam senyum juga tapi kelat.

Rombongan lelaki pun mula memberi salam.  Orang muda juga yang bercakap.  Sambil tersenyum2 berkata mereka pun bidan terjun.  Dan meringkaskan segalanya sambil 2 orang rombongan berkata serentak.  Dan majlis berjalan lancar kerana rasa2 pihak kami lebih bersedia.  Jangan susahkan masa rundingan bertunang.  Orang yang hendak berkahwin sudah lama kenal mengenal - baik diri sendiri dan ibubapa mereka.  Jangan letakkan syarat berbagai kerana majlis ini majlis mereka - biarlah lancar tanpa pantun memantun.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pak Ndak - Jaafar Mat



Friday, December 23, 2011

PMR 2011

Dan semalam keputusan PMR dikeluarkan.  Keputusan menakjubkan.  Seramai 34,271 pelajar mendapat 8A semua pelajaran dan ini menunjukkan kenaikan 0.75% lebih baik dari tahun lepas.  Sekolah2 yang diberitahu Sekolah Berprestasi Tinggi mencapai lebih dari 90% 8A memang boleh dibanggakan kerana ia berprestasi tinggi.  Ada bapa yang bangga sehingga menghadiahkan kereta, basikal, komputer, telefon gengam pintar, PDA, gameboy, seluar jeans, T Shirt, percutian ke Korea, PSP2, percutian ke Tambun Lost World dan RM200 untuk bersuka ria.  Siapa ibubapa yang tidak bangga dengan keputusan anak? Jangan berhentikan hayalan anak untuk berjaya.  Biar mereka bermimpi untuk berjaya lagi pada SPM.  Yang kurang A, bermimpi untuk berjaya nanti pada SPM. Bermimpi lah. Bermimpi itu percuma, berkhayal itu padah, berikhtiar itu mesti, berdoa dan bertawakal itu wajib. 

Wednesday, December 21, 2011

Politik Meludah


 Entahlah bagaimana nak komen.  No komen je la.




Hari ini Dalam Sejarah 

Hari ini video nak ludah keluar, esok jawapan kepada ludah dah keluar.  Media alternative memang jawapan yang paling indah dan menyeronokan.


Kenali Sekolah Sekarang


sekadar hiasan

Bagaimana hendak memilih sekolah yang baik untuk anak2.  Habis aku bing, google dan yahoo mencari maklumat dan keluarlah berbagai bentuk sekolah dan boleh dipilih.  Yang terbaik adalah sekolah yang dekat dengan rumah pastinya. Aku pun cari sambil berfikir.  Satu Sekolah Berprestasi Tinggi - tanpa prejudis aku rasa seperti pakai minyak Petronas - Ron 97 berprestasi tinggi.  Dua Sekolah Kluster - mesti ada pergabungan dengan sesuatu - sukan atau musik.  Tiga Sekolah Bestari - mungkin tahun1 susah sikit hendak bezakan kepandaian kerana pemilihan terpaksa dibuat.  Empat Sekolah Wawasan - ini mesti gabung Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan orang Asli. Lima Sekolah Premier - biasa yang aku tahu premier ini adalah seperti kredit kad - terpilih/tersendiri/sombong/bongkak. Enam Sekolah Pintar - saudara rapat dengan Sekolah Bestari dan sekolah ini seperti telefon pintar - canggih, beremail, selalu SMS dan belajar dengan chat sahaja.  Tujuh Sekolah Amanah - yang paling aku tidak ketahuan dan cuma boleh teka iaitu seperti unit amanah - bukan hanya mencari untung secepat mungkin tetapi berterusan.

Hari Suai Kenal Sekolah

Pelajar Tahun 1 (2012)
Aku akan membawa anak aku untuk hari suai kenal Sekolah Kebangsaan di Taman Bukit Subang pada 29/12/2011 nanti.  Berbagai lintasan perasaan yang berbeza di hati.  Perlukan ibubapa hadir bersama atau perlukan anak diteman sepanjang hari?  Perasaan terfikir kerana anak aku lelaki dan sudah 6 tahun dihantar ke taska dan tadika.  Tahu bagaimana ibubapa bekerja, pandai bermain, bergaduh, belajar jadi pandai sudah menjadi rutin harian budak ini.  Tambahan  pendidikan taekwando, komputer dan mengaji Al Quran juga sudah diberi.  Masihkah perlu aku hadir ke sekolah melihat budak2 lain menangis melihat ibubapa di tingkap?  Terfikir lagi tentang rutin baru yang berubah, aku rasa perlu sangat hadir memberi ingatan pada anak.  Membeli menggunakan duit, menerima duit lebihan dan membeli apa yang patut adalah sebab utama aku kena hadir. Perjalanan pergi balik dengan van sekolah, dari rumah ke sekolah agama, sekolah agama ke tempat persinggahan dan ke sekolah kebangsaan memerlukan pemerhatian pemandu van yang teliti and aku menyaksikan perjalanan ini betul.  Perasaan ibubapa ini jangan dicampur dengan tragedi anak menangis hari pertama sekolah.  Mood gembira hendaklah disemai setahun sebelum sekolah dan diperingat ketika membeli baju2 sekolah.  Selamat menghantar anak ke sekolah untuk tahun 1. 

Tuesday, December 20, 2011

Monday, December 19, 2011

The Ides of March

Politik kotor berlaku dimana2.  Tetapi keterbukaan berkempen, mengumpul dana, pembunuhan karektor, melobi dan tikam belakang di Amerika dicemburui oleh dunia demokrasi yang lainnya.  Mereka bebas mengutuk dan mencela hanya untuk naik.  Keterbukaan berkempen boleh dilihat apabila President yang dinantikan mesti pandai berdebat, memberi hujah dan menjual idea parti sendiri.  Cerita tentang calon Republikan di Amerika bertembung untuk mendapat percalonan terbanyak menjadi President Amerika.  Penulis teks ucapan mesti seorang yang pandai dalam serba serbi dan mesti pandai menggunakan keadaan untuk memperlihatkan calon mereka lebih bagus.  Cerita sebegini lebih kurang seperti filem Wag the Dog lakonan Robert De Niro dulu.  Filem arahan Goerge Clooney memberikan persekitaran kekeliruan 'twist' yang tidak sehebat cerita Wag the Dog tetapi cukup untuk berdiri sebagai satu filem politik yang boleh diingati.  Ryan Gosling memberi lakonan terbaik dan paling diingati adalah gabungan pelakon yang hebat disatukan dalam filem ini seperti Philip Seymour Hoffman, George Clooney, Paul Giamatti dan Marisa Tomei.  The Ides of March bermaksud tarikh ketika Julies Ceaser telah dibunuh di dalam Rumah Senate oleh kumpulan yang berkonspirator diketuai oleh Brutus dan Longinus.

