Jam 5.30 am sudah sibuk memulakan perjalanan hari. Hari ini lebih penting dari hari2 lain. Isteri kesayangan akan melahirkan anak ke 3. Kejutkan anak2 dan suruh mereka mandi. Bagi mereka tiada beza seperti hari2 lain. Hari ini Jumaat 06/05/2011. Ayah akan pergi kerja dan Mama akan ke hospital bagi mereka. Jam menunjukkan 6.45 am. Perjalanan mesti diteruskan kerana prosedur pembedahan 'caesarian' akan dilakukan sekitar jam 8.00 am. Perjalanan dari rumah lebih kurang 30 minit dari Taman Bukit Subang ke Hospital Pusrawi, Kota Damansara. Anak2 sudah awal sampai ke Taska masing2. Jam sudah pukul 7.15 minit seperti dijanjikan mesti sampai disana. Perjalanan diteruskan lagi. Pergerakan jalanraya agak perlahan kerena orang ramai berpusu2 untuk ke kerja. Berbeza niat masing2 dan perjalanan dilambatkan pula dengan sebuah kereta rosak ditengah2 jalan di Kg Melayu Subang. Sesampai di Hospital Pusrawi jam sudah menunjukkan pukul 7.35 am. Termengah2 isteri menyampaikan perjalanan ke tingkat atas hospital terus ke bilik pembedahan. Jururawat2 menyambut dengan tersenyum dan memberitahu bahawa tukang Bius masih belum tiba kemungkinan sampai pukul 8.15 am. Aku diberi pakaian khas untuk masuk ke dalam bilik pembedahan menunggu jam 8.15 am. Perut belum diisi dan berat kepala kerana tidur lewat malam sebelumnya. Penantian yang mendebarkan. Isteri telah masuk ke dewan pembedahan menjalani ujian2 sampingan dan aku menunggu debar untuk meneman. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment