Yang selalu jengok

Wednesday, May 18, 2011

Fair Game



Cerita benar ini memang membuka mata aku tentang penipuan yang dibuat oleh White House, Amerika Syarikat. Penipuan ini untuk menghalalkan serangan keatas Negara Iraq sekitar tahun 2003 dahulu. Lakonan Sean Penn dan Naomi Watt memang terbaik. Cerita tentang bahagian perisikan mengetahui tentang penjualan uranium dari negara Niger kepada Iraq. Kertas siasatan oleh Naomi Watts menyebabkan suami beliau, Sean Penn terlibat untuk menyiasat kerana suaminya itu seorang pakar perhubungan dengan negara yang terlibat. Hasil siasatan lansung tidak menunjukkan sebarang bom nuklear akan dibuat oleh Iraq. Tetapi ia telah diubah oleh White House untuk menyerang Iraq. Mereka suami isteri telah melawan ketidakbenaran ini hingga memecahkan kehidupan harmoni mereka. Cerita benar ini diambil dari buku tulisan Valerie Plame Wilson iaitu watak utama lakonan Naomi Watts. Diselitkan juga cerita terrorist di Malaysia yang disiasat oleh pihak CIA Amerika. Lagu KRU ada diselitkan didalam awal cerita. Tidak banyak aksi tetapi kelancaran cerita sangat laju. Boleh tonton kalau suka tentang kebenaran.

1 comment:

  1. Mengingatkan aku tentang filem Green Wolves kat HBO kalau tak silap. Lakonan Matt Damon. Bukan kisah benar tapi tentang penipuan White House berkaitan WMD.

    ReplyDelete