Saturday, December 17, 2011

Naik Bajak di Indonesia

"Sini korupsinye Pak tahap dewa.  Makanya kalau mau idup di sini duit, duit, duit".  Ayat ini dicerita oleh pemandu bajak (motor taksi Jakarta).  "Jalan bertol itu, akan macet kalau tidak diberi duit.  Jalan segede itu dikecilkan jadi satu, kalau tidak dibayar - macet terus".  Aku bercerita lagi tentang Malaysia yang rating untuk rasuah sudah melampaui Indonesia kerana profil2 tinggi yang masih belum selesai. "Iya Pak, tapi disini sudah seperti tunggu kiamat baru abis.  Bertukarlah Bapak Presiden, korupsi masih diteruskan. Polisinya, Wali Kotanya, Bapak Menteri semuanya hanya lakunan." 

Aku masih mendengar setia. "Baru2 ini, seorang pelajar tewas di depan Istana - bakar diri, pasal korupsi" Aku mengiyakan kerana cerita pelajar bernama Sondang memang hari2 dimainkan di TV utama Indonesia. "Bapak kenal Nunun, baru ditangkap di Thailand dan dibawa ke Indonesia". Aku mengiakan kerana cerita Nunun juga pernah aku baca dalam Jakarta Post baru2 ini. "Ditunjukan berada dalam penjara gitu tapi bebas macam orang lain.  Boleh ke luar negara makanya ini korupsi Pak" Aku pernah dengar cerita tentang Tommy anak Soeharto yang duduk mewah di dalam penjara.

Perjalanan diteruskan. "Kalau mau niaga di Indonesia , mesti baik dengan Si Tommy pak.  Kalau ke bilik kecil pun polisi akan tunggu, body guard pak".  Aku diam kerana tidak mengenali si Tommy yang diceritakan.  "Kalau mau KTP (kartu pengenalan diri - IC) pun bisa diatur.  Jumpa Wali Kota, dibayar sekian ribu RP dan KTP boleh dikeluarkan".

Sampailah aku ke tempat yang dituju.  Aku menghulur RP50,000 seperti yang dijanjikan perjalanan sebanyak RP30,000.  Aku menunggu duit lebihan. Dia tersenyum lalu memberitahu tiada pulangan kerana dia perlu membayar polisi kerana melawan arus perjalanan tadi.  Aku tersenyum kerana sepanjang jalan bercerita tentang tiada keadilan tetapi dia juga melakukan ketidakadilan kepada aku. 

IN TIME

Apabila manusia semua berumur 25 tahun dan masa menjadi satu matawang yang penting untuk hidup.  Masa boleh dipinjam dan ekonomi kapitalis masih dikuasai yang kaya menjadi hidup lama tetapi yang miskin dimatikan kerana masa sudah cukup.  Justin Timberlake menjadi seorang yang berumur 25 tahun dan tinggal bersama ibunya yang hidup diberi masa satu tahun setiap tahun.  Kerana menyelamatkan seorang lelaki yang sudah kecewa hidup lebih dari 100 tahun dan masih perlu hidup sebagai 25 tahun, Justin dihadiah baki umur dan dia telah membunuh diri.  Justin sebagai Will Salas telah pergi melampaui Greenwich zone dimana orang2 kaya kapitalis tinggal.  Di sana dia mendapat meningkatkan umur sehingga 1000 tahun.  Dan bermula acara kejar mengejar seperti Bonnie and Clyde dimana Will Salas perlu dimatikan oleh penjaga masa atau polis.  Dengan semangat rakyat yang ada, Will Salas dan seorang gadis anak kapitalis telah menjadi perompak masa untuk diberikan kepada rakyat marhein.  Jadilah mereka seperti Robin Hood yang membantu orang miskin.  Idea cerita yang bagus (perihal masa) dan pergerakan cerita yang pantas.

Friday, December 16, 2011

CATCH 44

Cerita yang sebegini memang banyak dikitar semula.  Cerita diulang2 beberapa kali bagi orang faham.  Kamera yang ada banyak dihala pada satu scene diulang untuk menambah kefahaman adalah seperti penceritaan untuk setiap orang.  Bermula bila 3 orang gadis cun mahu membatalkan satu transaksi duit dan dadah.  Tanpa diketahui mereka telah diperangkap untuk dibunuh disebuah restauran.  Lakonan yang boleh diingati dalah dari Forest Whitaker kerana watak yang dibawa banyak hitamnya seperti kulit beliau sendiri.  Bruce Willis digambarkan sebagai antagonis yang memberi kerja kepada sesiapa yang mahu duit.  Jahat dan sadis.  Akhirnya semua pelakon mati.  Adegan yang paling diingati bila Forest Whitaker menjadi polis menahan kereta gadis2 3 orang itu dan menyuruh mereka menyebut nama pak cik mereka yang mahu dilawati, mereka menjawab serentak dengan menyebut Uncle Mel.

Thursday, December 15, 2011

DUFAN in Indonesia

Aku sempat menjengah Dunia Fantasi atau DUFAN di Jakarta Utara pada 12/12/2011.  Tempat beristirehat dan bersuka ria yang mungkin terbesar di Asia Tenggara.  Ia berada di Ancol Dreamland atau Taman Impian Ancol.

