Yang selalu jengok

Friday, May 27, 2011

Artis Wataniah




Wataniah akan menerima artis menjadi askar mereka. Orang pertama yang memohon masuk adalah Siti Nurhaliza dan dituruti oleh Jaclyn Victor. Beberapa artis lagi akan menuruti mereka selepas ini. Mengikut Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mereka akan menjadi idol untuk menimbulkan minat orang masuk menjadi askar wataniah. Menurut Menteri itu juga, mereka akan menghibur askar2 di perbatasan atau di sempadan kerana mereka tidak mendapat hiburan yang sepatutnya. Benda2 ini selalu sangat berlaku di negara Barat. Beberapa artis akan turun ke perbatasan untuk menghibur askar2 mereka. Maryln Monroe pernah menghibur askar2 mereka. Lady Gaga juga pernah turun Iraq. Dan kemungkinan artis2 kita juga akan membuat benda yang sama. Aku tidak rasa benda2 ini membantu menaikkan semangat tetapi mungkin boleh mendatangkan minat untuk masuk jadi tentera. Semangat yang diperlukan oelh tentera2 kita adalah semangat rohani / jiwa dan bukan bermimpi bersama artis. Ustaz2 yang selalu bagi ceramah waktu tenang di masjid patut buka minda turun ke perbatasan atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang iaitu Jamil Khir boleh memikirkan benda yang paling menghiburkan tentera kerana beliau juga bekas tentera. (tapi aku tak tahan tengok topi Siti ni, dah macam tudung saji kuih je - boleh je dia merayap / menembak / melompat)

2 comments:

  1. Topi tu menjadikan stereoskopik kepada monoskopik. Tembakan tak tepat sebab jarak tak boleh diagak dgn tepat..... ekekekekekke.....

    Tapi yang perlu ketepatan menembak bukan dia... Datuk K yang perlu....

    ReplyDelete
  2. Kau ni Datuk K tak pakai topi cam tu

    ReplyDelete