Hari Jumaat macam biasa, kotak duit bergerak dan memohon hulur derma. Singgah pada seorang pemuda lalu pemuda itu menyeluk poket seluar di belakang. Duit RM2 dimasukkan. Sebelum dia menolak kotak itu, bahunya ditepuk dari belakang. Seorang pemuda menghulurkan beberapa keping RM50 sambil tersenyum. Waktu khutbah tidak boleh bercakap. Mengeleng2 pemuda 1 dan berkata di hati, tunggulah kotak sampai tak payah nak suruh orang masukkan duit. Menunjuk2 tidak berkat. Bukan sikit pula diderma. Duit dari mana dia bagi. Dan bermacam2 telahan di buat. Duit yang beberapa keping sudah dimasukkan ke dalam kotak dan kotak terus berjalan. Khutbah sudah habis dan bilal sudah mahu iqamah, pemuda 2 terus mencuit bahu pemuda 1. 'Bang, duit tadi tu jatuh masa abang keluarkan duit dari poket belakang." Pemuda 1 teringat dia baru keluarkan dari ATM sebanyak RM200 dan RM200 itu sudah masuk ke tabung masjid. Sembahyang Jumaat hari itu tidak khusuk seperti selalu.
No comments:
Post a Comment