Kawasan ini memberi keseronokan yang semaksima mungkin pada anak2 yang tidak tahu letih.  Ada 27 permainan yang semua memeningkan ibubapa hendak melayan.  Yang kami dapat main adalah Turangga Rangga (merry go round), Kora Kora (boat swing), Baku Toki (bumper car), Istana Boneka, Poci Poci (tea cup), Rangga Rango (tilting house),  Rumah Jahil (mirror house) dan Kalila Adventure (theater animatronic).  Banyak lagi permainan yang tidak dapat kami selesaikan kerana kawasan yang terlalu luas dan tidak sesuai untuk kanak2 seperti Halilintar, Ombang Ombang, Kicir kicir, Niagara gara, Perang Bintang, Rajawali, Alap Alap, Gajah Beledung dan Bianglala.


Kami juga diberi tiket percuma untuk menyaksikan pertunjukan cahaya di sebelah Dufan dengan kos RP50,000 atau RM18 pada malam hari.  Ini terpaksa dibatalkan kerana anak2 sudah penat sepanjang hari.  Kos untuk masuk ke Dufan adalah sebanyak RP150,000 atau RM54 seorang dan pastinya kos sebanyak ini mahal untuk penduduk Indonesia sendiri menikmatinya. 

Wednesday, December 7, 2011

IBUBAPA belajar

HAHAHHAHAHAHA
Beza anak2 sekarang bila belajar di sekolah dari kita waktu dulu2.  Hatta di tadika sekali pun tahap pembelajaran tidak boleh dipermainkan.  Kita dulu belajar A untuk Ayam, budak2 sekarang A untuk Airtime.  B untuk Bola, sekarang B untuk Bluetooth, C untuk Chat, D untuk Digg, E untuk E-mail, F untuk FB, H untuk Hang, G Google dan seterusnya.

Kecekapan menarik ini sebenarnya perlu dikejar oleh ibubapa walaupun makan garam berkati2 mungkin ketidakfahaman bahasa sekarang boleh menyebabkan mereka seperti berbicara antara ayam dan itik.  Satu ketika ketika aku mahu belajar di UIA untuk mengambil Master of Economics, aku disuruh membuat pemeriksaan kesihatan secara total.  Akhirnya laporan kesihatan keluar dan menunjukkan aku Negative HIV. 

Aku balik ke rumah dan dalam keadaan sedih aku memberitahu emak bahawa aku Negative HIV sambil menunjukkan laporan kesihatan.  Emak suruh aku bersabar dan aku terus ke bilik.  Mungkin terlalu penat aku telah tertidur terus.  Terjaga lebih kurang sejam kemudian, rumah aku sudah penuh dengan saudara mara.  Suasana bising dan aku keluar bertanya emak.  Emak aku memberitahu dia telah menalifon saudara mara datang ke rumah setelah diberitahu bahawa aku Negative HIV. 

Aku terus bertambah sedih dan lari ke bilik.  Sedih...sedih. 

Monday, December 5, 2011

FRIGHT NIGHT

Colin Farrel salah seorang pelakon berkarektor.  Beliau dicalonkan untuk pelakon lelaki terbaik pada Academy Award tahun lepas.  Filem2 beliau yang aku tonton termasuk Phone Booth, The Recruit, Miami Vice dan SWAT.  Kalau tengok filem2 lama dia maka boleh disimpulkan bahawa dia adalah pelakon aksi.  Tetapi cerita yang aku tengok ini memang jauh dari panggang.  Colin Farrel jadi langsuir atau 'vampire'.  Cerita hero jadi vampire sudah banyak kali diceritakan sehinggakan Tom Cruise dan  Brad Pitt juga pernah berlakun jadi langsuir lelaki ini.  Cerita yang bergerak dari jiran yang disyaki sebagai vampire dan terus terusan membunuh dan cerita berakhir vampire dibunuh.  Saya langsung tak galakkan sesiapa menonton kerana cerita yang boleh diduga hatta 15 minit filem bermula lagi.

WANABE WINNABLE

'Winnable candidate' atau calon yang boleh menang dilihat sebagai taruhan utama pada PRU 13 nanti.  Dari hari pertama perhimpunan, cerita winnable ini dicanang supaya semua faham.  Rasa2 banyak pemimpin2 yang hadir atau wanabe = hendak jadi YB sudah memasang angan2 perihal winnable candidate ini.  Kalau ikut peraturan hukum akal, aku mengambil sikap Socrates permikir Yunani dulu.  Dia mengatakan dalam memilih seseorang untuk bersukan, maka cari orang yang paling laju larinya, cari orang yang paling pandai bermain senjata dan paling pandai menunggang kuda.  Ukuran ini dibuat seolah2 memberikan rakyat kuasa untuk memilih.  Bagaimana dengan winnable candidate dengan calon yang mendapat restu dari atas. 

Mengikut perkiraan orang2 yang hadir perhimpunan, winnable candidate masih dipilih oleh pucuk pimpinan maka tiada beza seperti politik dulu2.  Siapa yang kita rasa ada roh winnable candidate kalau belum diuji.  Ujian yang bagaimana perlu dibuat untuk menilai seseorang wanabe atau winnable. Angan2 wanabe menjadi winnable boleh menjadi wakenabeb bagi rakyat.

MURAH

Kedai Rakyat 1 Malaysia memberi kesenangan kepada orang ramai dengan harga yang murah.  Tetapi bila 13 produk2 tidak memenuhi peraturan makanan, ia menjadi terlalu mahal.  Produk2 seperti susu segar, susu pekat, kari ayam dalam tin, sos tiram, sardin dalam sos tomato, jem mangga dan jem kacang.  Jurucakap KR1M meminta pembekal menghantar produk2 mereka ke makmal untuk siasatan.  Mereka juga mengatakan bahawa tidak memenuhi peraturan makanan hanya pada label.  Ini berlaku kerana pengguna mahukan yang murah dan pembekal boleh bagi yang murah tetapi masalah ke hadapan yang mahal. 

