Minggu lepas Kadar Harga Semalaman (Overnight Policy Rate - OPR) dinaikkan lagi sebanyak 25 kadar asas (basis point) menjadi 3%. Sehubungan dengan itu, bank2 di Malaysia telah menaikkan kadar asas pinjaman (BLR) sebanyak 0.3%. CIMB menaikkan kadar BLR mereka dari 6.3% kepada 6.6%. Maybank dan Public Bank juga menaikkan BLR mereka kepada 6.6%. Minggu lepas juga diumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 dan RON 97 juga naik pada kadar yang sama. Polisi kewangan ini akan melambatkan perubahan ekonomi kerana BLR yang tinggi akan membantutkan pertumbuhan kerana orang takut nak meminjam. Dan mengikut pandangan biasa, kadar simpanan akan dinaikkan dan akan menyeronokkan penyimpan tegar. Tetapi yang sebenarnya kadar inflasi yang tidak terkongkong itu lebih banyak menyusahkan kerana duit terpaksa dipakai lebih di luar bank dari disimpan. Kenaikan OPR sebenarnya tidak memberikan kebaikan kepada pengguna kerana kuasa meminjam diturunkan dengan rasa gementar dengan kadar pinjaman yang tinggi. Pengguna yang ada pinjaman berasaskan BLR pula akan mengadap bayaran bulanan yang lebih tinggi. Dimana asas baik untuk pengguna untuk menyimpan jika kadar bayaran ditinggikan. Aku meminjam dengan sebuah bank dengan kadar bayaran bulanan pada tahun 2005 dahulu sebanyak RM569 tetapi setelah beberapa kali (RM585, RM601 dan RM615) OPR dinaikkan maka pada minggu lepas ia telah dinaikkan kepada RM629 sebulan. Pinjaman yang aku ambil ini adalah secara Al Bai Bithaman Ajil atau bayaran tertunggak secara Islam. Dan kadar bayaran ini tidak akan berhenti disini kerana mengikut laporan 2 kenaikan OPR akan berlaku sekitar September dan Disember 2011. Dan kalau pernah baca dalam satu laporan bahawa kadar pengiraan untuk mendapat pinjaman akan diambil pakai menggunakan simulasi kenaikan sehingga 100/200 basis point atau dengan kenaikan 4% keatas BLR sekarang. Ini adalah jangkaan dan pernah berlaku sekitar 1997 dulu kadar BLR sekitar 10.5%. Ini adalah cara melemahkan pertumbuhan untuk mengelakkan inflasi tetapi yang tertekan adalah orang yang sedang meminjam.
No comments:
Post a Comment