Keganasan dalam rumah atau Domestic Violence memang masalah kepada dunia ke 3 iaitu negara baru nak maju. Mengikut perangkaan pada tahun lepas sebanyak 3,173 kes keganasan dilaporkan di Malaysia iaitu kes memukul isteri dan isteri memukul suami. Jika dikembangkan kepada himpunan kaum - Melayu 1,660 kes, India 707 kes, Cina 405 dan 413 lain2 bangsa. Aku pernah berkawan dengan seorang perempuan yang belajar dengan aku yang pada suatu hari datang ke kelas bercermin mata hitam. Setelah diselidik dia memberitahu suami dia memukul dan menendang dia. Ketika itu aku mengikuti kelas perakaunan secara luar kampus. Kebanyakan yang hadir adalah isteri2 dan suami2 orang. Pernah juga aku bersembang dengan seorang lelaki yang bangga menceritakan tentang bagaimana di menendang isteri sehingga jatuh dari katil dengan sekali tendangan. Cakap yang tidak pernah rendah punya jantan. Kedua2 pasangan ini akhirnya bercerai dan bertemu pasangan masing2 dan lebih aman. Perangkaan itu tidak memberi cerita selepas dari keganasan seperti ada perceraian berlaku atau tidak. Kumpulan sokongan yang mereka jumpa selalunya boleh menasihatkan mereka dan yang peliknya keganasan dalam rumah ini tidak berakhir dengan cerai tetapi berakhir dengan kematian anak, luka dan lembam muka. Perempuan yang didera selalunya sangat sayang dengan keluarga dan lelaki yang didera selalunya sangat sayang dengan isteri.
No comments:
Post a Comment