Kenapa label yang tidak memenuhi peraturan makanan sahaja yang dilihat tetapi menasihati pembekal untuk membawa produk mereka ke makmal untuk siasatan.  Siapa yang tidak mahu untung menjadi pembekal kepada KR1M tetapi terpaksa menjual murah.  Berhati2 memilih barangan murah.
(memetik berita dari The Star 05/12/2011)

Saturday, December 3, 2011

COLOMBIANA

Cerita bermula di Bogota, bila ibu dan ayah dbunuh oleh satu kumpulan samseng lain.  Budak perempuan kecil ini lari ke Amerika dan dilatih untuk menjadi pembunuh upahan.  Cerita yang bergerak pantas dan memberikan taktik baru untuk mendapat maklumat (boeh dilihat apabila hanya dengan gambar di dalam talifon boleh mencari siapa orang itu).  Cerita ini adalah cerita dendam yang mahu disudahkan.  Boleh dibandingkan dengan Bourne Identity atau Hanna. Zoe Saldana yang tiba2 popular semasa cerita Avatar dulu memang layak menjadi Cateleya (orkid) yang cantik tetapi tidak berperi kemanusiaan.  Cerita yang ditulis oleh Luc Besson yang membawa kepada penonton cerita Taxi dan Taken.  Luc Besson sentiasa memberi kepantasan didalam kebanyakan filem2 beliau.



Hantar anak ke Asrama

Fadzli dan Shahrizal di depan - 1983
Tahun 1983 kehidupan asrama pun bermula.  Berada di pinggir Kuala Lumpur memberi impak paling banyak untuk remaja macam kami.  Aksi tahun 1983 suci budak kampung dan ia berubah dengan sekejap tanpa diundang.  Seluar sudah ketat, baju sudah bertempah, tali pinggang berkepala besi sebesar lengan menjadi pilihan, poket belakang menjadi depan, rokok dikenali, keluar merambu malam sudah menjadi jadual tetap, berkawan rapat, bergaduh mencari nama, rambut berjambul, dan hidup di kampung sekadar ingatan.  Sekarang aku budak KL.
Fadzli dan Sharizal tahun2 akhir di asrama
Jangan takut dengan perubahan anak ini.  Perubahan ini bermakna anak sudah pandai berkawan.  Anak sudah pandai mengharungi hidup.  Anak sudah pandai bergaya.  Tidak berhingus rindu pada emak.  Anak sudah pandai berkira.  Anak sudah dewasa. 


Thursday, December 1, 2011

PERHIMPUNAN kali ini


perkahwinan paling mahal 2011

Macamana sokongan rakyat pada kita sekarang?  Saya tengok perhimpunan kali ini lebih banyak gerai menjual tudung dari tahun lepas.  Urut kaki pun laku.  Ada jual sabun, barangan elektrik dan paling laku adalah talifon pandai.  Artis2 juga sudah turun menyokong kita.  Nampaknya jualan album mereka sangat laku bila kita buat perhimpunan.  Jamal Abdillah juga turun memberi sokongan dengan menyanyi secara percuma di gerai.  Acara menangkap gambar bersandar dengan puteri2 kita juga membuatkan orang beratur seperti mengeluarkan duit dari ATM. 

Artis berduyun2 datang dan kita telah memberi anugerah khas pada Lisa Surihani.  Kemungkinan anugerah kita perbanyakkan tahun hadapan untuk memastikan banyak artis terlibat.  Anugerah kepada Pengarah filem pun boleh dilakukan kerana Mamat Khalid sudah menyokong kita.  Pengacara terbaik mungkin kita boleh beri pada AC Mizal kerana sokong tak berbelah bagi.  Lagipun dia sudah dapat Dato'.  DJ Dave juga sudah lama tak keluar album, perhimpunan kali ini adalah peluang dia untuk kembali ke persada seni.  ND Lala sudah nampak beria2 untuk dapat Dato' kerana lagu2 yang bersemangat parti. 

Saya nampak perubahan dalam ucapan kali ini.  Mereka berbahas seperti tiada esoknya.  TV banyak mengambil peluang menemuduga pemuda puteri dan wanita kita.  Kita naikkan orang2 yang berpangkat Dato' untuk berucap supaya rakyat tahu yang datang perhimpunan ini memang banyak Dato'nya dari parti2 lain.

Pemuda kita juga banyak berubah.  Muda2 lagi kita sudah bagi peluang menjawat Dato'.  Ini adalah peluang untuk menunjuk pada rakyat, kalau boleh semua yang masuk, kita bagi Dato'.  Memang banyak perubahan.  Rakyat jangan ketinggalan menonton kerana TV perdana berebut2 mendapat maklumat dari kita.  Kita adalah agen perubahan untuk apa sahaja - artis, jualan, tudung, warna dan pangkat. 

Wednesday, November 30, 2011

Jalan Kaki Tengok Wayang 1986 Kuala Lumpur

Masa itu, habis satu KL aku berjalan kaki.  Chow Kit, Lorong Hj Taib ke Pudu, Jalan Changkat Thambi Dollah dan terus ke Kg Pandan.  Malam minggu, panggung wayang Coliseum memang jadi tempat singgah orang2 muda.  Ketika itu aku sekitar 16 atau 17 tahun. Berdua dengan kawan pun aku pergi.  Cerita masa itu mesti ada unsur2 buka kain - Pelakon Barry Prima dan Yati Octavia -Jaka Sembung. Kalau ke Chow Kit tengok wayang kat Golden City Cinema - ini pun satu jenis panggung untuk cerita buka2.  Dari Chow Kit, aku akan berjalan kaki ke asrama kat Kampung Pandan. Asrama Tun Dr Ismail. Memang jauh kalau difikirkan. 

Kalau menonton di Golden City Cinema iaitu setentang dengan balai Polis Setapak. Bas Mini yang perlu naik adalah dari Chow Kit sahaja iaitu No 25. Bas mini 25 sudah berhenti berjalan waktu malam2 macam ini.  Duit pun hanya cukup untuk tengok wayang dan sekeping 'burger'.  Habis wayang sekitar 12.30 am dan berjalanlah kaki perlahan2 ke Kampung Pandan.  Masa tu aku rasa Polis sudah malas buat rondaan.  Tak pernah rasanya bertembung dengan dorang waktu2 macam tu.  Pelik rasa2nya bertembung dengan anjing pun tidak.

