Yang selalu jengok

Saturday, May 21, 2011

IBU masa dulu2



Aku pernah tinggal dengan nenek aku di Bakap, Batu Gajah, Perak bersama nenek untuk beberapa lama. Tiada masalah besar menjadi ibu pada tahun2 1970an sehingga awal 1980an. Kebanyakan ibu tidak bekerja di luar. Mereka hanya memasak pagi, tengahari dan malam untuk santapan keluarga. Nenek aku nampak aktif dan selepas subuh dia telah keluar menoreh getah untuk mendapat duit tambahan untuk keluarga. Pukul 8 pagi torehan sudah siap dan mahu dibawa ke tempat memproses menjadi getah keping. Masalah menjaga anak pada waktu itu adalah kebuasan membantu mereka dengan berlari di tengah2 kebun getah dan selalu jatuh tersembam. Selepas sampai di tempat proses, anak2 akan diajak bersama memijak2 getah menjadi seperti sekeping permaidani yang lembut bergetah. Itu sahaja program waktu pagi dan selepas itu balik ke rumah untuk membasuh pakaian semalam (basuhan tangan) dan memasak tengahari (ini adalah kecekapan luar biasa ibu2 dulu kerana api bukan datang dari gas). Selesai makan, sepanjang petang boleh tidur dan hanya marah anak2 kalau terlalu bising kacau mereka tidur. Malam lagi pendek dari petang. memasak tidak lagi sibuk kerana makanan tengahari dipanaskan untuk makan awal. TV tiada dirumah sebagai hiburan. Cuma yang ada menghibur adalah radio yang setiap hari seperti ada drama untuk bercerita. Radio dan TV pada waktu itu kena berlesen kalau ditangkap tiada lesen akan dikenakan denda oleh Kerajaan. Dissebabkan malam tiada hiburan, cerita dari ibu seperti ditunggu2. Walau cerita itu diulang2 tapi anak2 masih meminta bercerita. Lampu yang ada hanya gasolin yang perlu dinyalakan sebelum Magrib. Jika rumah ada satu sahaja gasolin maka hanya satu bahagian rumah sahaja yang terang dan yang lain gelap gelita. Tugas ibu berakhir di situ dan waktu panjang malam berbeza benar dengan waktu sekarang.

No comments:

Post a Comment