Yang selalu jengok

Friday, May 6, 2011

Cesarean Birth









Aku dipanggil masuk ke bilik pembedahan. Doktor Zul sudah mula meletakkan pisau ke perut isteri dalam keadaan isteri ditegakkan kain menutup prosedur dari di lihat. Doktor Ravi - pakar bius menyuruh aku berada di kepala isteri sambil tersenyum. Aku merapatkan mulut ke telinga isteri sambil bertanya "Rasa tak? Isteri tersenyum kelat kerana tidak mampu bersuara untuk memikir menjawab soalan aku. Aku menyuruh isteri mengucap kerana prosedur yang mungkin memakan masa kurang dari 20 minit akan selesai. Aku menjengok2 melihat pisau memotong membelah perut isteri aku. Prosedur Caesarian ini hanya memotong kurang sejengkal sahaja di atas perut. Bayi yang diberitahu kepada aku semalam selepas di scan kemungkinan berat 3 kilogram akan keluar bila2 masa. Nampak doktor menghadapi kesulitan kerana seorang perlu menolak bayi keluar dari atas. Doktor Ravi dipanggil untuk membantu. Dari kepala isteri aku, dia berdiri dan menolak dan aku saksikan sendiri dia menolak sambil kakinya berada di dinding. Seolah2 sukar untuk keluar bayi yang satu ini. Aku terus bercakap2 dengan isteri. Meminta dia mengucap Dua kalimah Syahadah dan beristigfar. Dan akhirnya bayi yang ditunggu sudah keluar. Masih berlumuran darah dan berwarna pudar, bayi itu ditunjukkan pada isteri aku dan terus dibawa untuk dicuci. Prosedur seterusnya adalah menjahit perut yang sudah terbuka. Jahitan diperut itu memerlukan masa lebih kurang 30 minit. Aku dibenarkan keluar dan aku terus berjumpa bayi yang dipaksa keluar dari tempat yang paling seronok bagi dia. Subhanallah.

3 comments:

  1. Putera sulung beta pun keluar ikut tingkap. Kenapa orang rumah lu kena buat Ceaser beb?

    ReplyDelete
  2. sambungan.....mengandung dan anak telah meninggal dalam perut 3 hari sebelum tarikh. Sebab musabab itu maka caeserian terpaksa dibuat kali ini untuk mengelakkan kejadian berulang.

    ReplyDelete