Mula2 sampai ke Chow Kit.  Orang sudah kurang macam boleh baring tengah jalan.  Kalau ada pun di lorong2 lelaki jadi perempuan atau perempuan buka kain sahaja yang masih menjual.  Jalan lagi sampai kat Pertama Complex, masa tu Sogo tak ada lagi.  Pawagan terdekat adalah Rex, selalu cerita Hollywood - Missing In Action. Kompleks Campbell pun dah tutup.  Mat2 rempit tak ada berlumba kat jalan raya.  Masa tu kalau nak kencing tengah jalan pun orang tak ada nak sorak.  Jalan lagi boleh jumpa Kompleks Wilayah.  Senyap tak ada orang.  Jalan lagi ke arah Pudu Raya.  Semua orang dah tidur.  Jalan perlahan2 jumpa Panggung Cathay.  Panggung Cathay hanya tayang cerita2 Hollywood dan banyak kena tapis.

Ke depan lagi boleh nampak Penjara Pudu.  Lukisan yang dilukis di dinding penjara itu sampai sekarang aku tak ingat apa dia.  Berjalan lagi sampai jumpa lorong Changkat Thambi Dollah.  Lorong ini kawasan Cina masa itu walaupun namanya Thambi.  Aku akan berjalan sehingga hujung jalan tembus ke pusingan Bulatan Kampung Pandan.  Perjalanan tak sampai sejam dari Chow Kit ke situ pada malam hari.  Penat tak terasa kerana embun2 mula nak turun.  Lansung tak jumpa hutan. 

Dari bulatan Kampung Pandan, padang asrama sudah kelihatan.  Tetapi paling bahaya ketika hendak menyusup masuk ke asrama dari pintu belakang.  Pagar dawai yang sudah berlubang dari longkang besar adalah jalan masuk ke asrama.  Melalui kuil Hindu depan asrama Bahagia (ini asrama aweks) dan terus ke longkang.  Kadang2 baju tersangkut di pagar boleh mencalarkan badan.  Masa itu, bahaya tiada dalam kamus pada aku. 

Jadi orang muda hendak tengok wayang memang mengundang bahaya dan seronok pada masa itu.  Sekarang dari Chow Kit hendak ke Kampung Pandan dengan berjalan kaki rasa2 boleh muntah darah aku.

Tuesday, November 29, 2011

Bila Aku Pening - aku layan lagu



Yuna telah memperbaharui lagu lama dan diberi nafas baru.  Kalau dengar lagu lamanya, mungkin kurang berminat dan tak terliur dengar.


Monday, November 28, 2011

Kongsi Pelamin

Berkongsi buat kenduri Aqiqah
Bukan murah sekarang hendak kahwin.  Merisik duit keluar, bertunang duit keluar dan kahwin pun main banyak duit keluar.  Kebocoran duit yang banyak ini tidak dikira sebetulnya.  Kerajaan sepatutnya tidak hanya mempromosi konsep guna semula pada plastik atau kertas dan selainnya tetapi perkakasan perkahwinan yang mahal ini juga boleh diguna semula.  Ambil contoh jika seorang menyewa dewan untuk berkahwin - Seri Perdana Dewan Felda dan dengan menggunakan lebih dari RM20,000 dihias satu dewan dengan pelamin, bunga2, hiasan pelik2 dan meja2 yang dihias indah.  Perkahwinan diwaktu tengahari yang telah habis boleh dibiarkan untuk perkahwinan ke 2 pada waktu malam.  Ini dapat menyelamatkan duit dari kebocoran dalam ekonomi.  Kebocoran ekonomi adalah dimana tiada siapa yang kisah atau putaran hidup sesuatu ekonomi terhenti tanpa dikira - contoh2 lain adalah seperti kesesakan lalu lintas - minyak yang hilang ketika kesesakan itu adalah kebocoran ekonomi.  Kita membayar minyak untuk berjalan tetapi ia terhenti kerana kesesakan.  Kebocoran ketika perkahwinan juga adalah banyak kerana setiap perbelanjaan dipanggil hangus kerana selepas berkahwin siang, tiada siapa yang menyimpan pelamin untuk dihias di depan rumah.  Penggunaan semula ini adalah mengikut persetujuan.  Kita ambil 4 pasangan yang bersetuju untuk berkahwin di dewan yang sama tetapi berlainan hari atau masa.  Minggu pertama Sabtu siang dan malam atau  Ahad siang 1 pasangan dan malam 1 pasangan - pelamin mungkin nampak masih lawa dan tidak perlu di perbaiki ketika itu.  Kalau semua orang mengambil sikap berkongsi mungkin kebocoran dapat diselamatkan.  Kalau boleh kita pastikan artis yang berkahwin pada Sabtu hari siang itu, maka perhiasan yang ditaja mungkin menarik untuk diguna sebanyak 4 kali.  Ekonomi yang terbocor tidak sihat pada masa ekonomi dipantau .

Saturday, November 26, 2011

Economics Crunch

sekadar hiasan di bandar
Tajuk sahaja sudah nampak bahaya.  Bila ia berlaku dan bagaimana reaksi orang ramai.  Aku dan semua orang yang hanya tahu cukup bulan pergi ke ATM dan mengeluarkan duit.  Ia bukan seperti makanan Crunchy yang sedap atau benda yang rapuh tapi sesuatu keadaan yang terlalu menyempitkan.  Dunia kapitalis yang melakukan semua ini.  Minyak naik menyebabkan harga makanan naik, nelayan tak mahu ke laut, bayaran cukai individu diketatkan, harga rumah naik, bank tidak baik macam dulu2 dan ketakutan melihat syarikat kita operasi atau tidak keesokan hari.  Diberitakan juga penanam durian menghadapi masalah dengan undang2 untuk eksport dimana hanya satu syarikat di Batu Kurau yang membuat 'packaging' khas untuk dieksport.  Kos tinggi ini sudah menyebabkan penanam durian terasa tekanan. 

Tekanan dengan harga rumah yang tinggi di Kuala Lumpur boleh terpalit juga dengan sewa dinaikkan.  Ini boleh memberi pitam kepada orang yang baru kahwin. Perlukah kita berhenti dari melihat2 rumah untuk dibeli?  3 tahun selepas membeli dan duduk rumah sendiri, kita sepatutnya melihat2 harga rumah kita kalau dijual dan melihat2 rumah baru untuk dibeli.  Ini adalah konsep berumah.  Pembelian rumah ke 2 semacam diperlukan dalam keadaan sekarang kerana berfikir bahawa generasi akan datang pasti susah mendapat rumah di sekitar kita.   

Tekanan harga barang juga menyempitkan keadaan.  Memberi belanja anak sudah sampai ke tahap memakan mungkin separuh makan ibubapa sendiri.  Berapa yang sesuai diberi untuk anak.  RM3 sudah jauh kebelakang dan kemungkinan anak hanya makan untuk pagi sahaja.  Anak2 yang disekolahkan di Sekolah Kebangsaan dan bersambung di petang di Sekolah Agama sebenarnya memerlukan sekitar RM8 untuk kenyang dan belajar gembira.

Bank2 sudah tidak sebaik dulu.  Pinjaman peribadi hanya diberikan pada yang mampu membayar dengan potongan terus pada gaji.  Ini adalah tekanan kepada pemimjam.  Kad Kredit sudah disekat dengan kadar limit sebanyak 2 kali gaji sahaja dan hanya dibenarkan 2 kredit kad sahaja.  Meminjam untuk membeli rumah ke 2 hanya dibenarkan 70% sahaja dari harga.  Ini tekanan kepada pembuat rumah untuk menjual.  Harga rumah yang tinggi menambah masalah kepada pembeli untuk mengeluarkan deposit.

Makan di rumah dan diluar seolah2 sama sahaja.  Harga barangan dapur yang tinggi dan masa untuk memasak sendiri sudah memberi tekanan kepada suri rumah.  Harga ikan tinggi sehingga menyebabkan kalau makan diluar, pilihan untuk ke makanan segera lebih memanggil.  Makan tengahari dengan RM5.95 ++ di Mc D berbanding makan nasi dengan satu lauk sudah jauh ketinggalan.  Mc D boleh menjadi juara kalau melihat bab ini sebagai satu peluang.

Menjadi miskin di bandar lebih menyedihkan dari miskin dikampung.  Sesak dibandar sekarang dan cuba memutar semula cerita lama tidak berhutang tidak boleh lagi diingat.  Kumpul duit dan berjimat sekadar mampu mungkin tidak mencapai apa yang dihajat.  Berdoalah selalu semoga Allah memberi jalan yang terbaik kerana ingat ayat Al Quran "Kerosakan di muka bumi ini disebabkan tangan2 manusia sendiri....." 


Friday, November 25, 2011

The Rise of Planet of the Apes

Masa aku kecil2, cerita apes ini memang menjadi bualan anak2.  Sesiapa yang tidak menonton pasti mendengar terlopong dengan semangat Beruk ini.  Beruk2 pandai bercakap, berperang dan sedih boleh membuat orang ikut sedih.  Tajuk cerita "Planet of the Apes".  Semalam aku menonton cerita terbaru pasal Apes ini lakonan James Franco dan Freida Pinto.  Lakonan yang sekadar boleh diterima kerana James Franco nampak tak layak nak jadi doktor hebat tetapi lebih kepada penjaga ZOO sahaja.  Cerita bermula bila beruk/monyet ini disuntik dengan sesuatu untuk jadi pandai.  Ibu monyet sebenarnya telah menyuntik anak beruknya sendiri.  Projek itu dibatalkan kerana keganasan monyet yang akhirnya diketahui ia hanya mahu memastikan anaknya selamat.  Dan besarlah monyet itu dalam keadaan yang bijak.  Cerita yang penuh dengan keganasan monyet. Helicopter pun boleh jatuh dengan keganasan moyet ini.  Cerita yang boleh layan bersama anak2 dan bercerita tentang kasih sayang.

Terlalu Hampir Kematian

sekadar hiasan
Hari Rabu 23/11/2011 pukul 2.30 am, Mak Ngah, Jamaliah bt Nakisa 72 tahun meninggal dunia di Bagan Buaya Changkat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.  Di solat di Masjid Changkat dan dikuburkan di perkuburan Changkat.  Aku sekeluarga mengunjung dan mengucapkan takziah kepada keluarga Mak Ngah.  Diberitahu bahawa Allahyarhamah diketahui mendapat kanser yang sudah ke tahap 4.  Dan ini hanya diketahui sekitar bulan Ramadhan 1432 dulu (3 bulan).  Hospital sudah tidak terima kerana keadaan umur Allahyarhamah.  Semoga roh beliau berada dikalangan orang2 solihin, Insyaallah.

Tuesday, November 22, 2011

Komen kawan2 Facebook Perlawanan Malaysia - Indonesia

Sebelum perlawanan

Azlim Mohamed "jom sama2 kita tukar profile pic...sbg sokongan dan semangat harimau Malaya dan harimau muda..... Idzfan Idris "kat putrajaya ni depa tak pasang skrin besaq for SEA Game final ka?" Zamnazlan Zainalin "moOD ARINIE : MASTERCHEFF malam nie aku xdpt tengok ko pasal aku nk tngok Malaysia kalahkan Indon. Heheiehe" Cempaka Biru "semoga Malaysia dapat menang malam ni," Fauzi Gee Poh "negaraku, tanah tumpahnya darahku...go Harimau Malaya go, kita ganyang itu indon kuang ajar..." Mummy Sofea "stadium astro...Malaysia vs Indonesia..debaran yg teramat...apa pun mesti solat dulu...solat dan berdoa" Rohaizad Aznan "Semoga skuad malaysia Berjaya mengalahkan Indonesia mlm ini"

Dalam Perlawanan

Fadzli Othman "Goooooolllll................." Munirah Mujir "Alhamdulillah...go M'sia" Aku "kita main bola bro" Dean Dinas "goolll malaysia ganyang indonesia Harimau Boleh" Ogyadziah Suratman "MALAYSIA BOLLEH !!! MALAYSIA BAGUSS!!! MALAYSIA TERBAIK!!! Wsv Vios "Im proud with our team. Go gold!" Azlim Mohamed "fakri oh fakri" Wsv Vios "Indon memang pantas bikin sinetron di padang bola..." Sheikh Amir Hussien "peluang utk msia...peluang utk msia...itu aje yg aku dgr dti tadi..." ShahRul NiZam :: Please lah score !" Noorul Haq "the way the malaysian player main...kaly menag atau kalah pon kita patut rasa bangga dgn pemain kita yg menunjukkan satu perlawanan yang yg bersungguh2..." Ogyadziah Suratman Wlupn aku x bp nk suka bola, tp sbb lwn ngn indon, aku kena tgk gak, anyway MALAYSIA IS THE BEST !!! YES YES GO MALAYSIA!!!! Aku "indonesia dah goyang beb, bibik belakang rumah dah brenti nyanyi"

Masa Penalti dan Menang

Sheikh Amir Hussien "adoiii fakri" Buddy Budz "Satu lagiiiiiiiiiii!!!!" ShahRul NiZam :: "YEZZZAAAA" Aku "ditampan tapi masuk GOOOOLD" Nurul Ezuarina "malaysia menang. yahoo" Noorul Haq "alhamdullillah...." Zaliana Sarjuni "oh baddrul bakhtiar..muahhh muahh" Ogyadziah Suratman "X MENYESAL AKU TENGOK!!!! YAHOOOOOO......." ShahRul NiZam :: GARUDA ptah sayapnya!" Buddy Budz "Thank yu to the Japanese refree too" Zamnazlan Zainalin "alhamdullilah..akhirnya harimau gigiT SAmpai paTah Sayap garuda Heheh" Fauzi Ge Poh "penalty...4 bung karno 5 bung mukhtar!!!kekeke...syabas Harimau Malaysia" Hasmuni "Alhamdullilah....Malaysia Boleh!!" Shahril Che'May "tahun yg akan datang mungkin kita naik kapal selam menuju ke stadium" Aku "jakarta banjir air mata" Norzahari Zakaria "proud to be the ultimate owner of the mother of ALL gold"

Komen Aku dan Indonesian friend Dea Portal

Aku "menang bola menang semua" Dea portal "hehe betul Pak menang semua :D" Aku "Congratulation jugak pada Indonesia" Dea Portal " iya lah hehe malaysia bagus mainnya, tak ada yang tak bagus keduanya bagus" Aku "Maju sukan Nusantara"

Monday, November 21, 2011

Kentut Je

2 hari berturut2 aku berjumpa dengan ramai orang.  Bukan pergi membeli belah tapi ke majlis ibubapa bertemu dan bersembang.  Tengahari Sabtu , aku menghadiri majlis Aqiqah selang 4 rumah dari rumah, malam harinya aku ke Bukit Jelutong menghadiri majlis penukaran tali pinggang Taekwando anak dan malam semalam ke konvokesyen anak dari 8 ke 11.30 pm.  Peluang berjumpa pasti memerlukan kandungan sembang yang banyak kerana kita kena pastikan sekitar kita tidak terlalu diam dan serious.  Aku perhatikan banyak ibubapa yang terlalu serious dan susah hendak senyum.  Kalau bercakap hanya keluar ya, tidak dan senyum suruh orang faham.  Aku rasa2 mereka kat rumah mungkin begitu dan mengharapkan anak2 faham tentang arahan menggunakan mata - jeling dan jeling sampai takut. 

Ibubapa dengan anak2 tidak perlu selalu serious kerana banyak pertanyaan anak hendaklah dijawab dengan tepat dan kadang2 penuh dengan humor.  Anak aku akan menyuruh banyak benda untuk aku buat - susu, tolong koyakkan plastik, nak dukung dan tolong belikan makanan.  Dan selalu ketika kita sibuk ketika itulah arahan mereka datang.  "Ayah tolong bukak mamee ni" Aku akan memberitahu aku tengah sibuk dan menambah cuma kaki sahaja yang boleh membantu sekarang.  Anak aku akan menyelitkan plastik itu ke kaki aku sambil ketawa.

Bila serious aku perhatikan memang anak2 juga ikut serious.  Kurangkan sikit stress kerana dalam keluarga yang terlalu serious, arahan dibuat seolah2 menyuruh dan suruhan memang memedihkan.  Nasihat aku kalau untuk kurangkan stress dan tambahkan humor dalam keluarga buatlah satu benda.  Buat lawak agar keluarga tahu bergurau.  Cuba kentut ketika semua tengah serious bersama dan mulakan sembang dengan kentut juga.  Kalau tidak ada tindak balas memang keluarga ini serious. 

Nabil Berkonvo


2 hari yang penat
Anak lelaki aku ke majlis konvokesyen di Hotel UiTM semalam 20/11/2011.  Bangga aku kerana dia telah tamat belajar tadika.  Banyak benda yang dipelajari di sekolah.  Cara bergaduh, bersedih, berkongsi, berlagak, menunjuk2, berkasih dan taekwando.  Sehari sebelum itu waktu malam juga, dia terpaksa mengharung hujan untuk ke Bukit Jelutong untuk majlis menukar tali pinggang 19/11/2011.  2 malam berturut2 sibuk memenuhkan hari dengan aktiviti sekolah.  Majlis penyampaian hadiah atau Ihtifal 2011 untuk tadika Caliph dipenuhi dengan makan minum dan kanak2 berlakon menyanyi.  Ibubapa terhibur dengan keletah anak dan dua malam yang memenatkan anak2. Tahniah dan semoga cemerlang.


bersama kawan graduasi

untuk tukar kaler tali pinggang


Saturday, November 19, 2011

1511 H [Kombat]

Membaca kembali buku Kombat tulisan Faisal Tehrani memang mengujakan.  Cerita tentang kebangkitan pemuda2 Islam sedunia bangkit bersama menentang kafir.  Buku ini menang hadiah buku remaja terbaik tahun 2003.  Kebangkitan bersama cyborg, cypher or bom teknologi dan radar tercanggih dipapar di buku ini.  Pihak Kafir mahu menyerang Mekah dan pemuda Islam bangun menentang. Seorang hartawan Syarifah Nusaybah yang mencari keredhaan Allah memastikan perjuangan Islam ditegakkan.  Cerita yang penuh dengan perkataan sains baru dan rasa2 boleh difilemkan.  Boleh baca dalam sejam sahaja. 

Friday, November 18, 2011

TERRITOIRES

Dengan semangat hendak mengetahui banyak cerita tentang Canada, aku tengok cerita Canada.  Cerita tentang 5 orang anak muda yang baru balik dari kenduri kawin di Canada cuba melepasi sempadan Canada ke Amerika.  Pihak kastam telah menahan mereka dan menjumpai marijuana (ganja) di dalam kereta.  Dengan semangat Guatanamou yang Amerika mahu tutup, 2 orang kastam ini telah menahan kelima2 anak muda itu dan melibatkan mereka dengan terorris.  Penyiksaan yang dibuat tidak sampai ke macam filem benar "The Road to Guatanamo" tapi sekurang2nya dapat melihat cara orang yang menyiksa orang berfikir.  Entah kenapa cerita ini juga tentang anak muda yang mahu melihat kawan kawin di Pakistan dan telah di tahan di Afganistan. Macam tiru je. Keganasan tidak sampai menutup mata dan boleh layan dan 2 / 3 scene pelakon buka baju. Tetapi pada satu scene penonton pasti menutup mata sebentar kerana teknik lampu digunakan seperti cerita "Babel" digunakan iaitu suasana bisu diberhentikan dan diselangi dengan cahaya lampu.  Tengok lama2 boleh pening. Ini pun tiru. Cerita yang boleh layan kalau minat. Jom pergi Canada.

The Devil's Double

Cerita benar anak lelaki Saddam, Uday Saddam Husein.  Cerita ini berlaku sekitar tahun 93, ketika Iraq menawan sebentar Kuwait.  Bermula dengan seorang pegawai tentera, Latif di bawa ke istana Uday dan dipelawa menjadi pendua kepada Uday.  Mereka seperti kembar dan mana2 yang tidak sama mereka akan memastikan pembedahan dilakukan dan dibuat sama macam Uday.  Kekejaman Uday diperlihatkan di filem ini tetapi tanpa mengesahan kebenaran walaupun cerita Uday sudah menjadi rahsia orang kebanyakan.  Cerita tentang duplikasi Uday tidak sehebat Saddam Husien dimana orang Iraq melihat Saddam Husein boleh berada di 5 tempat dalam satu masa. Cerita yang perlu ditengok untuk menilai tentang pemimpin2 di sebelah Arab sana.  Akhir cerita, Latif membuat percubaan membunuh Uday walaupun tidak berjaya tetapi telah menyebabkan Uday cacat sepanjang hidup.  Uday telah mati semasa peperangan Nato menyerang Iraq 2003 dulu.

Wednesday, November 16, 2011

Dilemma Kad Kredit

Pening memikirkan strategi mengurangkan pengunaan kad kredit.  Apa yang boleh dibuat dengan 2 kali gaji kredit limit.  Mengikut rekod setiap hari 41 orang akan jadi bankrap sebab kad kredit.  RM24 billion dalam ekonomi adalah hutang kad kredit.  Kita tak diajar bagaimana hendak pakai dan sekarang diminta kurangkan sehingga 2 kali gaji sahaja.  Bila masuk supermarket, orang2 Bank datang mempromosi dengan hanya tunjuk kad lama kita boleh tambah kad baru.  Tak susah dan kadang2 kita setuju tandatangan sahaja dapat hadiah kereta budak2 pakai bateri.  Satu masa dulu siapa pakai kad kredit kena bayar kadar minima sebanyak 25% dari apa yang dipakai.  Bila masuk ekonomi meleset tahun 1997/98, Che Det turunkan 5% je bayaran sebab kalau tidak, mungkin banyak orang lagi yang bankrap.  Setelah sekian lama, kerajaan nak tukar strategi setelah masalah sudah bertimbun.  Sekarang semua pemegang kad bergaji bawah RM36,000 setahun atau RM3,000 sebulan hanya dibenarkan mempunyai 2 kad kredit atau kadar limit RM6,000 setiap satu. perubahan yang drastik ini, boleh memeningkan mat2 skema dan gadis2 telefon pintar.  Gaji sekitar RM1,800 setelah habis belajar Universiti dan mempunyai 3 kad kredit - satu untuk minyak, satu untuk bersosial dan satu untuk bershopping.  Pembayaran PTPTN pulak sudah mula mengigit gaji bulanan. Pening jadi anak muda sekarang. AKPK pun menawarkan diri untuk tolong tapi bukan bagi duit tetapi hanya nasihat dan berbincang dengan bank.  Apa risiko bila bersetuju buat bayaran? Rekod nak meminjam terus buruk selagi tak bayar habis.  Pinjaman baru tidak boleh dibuat. Cuma Along bersedia membantu.

Kondo + Feedlot = Lembu Sihat

Aku memang tak rasa bersalah pun.  Bukan duit itu habis aku belanjakan.  Duit yang dibelanjawankan memang untuk projek itu.  Feedlot kebangsaan = National Feedlot.  Projek diberi sebanyak RM250 juta untuk meningkatkan nombor lembu di pasaran.  Semua orang makan lembu dan lembu perlu makan dan tidur untuk sihat.  Kondominium di Bangsar adalah terbaik untuk lembu2 itu.  RM6.9 juta satu untuk 2  kondominium bukan mahal kalau dilihat lokasinya.  Lembu2 ini pasti akan gemok gedempol dan mahal harganyam, kata Sharizat. Nanti bila pasaran lembu sudah menurun, kondominium ini akan dijual dan menampung waktu masa merundum nanti  kata Khairy Jamaluddin pula.